Juadah berbuka puasa kami hari ini : Mi Bandung Rempah Mak Pon. Betullah kata Mama Cella, kata-kata itu boleh jadi zikir atau doa. Sewaktu terima OLEH-OLEH DARI SELATAN, dalam hati berkata, tentu sedap dibuat juadah di bulan puasa!
Dua tiga hari lepas Encik Suami cadang untuk buka puasa dengan Mi Bandung Rempah Mak Pon. Kebetulan kita sedang sibuk, bergelut siang malam dengan tugas yang belum selesai, jadi hari ini kita sempatkan diri ke dapur. Kasihan sungguh, Encik Suami sudah beli bahan-bahan untuk mi bandung. Kalau tak masak, alangkah hampa hatinya kan!
Alhamdulillah! Rempah Mak Pon sangat membantu! Tak sangka memasak mi bandung semudah ABC! Sudahlah cepat siap, rasa kuahnya pula sedap. Orang kata memang cukup rasa. Tak perlu tumis rempah, hanya masukkan sahaja ke dalam air rebusan daging. Untuk santapan, hidangkanlah dengan aksesori pilihan.
Mi Bandung Rempah Mak Pon |
Rempah Mi Bandung Mak Pon |
Orang pertama merasa mi bandung ini sudah tentulah Firdaus. Sebaik sahaja menyudu suapan pertama ke mulutnya, kita tanya: Sedap tak? Angguk-angguk kepala sambil menyahut : Sedap! Tiga kali dia menambah ye. Lepas solat terawih, Encik Suami makan semangkuk lagi. Kata Encik Suami, sahur nanti makan mi bandung sajalah!
Kuah yang sedap itu pun ada separuh lagi. Elok sangatlah, tak perlu masak nasi untuk sahur.
Terima kasih sekali lagi buat SK di TANAH JAUHAR yang kirim rempah-rempah masakan ini tempohari. Selepas makan Mi Bandung Rempah Mak Pon, kita terus hantar mesej kepada Fuad. Kita minta Fuad belikan Rempah Mi Bandung Mak Pon. Beberapa hari lepas beriya sungguh Fuad minta kita senaraikan oleh-oleh dari Johor untuk dibawa pulang ke Lahad Datu! Katanya nanti dia akan cari rempah itu.
Eh! Tiba-tiba nak makan lagi semangkuk mi bandung! Sekarang sudah pukul 11:45 malam.
Wah,sedao betul tu...sampai pesan Fuad beli tu...
BalasPadam5.36 pagi ...Kita yang baca sambil bersahur ni pun macam macam terbau-bau aroma mee bandung..
Kita pun dah terliur jugak ni. Memang senang guna rempah ni, bawang, cili semua dah siap dalam tu. Harap Fuad jumpalah rempah ni untuk dijadikan buah tangan balik Lahad Datu.😍😍😍
BalasPadamwah sedap sgt tu kan Daus
BalasPadamTiba-tiba rasa nak makan mi bandung juga Kak Amie... Berjangkit pulak dah ahaks!
BalasPadamEh? Mana spek dia?
BalasPadamSaya tengok dari gambar pun, nampak sedap. :)
BalasPadamAnanda Amie hebat ... Saya saja tinggal di Indonesia belum pernah nyicip mie bandung rempah mak pon. He he .. .. Salam Ramadhan untuk keluarga di sana.
BalasPadamSedapnyaa mee bandung. Tgk firdaus makan penuh selera
BalasPadamWah hasil ole-ole SK memang memenuhi selera Puan Amie.
BalasPadamHarap Fuad jumpa, kalau tidak kena tanya SK beli di mana.
Sedapnyaa...selalu mintak adik yang kat Muar belikan rempah2 Mak Pon ni..SA suka sangat...kadang kalau malas nak tunggu order jer kat Shopee
BalasPadamSekarang senangnya dah ada rempahh. Selera betul Fuad makan
BalasPadamBetul betul sedap ni mi bandung guna rempah mak pon. Alhamdulillah rezeki dapat merasa. Untung jugak Abang Fuad kat Johor boleh belikan sekali balik kampung nanti. Berselera Firdaus makan sampai bertambah tambah.
BalasPadamSedapnya. Lepas ni try rempah maharani pula
BalasPadammmg sedap tu sbb bertambah firdaus mkn..
BalasPadamTeringin pula nak dicuba rempah ini.. Mengancam hasilnya..
BalasPadam