Biasanya kami bertemu di Tawau, tetapi kali ini berpindah tempat pula ke Kota Kinabalu. Kami bertemu di Hotel Grandis. Perut yang lapar perlu dilayan dahulu. Jadi kami menuju ke Sabah Mall, meninjau-ninjau kalau ada tempat kosong untuk menjamu selera. Akhirnya duduklah kami berempat di Kenny Rogers Roasters. Masing-masing berkongsi cerita setelah sekian lama tidak berjumpa. Suan dari Tenom. Zaiton dari Kota Belud. Nora dari Tawau dan Amie dari Lahad Datu. Di antara kami berempat, nampaknya Zaiton paling lapar!
Jadi kami beri laluan untuk Zaiton memesan hidangan. Zaiton memilih Salted Egg Chicken Soup Meal.
Sementara hidangan berat tiba di meja, Zaiton dan Suan alas perut mereka dengan Vanila Muffin. Sudah tentulah kedua-dua mereka letih dan lapar kerana selepas kelas sebelah pagi mereka bergegas menaiki teksi menuju ke Kota Kinabalu.
Salted Egg Chicken Soup Meal. |
Menu Nora : Fish & Salad |
Nora dengan semangkuk ABC, sampai melimpah ruah aksesorinya.
Dah lama tak masuk Kenny Rogers, tak sangka dah ada pelbagai menu sekarang, semua nampak sedap belaka, Kak Amie. Cendul TCP ni sy suka, lemak dan halus parutan aisnya.
BalasPadamSama ngan SK dh lama x masuk KRR...ada je kat Area opis ni
BalasPadamAnak saya suka mac & cheese dekat KR ni. Kalau ke KR, saya suka nasi lemak dgn ayam KR. Sambal nasi lemak tu cukup rasa bagi lidah saya.
BalasPadamWah, nampak sedap belaka hidangan di atas. Meriah betul cendol. Saya suka asam laksa, ada nenas. Nyum nyum.. :D
BalasPadamPERUT ISI KENYANG TIDUR PUN LENA KAN
BalasPadamlama btul tk mkn ayam kenny rogers
BalasPadamseronoknya makan-makan dengan kawan-kawan. baru tau kenny rogers ada menu salted egg. nampak nau dah lama tak makan kat sana.
BalasPadamWah! Dah ada menu local...!
BalasPadamNama Suan...Sama pula dengan rakan Siamese masa saya sekolah..
BalasPadamNasib baik membaca dan mengomen ni sesambil iftar...Kalau tak...meleleh ayaq lioqðŸ¤
Lama tak ke Kenny Rogers..
BalasPadamAda ikan dan nasi lemak di KR.
BalasPadamDahulu selalu ambil ayam 1/4 dengan 2 hidangan sampingan.
sedapnya KR. sy suka muffin KR
BalasPadamLama xmakan KR. Hehehe. Sekali sekala berbuka mkn western
BalasPadamMenu pilihan Kak Amie tu sedap ada macaroni cheese. Biasa kalau ke KR order ayam quarter je. Belum pernah cuba menu utama lain. Muffin dia sedap juga. Best betul dapat ABC melimpah macam tu. Puas hati makan.
BalasPadamKR ini selalu tidak berada dalam senarai pilihan kalau nak makan.. kikiki.. Tapi bila tengok menu salted egg tu macam menarik lah pula..
BalasPadam