Pages

Sabtu, 16 April 2022

Sahabat Tak Akan Pergi

Rabu, 2:52 petang, 13 April 2022.

Kita terbaca sepintas lalu ucapan tahniah di FB rakan kita, Ruhaya Naaim. Kita terus mesej , tanya : Pindah atau bersara? Maklumlah akhir-akhir ini ramai rakan sekerja yang mohon untuk bersara awal.

Khamis, 1:07 pagi, 14 April 2022. 

Rohaya jawab mesej : Balik ke Bangi, Amie.
Amie: Oooo. Alhamdulillah. Tahniah. Sedih pulak aku. Bila baliknya?
Ruhaya : Friday Petang, Amie.
Amie: Selamat jalan Ruhaya. Pukul berapa flight?
Ruhaya : 1 petang, in syaa Allah.
Amie: Moga gembira di tempat baru.
Ruhaya: Terima kasih jadi rakan dan memori indah saya ye Amie.


Dinihari itu, air mata jatuh tak dapat ditahan. Terkenang pernah sama-sama berusaha menyambung pelajaran di peringkat sarjana secara PJJ. Setiap kali cuti penggal atau cuti Sabtu dan Ahad, kami mengejar masa menghadiri kuliah. Ada kalanya kuliah di adakan di IPG Tawau. Berkejarlah kami ke sana dan tinggal di asrama pelajar. Ada waktunya kami menghadiri kuliah di Kota Kinabalu. Maka berjimatlah kami berkongsi menginap di hotel, sambil mencongak-congak tambang kapal terbang ulang-alik Lahad Datu - Kota Kinabalu. Dan apabila kuliah diadakan dua minggu berturut-turut di Kuala Lumpur setiap kali cuti penggal sekolah, kami pejamkan mata keluarkan tambang kapal  terbang dan sewa penginapan serta pengangkutan. 

Peristiwa paling tidak dapat kami lupakan sudah tentulah sewaktu menghadiri kuliah di LD. Pada mulanya, PPD memberi laluan kepada kami untuk mengikuti kuliah di bilik gerakan, tetapi baru tiga kali kuliah, kami tidak dibenarkan berkuliah di situ tanpa alasan. Menumpanglah kami kuliah di bilik gerakan  sekolah beberapa kali dan akhirnya kami mengikuti kuliah di tokong! Itu pun atas usaha Mrs. Cindy mendapatkan kebenaran di situ, dengan syarat kami tidak usik-usik harta benda di dalam tokong. Para pensyarah yang datang rasa sangat terharu di atas usaha dan komitmen kami untuk belajar walau pun terpaksa menumpang di tokong Cina!

Ruhaya. 
Akhirnya kita semua berjaya menamatkan pengajian! Kau terus cemerlang dalam bidang pentadbiran, sedangkan aku bersama Teo Get Tian menarik diri di pertengahan jalan dan hanya mampu menyumbang khidmat di balik tabir.

Ruhaya Naaim.

Masa berlalu begitu pantas. Berita perpindahan Ruhaya memang sungguh mengejutkan. Banyak dugaan Ruhaya tempoh sepanjang berada di LD. Kalau nak ditulis, memang sampai pagilah Amie berada di depan PC. Amie ingin menitipkan sesuatu buat kenang-kenangan persahabatan kami. Kebetulan pula pada sebelah petangnya, datang bungkusan buku terbaharu yang Amie pesan buat kali kedua. Amie pesan lebih, sebab ada lagi kawan-kawan yang sedang menunggu kerana pesanan yang pertama habis terjual. Pucuk dicita, ulam mendatang. Amie rasa buku tersebut sangat sesuai dijadikan hadiah buat Ruhaya. Buku antologi tersebut terdapat dalam 4 edisi, dan ada karya Amie di dalam keempat-empat edisi tersebut. 


Amie: Aku ingin titip Antologi Santuni Persahabatan.
Ruhaya :  Tahniah Amie, moga terus cemerlang. Allahu, ada Aya tengok. Ingat nak beli. Selalu beli buku motivasi saja.
Amie : Coretan-coretan kecil saja.
Ruhaya: Terima kasih Amie atas rasa kasih sayang. Allah sahaja yang Maha Tahu takdir kisah kasih hidup kita.
Amie: Sama-sama kasih Aya. Aya tak sedih ke tinggalkan LD? Aku pula yang nangis tak berhenti ni.
Ruhaya: 22 tahun Amie aku di LD. Ini baru balik dari asrama tengok anak-anak (murid) berbuka. Air mata ni berhari-hari gugur. 



Begitulah  jalan ceritanya. Amie tidak sempat bertemu Ruhaya. Ruhaya masih sibuk dengan urusan di sekolah walaupun keesokan harinya Ruhaya akan terbang ke Kuala Lumpur. Petang Khamis, dalam keadaanh hujan lebat Amie singgah di rumah Ruhaya. Ruhaya masih berada di sekolah. Amie letakkan bungkusan berisi empat buah buku dan letakkan di kawasan yang agak jauh dari tempias hujan. Keempat-empat buku tersebut:
  • Kalau Ada Sumur di Ladang
  • Boleh Saya Meumpang Mandi
  • Kalau Ada Umur yang Panjang
  • Boleh Kita Berjumpa Lagi


Kita tahu Ruhaya sangat sibuk, sangat letih menguruskan perpindahannya dan  menguruskan kerja-kerja terakhirnya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah. Kita hanya mampu doakan Ruhaya semoga selamat sampai ke Kuala Lumpur dan gembira di tempat baharu. 


Sebelum meninggalkan LD, Ruhaya sempat hantar lagu Sahabat Tak Akan Pergi (lirik tulisan Dodi Hardianto) dendangan Betrand Peto Putra OnsuAnneth Delliecia untuk kita.

Sahabat Tak Akan Pergi

Sahabat, coba kita arungi
Lautan luas kita seb'rangi
Gunung yang tinggi 'kan kita daki
Tak merasa letih

Melangkah ku ke ujung samud'ra
Kar'na tanpa kamu, aku hampa
Sahabatku di setiap langkah
Kau selalu ada

Kamu begitu berarti
Dan istimewa di hati
Selamanya rasa ini
Sahabat takkan terganti

Dan ingatlah hari ini
Sampai kita tua nanti
Sahabat tidak pernah pergi
Selamanya di dalam hati

Kau sahabatku, takkan terganti
Ho-oh (ho-oh)
(Kau sahabatku)

Sahabat kan selalu di hati

11 ulasan:

  1. Sedih bila berpisah.. semoga berjaya di tempat baru

    BalasPadam
  2. Aduh, sy nangis pulak ni. Terasa sucinya persahaban antara Kak Amie dan Rohaya.

    BalasPadam
  3. Ya Allah lama di LD.
    Moga gembira di tempat baru.

    BalasPadam
  4. Jauh di mata, dekat di hati. Insya-Allah, ada rezeki, boleh jumpa. :)

    BalasPadam
  5. Semoga sahabat Kak Amie success di tempat baru....

    BalasPadam
  6. PERSAHABATAN BERSAMBUNG HINGGA SYURGA

    BalasPadam
  7. Saya pula yang menangis membaca post ini :(

    BalasPadam
  8. lama tu..22 tahun..byk kenangan, memang sedih bila berpisah..menarik buku antologi, sesuai sgt dijadikan souvenir perpisahan..'jika ada umur yg pjg, boleh kita berjumpa lagi'..

    Tahniah Amie..ada karya dlm 4 buku tu..

    BalasPadam
  9. Sedihnya bila perpisahan tu tiba. Semoga terus berhubung lepas ni Kak Amie dan Kak Ruhaya.

    BalasPadam
  10. Sahabat sejati Susah dicari semoga Allah permudahkan perjalanan urisan kawan kak amie

    BalasPadam
  11. sedihnya bila berpisah dgn kwn susah senang.
    Smoga dpt berjumpa lg kak amie dgn kwn ya..

    BalasPadam