Pages

Rabu, 2 Mac 2022

Sarapan Pagi di Borneo Royale Hotel

Teringat kata-kata SK dari Tanah Jauhar : Biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan! Haa... masih teringat-ingat pai epal yang sedap di Holiday Inn Ekspress. Kenapalah makan seketul saja... ahaks! Lain kali ingat : Biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan!

Kali ini kami sarapan pagi di Borneo Royale Hotel pula. Belum sempat tengok menu yang lain, nampak nasi lemak terus terkam! Pelik betul selera kita tau. Tak pandai rasa jemu kalau melihat nasi lemak. Padahal lauknya sama saja, sambal, ikan bilis, kacang tanah, timun dan telur rebus. Tak adalah lauk yang luar biasa seperti udang harimau atau lobster! Tapi nak juga jamah nasi lemak. 

Jadi, pinggan pertama mendarat atas meja makan ialah nasi lemak! Oleh kerana kita  hendak jimat ruang dalam perut, maka sebarang  air minuman sama ada sejuk atau panas diketepikan dahulu.


Sebelah deretan menu nasi lemak, ada mi goreng diikuti dengan roti nan dan kari ayam serta beberapa jenis makanan lain. Encik Suami dan Firdaus ambil mi goreng dengan sosej. Itu baru pusingan pertama!

Nasi Lemak

Tak rugi makan nasi lemak yang nampak biasa saja ini. Sambalnya cukup luar biasa kerana rasanya hampir menyamai sambal nasi lemak Pak Nassier yang selalu kita makan dalam pesawat Air Asia.


Kita jeling-jeling sahaja bahagian roti, pastri, pai, muffin dan kek.
Nantilah dulu. Boleh ambil kemudian. 


Terpikat melihat buah tembikai, kita ambil sedikit untuk manis-maniskan mulut.


Tembikai dan lain-lain.






Dari tadi si bubur and the gang asyik melambai-lambai.
Kita pun singgah sini ambil sesenduk bubur dan lauk-pauknya.

Bubur nasi berlauk.

Wantan Goreng and the gang.

Puding Roti

Terakhir sekali kita ambil puding roti. Masih panas! Oleh kerana ruang minuman dalam perut tidak diisi, jadi kita gantikan saja dengan puding roti.

Cafe @ Seven


Encik Suami ingin segera meninggalkan Tawau. Biasanya kami ke Pasar Tanjung membeli-belah dahulu tetapi Encik Suami kata tak perlulah ke pasar tersebut. Kita pun akur sahajalah. Ingatkan hendak berehat seketika di bilik, rupanya Encik Suami terus ajak daftar keluar. Dengan perut penuh kekenyangn kita pun duduk bersandar di sebelah Encik Suami yang sedang memandu arah ke Semporna. 
Belum berapa jauh perjalanan, kita tanya Encik Suami kalau-kalau ada stesyen minyak. Stesyen minyak PETRON berada di seberang jalan dan Encik Suami terpaksa u-turn. Syukur Alhamdulillah dapat qada' hajat di PETRON. Bilik airnya pun bersih dan cantik. Urusan dipermudahkan dan perut kembali selesa.

Ini sebab menyesal makan atau menyesal tak makan? Tak ada rasa menyesal punya. Semuanya dikira rezeki.... betul tak SK?

25 ulasan:

  1. Haaaa.. betul3! Inilah baru tak menyesal makan, sampai memulas2 perut, hihi. Macam kita la lepas sarapan di WR Kopitiam tu, malu nak cerita, pi qada' hajat di kedai eco, hihihi.

    Pak Inche geng ngan Kak Amie la, kalau ke buffet sarapan, tak boleh nampak nasi lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK. Serba salah jadinya. Kang tak ambil menyesal pulak tak makan. Baiklah menyesal makan kan hahahaaa.

      Padam
    2. Merujuk nasi lemak...Hiks!

      Padam
  2. Alah... ciputnya letak nasik lemak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ciput jew kan Uncle, tapi yang dibelakangnya tu ada empat ciput lagi hihihiii.

      Padam
  3. Samalah kita Kak Amie... Mana-manapun kalau nampak nasi lemak terkam yg tu dulu :D

    BalasPadam
  4. Lama juga tak melepak kat hotel.. Eh, lupa, hujung tahun lepas 3 malam ke utara

    BalasPadam
  5. nasi lemak tu menu wajib kan kat hotel2 hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga saya jumpa hotel yang tak sediakan menu nasi lemak.

      Padam
  6. trdmark org malaysia kak amie..klu sy masuk hotel jd rambang mata semua nk dirasa hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zila.
      Kena rasa sikit-sikit kan kalau nak rasa semua. Tapi tak puas pula rasa sikit kalau sedap hahahaa.

      Padam
  7. Baru balik dari Tawau 15 Feb lepas. Aduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. OOOhhh, sampai sudah ke Tawau. Baru lagi tu 15 Feb.

      Padam
  8. Lagi satu biar menyesal beli daripada menyesal tak beli kalau dah terberkenan pada sesuatu. Kalau tak beli nanti malam tidur tangan atas dahi dok teringat-ingat benda tu napa lah tak beli....menyesal tak beli hehehehe apa lagi kalau kat malaysia takde. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... yang tu memang dah melekat di kepala terutama kalau travel luar negara.

      Padam
  9. Lama haiiiii tak masuk hotel ni. Kalau ada peluang tawaf dulu keliling menu lepas tu baru target nak ambil apa. Yang tak pernah makan dan jarang dapat makan hah itulah yang di terjah dulu. Lepas tu baru yang menjadi kesukaan itu pun tenguk space pewut ada kosong lagi tak.....hahahahaha buruk melantak sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gak kawan spesies dengan kita ye...kahkahkah!
      Masalahnya kenapa banyak sangat disediakan pilihan menu dan semuanya nampak sedap belaka. Selalu juga kita bisik pada diri, lupakan dulu karbo seperti nasi, makan yang lain tapi bila nampak nasi itu jugalah yang nak disenduk!

      Padam
  10. heheheh dah nampak kene rasa kak, kalau dah balik nanti teringat-ingat lagi haru , Daus makan apa kak? selalunya mesti ada gambar si comel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daus makan mi goreng dengan sosej jew. Kenyang dah katanya.

      Padam
  11. Sedap dan menarik menu yang ditawarkan untuk breakfast..
    Suka wantan goreng tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wantan goreng memang sedapkan Sha. Kalau boleh nak menambah lagi tu tau hihihii.

      Padam
  12. Okay, lepas ni nak ikut petua kak SK gak lah. Biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan. Hehe..Kat mana mana kalau sarapan mesti cari nasi lemak dulu. Sedapnya dapat makan bubur nasi berlauk tu. Meriah lauknya tengah tengah.

    BalasPadam
  13. samalah saya, kalau makan breakfast di hotel mesti nak nasi lemak, padahal banyak menu lain. ala rindunya air tangan Pak Nasser. hehe

    BalasPadam