Pages

Isnin, 7 Mac 2022

Kiriman Hadiah daripada Blogger Syikin Razali

Hari ini kita bertugas di sekolah, urus kelancaran calon SPM memasuki dewan peperiksaan. Security guard hulurkan satu bungkusan. Terlupa pula nak tanya, bilakan bungkusan tersebut sampai.

Rupanya Amie dapat kiriman hadiah daripada blogger SHIKIN RAZALI  sebagai Top  Comentator Februari 2022. Nama Amie tersenarai sebagai salah seorang nama baru dalam carta Top 10 Comentator.

Sebaik sahaja calon SPM terakhir melangkah meninggalkan pagar sekolah, kita terus bawa bungkusan bawa masuk kereta. Sampai di rumah, tak sabar nak buka. Ini dia hadiah kiriman daripada Syikin. Syikin kirimkan kotak penyimpanan / serbaguna warna ungu dan sebuah wallet yang sangat cantik!


Terima kasih banyak-banyak Syikin! Terharu sangat dapat kiriman hadiah daripada Syikin. Kak Amie abadikan gambar kenangan di Taman Firdaus.


Waalaikumussalam Syikin. Hadiah sampai dengan selamatnya ke Lahad Datu.


Syikin macam dapat baca isi hati Kak Amie tau. Sebenarnya Kak Amie sedang mencari kotak untuk isi sesuatu di dalamnya. Belum pun sempat cari di kedai, Syikin sudah hantar! Alhamdulillah. Memang rezeki sungguh.


Ini dia kotak penyimpanan  / kotak serbaguna yang sudah pun berfungsi!


Amie isikan sebahagian koleksi buku antologi cerpen dan anekdot yang mengandungi hasil tulisan Amie. Apabila kotak ini ditutup, dapatlah menghalang dari masuk habuk.


Syikin Razali merupakan seorang pembantu pustakawan dan perawat urut terapi buang angin. Dalam kesibukan tugasnya, Syikin masih sempat berblogging untuk memeriahkan dunia penulisan maya. Kepada sesiapa yang belum mengenali blogger manis ini, mari bertandang ke rumahnya di JURNAL SYIKIN RAZALI

Buat Syikin, sekali lagi Kak Amie ucapkan terima kasih atas kiriman hadiah di atas. Moga Syikin sentiasa sihat dan terus berkongsi coretan di blog. Mudah-mudahan terus dimurahkan rezeki dari pelbagai segi. Aamiin.







15 ulasan:

  1. wauu serius cantik kotaknya tambah pula dengan warna purple. Sempena womens day ni, memang kena la. Apa2 tahniah dapat hadiah. best

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dapat digunakan terus.

    BalasPadam
  3. tahniah..hadiah yg sgt useful, alhamdulillah!

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH TAHNIAH AMIE MOGA MURAH REZKI PEMBERI

    BalasPadam
  5. Cantiknya kotak tu..
    Tahniah cikgu Amie..!
    🟪🟪

    BalasPadam
  6. Wah...untungnya Kak Amie dapat hadiah best dari Shikin...semoga murah rezeki shikin kan...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kak Amie.. terima kasih kerana akak sudi coretkan entri nie.. hihi jangan segan jangan malu utk singgah ke jurnal saya lagi..hihi🤭

    BalasPadam
  8. Cantik hadiah yang diberi kak... terus terisi dengan buku cantik tersusun

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, hadiah tepat sampai pada waktu Kak Amie memerlukan. Tahniah Kak Amie. Tersimpan elok buku buku dalam kotak.

    BalasPadam
  10. Wah.. cantik hadiahnya.. Tahniah Kak Amie..

    BalasPadam
  11. tahniah kak amie.. cantik hadiah dia..

    BalasPadam
  12. Cantik warna ungu. Sama warna baju sy hari ni.

    BalasPadam
  13. Tahniah, Kak Amie. Cantiknya hadiah yang diterima!

    BalasPadam