Pages

Ahad, 6 Mac 2022

Hasil Karyaku : Antologi Ikat Tepi atau Ikat Mati?

Jom santai-santai di petang hari sambil membaca Anekdot Ikat Tepi atau Ikat Mati?
Siri Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati ini terbitan SYFE 2022 menampilkan cerita-cerita pendek yang mencuit hati. Garapan cerita berdasarkan pengalaman  para penulis berkaitan dengan pelbagai cara sesuatu minuman itu disediakan..

Antologi Ikat Tepi atau Ikat Mati.

 

Seramai 31 orang berkongsi cerita berkaitan tajuk. Amie sumbangkan anekdot berjudul Pembasah Tekak dan dibahagikan kepada tiga tajuk kecil:

  • Cendol  Wak Gundul
  • Secawan Air Halia
  • Air Kopi Dalam Teko Kecil

Anekdot Cendol Wak Gundul mengesahkan kenangan zaman kecil dahulu, selalu menanti  emak dan ayah balik dari pekan membawa sebungkus Cendol Wak Gundul yang diikat mati. Malangnya suatu hari, emak dan ayah pulang tanpa membawa cendol seperti kebiasaannya. Apa terjadi kepada Wak Gundul dan cendolnya sehingga terpaksa tutup warung?  Itulah antara kenangan mencuit hati kami, dan sehingga sekarang belum terjumpa lagi cendol seenak air tangan Wak Gundul.


Satu lagi anekdot yang Amie kongsikan ialah tentang peristiwa menjaga adik sewaktu emak dan ayah ke kebun. Adik kita nak minum, tapi kita leka baca buku cerita. Tanpa disengajakan kita hulurkan sebuah teko kecil berisi air kopi. Rupanya air kopi itu minyak bekas gorenan ikan masin!

Huh! Peristiwa ini sudah berpuluh tahun berlalu, dan adik kita pun sudah ada dua orang cucu! Sehingga entri ini ditulis, kita belum lagi minta maaf dengan adik kita... ahaks!




\

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah. Teruskan menulis puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Encik Fairus.
      Jom sama-sama menulis.

      Padam
  2. Kesiannya Wak Gundul didengki orang. Tapi adik Kak Amie tu, betul ya tak sengaja? Bukan didengki kakaknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sengaja sebab kita leka baca buku cerita.
      Hahaaa... tak ada apa yang nak didengkinya budak kecik tu kah!

      Padam
    2. SK pernah buat kat adik jugak ka?🤣

      Padam
  3. Balasan
    1. Anekdot biasanya dipetik dari pengalaman hidup, ditulis ringkas, ada lelucon dan sindiran.

      Padam
  4. Wah menarik ni!
    Kak Amie memang berbakat sebagai penulis, tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH.
      Menulis sekadar suka-suka saja heheheee.

      Padam
  5. Menariknya, nostalgik mengimbas kembali insiden sendiri dimana bapa saya bawa balik telur sotong yang telah dimasak, ya Allah sedapnya, bila nak beli lagi tak da sebab ikut musim pula hehe..

    BalasPadam
  6. Tertanya-tanya apa jadi pada Wak Gundul.
    Hait cepat minta maaf pada adik. Nanti adik ingat balik apabila baca.

    BalasPadam
  7. tahniah amie...faiziah shamsudin n masriyah misni sama grup penulisan dgn kak

    BalasPadam
  8. Menarik cerita yang disampaikan kak Amie. Cerita dan kenangan tu masih tetap diingati. Kesiannya Wak Gundul ada orang dengki. Aduh, tak tahu nak gelak ke nak kesian bila adik Kak Amie terminum kopi tu. Entah apa rasanya kopi tu. Kopi dan kemasinan.
    Apa apa pun tahniah kak Amie dan semua penukil hebat hebat.

    BalasPadam
  9. Pengalaman sendiri dikongsi dengan pembaca.. Moga mnjadi tauladan dalam hiburan

    BalasPadam
  10. Sedap pulak terbayang cendol..Tapi tak tau nak cari kat mana yang betul2 kena dengan tekak.Sebulan yang lepas dah jumpa cendol sedap.Malangnya 2kali beli..2 kali juga menyedut bendasing dalam cendol tu..Siap gigit2 tu sebab ingatkan jagung..Rupanya lebah..setiap kali ingat memang rasa loya🤮

    BalasPadam
  11. Alamak...scarynya terminum minyak...agaknya bila kak amie nak bg tau adik kak amie tu...agak2 dia marah x kalau kak amie bg tau...

    BalasPadam
  12. Wah.. Tahniah Kak Amie..
    Tajuk antologi pun menarik..

    BalasPadam
  13. Tahniah, Kak Amie! Semoga terus berkarya!

    BalasPadam