Pages

Selasa, 8 Februari 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Suria Sabah Shopping Mall

Hampir 45 minit Encik Suami berpusing-pusing mencari tempat letak kereta di Suria Sabah Shopping Mall. Setelah setengah jam belum dapat tempat, Amie cadangkan supaya kami pergi sahaja ke tempat lain. Encik Suami kata, sama saja bohongnya sebab kalau hendak keluar dari situ terpaksa bayar tiket letak kereta pula. Sabar sajalah. Faham-fahamlah menjelang cuti CNY memang penuh sesaklah segala manusia dan kenderaan di sana sini.

Akhirnya dapatlah tempat letak kereta setelah mencari dan menanti dengan penuh kesabaran. Aktiviti beli-belah pun bermula. Kami masuk ke kedai buku POPULAR. Amie beli 15 buah buku, dan Firdaus turut beli sebuah buku komik. Oleh kerana buku-buku tersebut agak berat, Encik Suami pun simpan dahulu di dalam kereta. Kemudian kami masuk pula ke tempat pinggan mangkuk.... ahaks! Yang sukakan aksesori dapur itu memang bolehlah bayangkan macamana situasi kita yang rambang mata itu.

Tapi paling seronok sudah tentulah apabila tiba di bahagian makanan. Tiba-tiba rasa lapar pulak!


Firdaus pun kata perutnya lapar.
Maklumlah tak isi perut sewaktu berada di Restoran Nalapak.


Firdaus nak makan Crispy Chicken Roll.


Sedapnya, kata Firdaus.

Crispy Chicken Roll


Kenyang ke perut budak ini setakat makan kudapan begini sampai malam nanti?


Ini Asam Laksa. Kita punya.


Cendol ini kita punya, tapi Encik Suami yang habiskan.


Ini Mihun Kari pilihan Encik Suami. Ada isi kerang, dan udang. Kuahnya putih, rasa santan tapi sedap kata Encik Suami. Setelah Firdaus habis makan Crispy Chicken Roll, dia minta Mihun Kari Encik Suami dan dihabiskan hingga ke titisan kuah terakhir. Firdaus pun kata, Mihun Kari sedap.


Ini Sotong Kangkung. Kita punya juga. Oleh kerana ketika itu mangkuk Mihun Kari Encik Suami sudah berpindah ke tempat Firdaus, Encik Suami pun tarik Sotong Kangkung kita ke tempatnya pula. Kita hanya makan Asam Laksa. Cendol entah ke mana, Sotong Kangkung entah ke mana.

Oleh kerana Asam Laksa rasanya sedap, kita pun konsentrasi makan sampai licin. Tak dapat hirup cendol dan makan Sotong Kangkung pun tak apalah. Lain kali boleh ulang makan lagi di sini.

Asam Laksa.

14 ulasan:

  1. Hihihi.. kasihan Kak Amieku, mangkuk makanannya asyik diambil orang 😂

    BalasPadam
  2. Bagus berkongsi makanan walaupun akhirnya dihabiskan orang lain.

    BalasPadam
  3. Nampak asam laksa. Favourite saya tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu Mamapp. Habis hingga titisan kuah terakhir hihihi.

      Padam
  4. Mencari parkir kereta ni kalau tak jumpa boleh hilang mood nak shopping. Selepas bersabar ada juga akhirnya. Hihi..dah pass sana sini sampai tak dapat makan makanan favourite. Unik mi kari warna putih. Rasa lebih kari ke santan tu. Firdaus pun seronok makan sampai habis dan kata sedap. Memang sedaplah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat juga hirup kuah mihun kari sesudu. Memang sedaplah, patutlah sampai ke tangan Firdaus, dia terus habiskan. Rasa dia unik Fiza, ada rasa rempah tapi lebih kepada rasa santan.

      Padam
  5. Berbaloi tu pusing cari parking bila dapat shopping and makan puas-puas

    BalasPadam
  6. Kenyang la Daus cuti sekolah kali ni..JJCM + meneroka pelusuk Negeri Bawah Bayu..Nak jadi Daus jugak lah...🤣

    BalasPadam
  7. Seronok la Daus dengan crispy chicken roll dia..nampak sedap...semua pun sedap especially sotong kangkung tu

    BalasPadam
  8. tak pernah jumpa mee kari kuah putih gitu kak ... ini pertama kali jumpa

    BalasPadam
  9. Ringrazio tutti quelli che vorranno lasciare un commento o che seguiranno o sottoscriveranno il mio blog. Il linea di massima cercherò sempre di rispondere.
    Nel caso vogliate fare delle richieste o dei commenti off-topic ossia non collegati all'argomento dell'articolo, vi sarei grato se li postaste sulla

    best digital marketing agency

    BalasPadam