Setelah hampir dua jam menemani Firdaus mandi sungai dan memberi makan ikan, kami pun tinggalkan Tagal Kampung Nalapak. Perut mula berkeroncong. Rupanya sarapan lempeng pagi tadi tidak begitu mengenyangkan.... ahaks! Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh pekerja di Tagal Kampung Nalapak, kami singgah di Restoran Nalapak yang terletak di kiri jalan tidak jauh dari sungai.
Menu yang ditawarkan pun biasa-biasa sahaja. Kami memesan:
- Nasi Goreng Lalap
- Nasi Goreng Ikan Masin
- Sup Isi Ikan
Tidak lama kemudian datanglah Nasi Goreng Lalap dan Sup Isi Ikan. Sup Isi Ikan didatangkan dengan sepinggan nasi putih. Ada hirisan timun di dalam Sup Isi Ikan. Kata Encik Suami memanglah disertakan nasi, bukannya sup sahaja. Oleh kerana Amie menunggu nasi Goreng Ikan Masin jadi Amie cuba suapkan Firdaus nasi putih dengan Sup Isi Ikan. Sedap sungguh Sup Isi Ikan, tapi Firdaus hanya makan dua sudu nasi sahaja.
Lama pulalah Nasi Goreng Ikan Masin nak sampai ke meja. Amie terus hirup Sup Isi Ikan hingga habis semangkuk. Encik Suami juga sudah habis makan nasi Goreng Lalap.
Sup Isi Ikan |
Nasi Goreng Lalap |
Nasi Goreng Ikan Masin |
Bolehlah singgah makan di sini kalau ada rezeki jalan-jalan lagi.
Kenapa cepat sangat mandi sungai? Daus nak main-main dengan ikan.
Restoran Nalapak |
Alahai Daus..merajuk rupanya.
BalasPadamSebelum sampai KK nanti hilanglah merajuknya tu 😀
Betul tu Ujie. Tak sampai tiga minitt masuk kereta, okey dah.
Padamsedapnya tengok nasi goreng ikan masin tuu..
BalasPadamMemang sedap. Tak rugi tertunggu lama.
PadamFirdaus pandai express tak puas hati secara lembut , kesian pula aunty, inshaAllah tentu ada rezeki lagi..
BalasPadamKena pujuk baik-baik tu, hatinya mudah tersentuh. Tiba-tiba nanti banjir air mata.
PadamYa Allah nampak sedapnya...Teringat sup perut ikan yang cikgu selalu cerita
BalasPadamTeringin nak beli perut ikan yang dah dikeringkan, tapi rasa tak mampu pula dengan harga tujuh buah kayangan tu hihihiii.
PadamHihihi.. dah agak dah, kenapa Daus tak nak makan, hihihi.
BalasPadamNampak sedap rupa nasi goreng tu, kalau dapat makan panas2 lagi sedap. Sy pun selalu jugaklah jumpa staf restoran tak tulis order ni, mungkin sebab guna mask, kadang tak perasan, hihi. Tapi geram tetap geram, lebih lagi jika dah lama menunggu baru tahu dia tak tulis order.
Saya senang hati kalau staff ulang balik oderan kita untuk confirm.
PadamDaus memang macam tu kan SK hehehee maklumlah dia seorang yang ditatang.
kena datang lagilah sebab daus tak puas main dengan ikan2
BalasPadamya Wak, akan berkunjung lagi jika ada kesempatan
PadamDaus merajuk rupanya... Jelas kelihatan muka tak puas hati tu...
BalasPadamNasi goreng ikan masin tu nampak sedap.
Dia kalau diam-diam saja tanda merajuklah tu.
PadamSabar sahajalah tidak buat nasi goreng ikan masin.
BalasPadamtertunggu-tunggu kita dibuatnya
PadamHaha seronok tgk keletah daus
BalasPadamItulah kata Encik Suami... Firdaus ni banyak jual tingkah hahahaa.
PadamBila lapar mengundang rasa marah jugak bila makanan dipesan tak kunjung tiba. Mujurlah sampai jugak dan sedap. Aduhaaii Firdaus tak puas lagi tu 2 jam dia berendam dalam sungai...hehe..sabar jelah.
BalasPadamHahahaa... lagi sakit hati sebab orang lain dah habis makan.
PadamTak puas berendam kot Firdaus tu, selagi tak kecut kaki tangan.
adoi. boleh pula staff dia tnya, masih nak nasi goreng ke. haha
BalasPadamtak pernah jumpa sup isi ikan dekat sini kak.... mesti sedap tu kan.
BalasPadamAduhai merajuk sebab tak puas mandi sungai lagi rupanya... patut lah sampai takmo makan