Pages

Khamis, 10 Februari 2022

Makan Malam di Penampang

Sehari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu dari Lahad Datu, kita dengar khabar Fairuz rindu masakan kita. Khabar itu disampaikan oleh anak buah Encik Suami yang balik ke Lahad Datu. Kata Encik Suami, nanti sampai Kota Kinabalu suaplah budak tu makan supaya hilang rindunya. Alhamdulillah. Sekarang kami dalam perjalanan menuju ke Penampang, tempat tinggal anak buah bersama Fairuz. Setibanya di sana, Fairuz dan abang sepupunya serta seorang pekerja belum pulang dari menghantar ikan ke Keningau. Sementara menunggu mereka sampai, kami pun makanlah kudap-kudapan yang disediakan.

Kudapan Tahun Baru Cina



Terpikat pula dengan air kopi yang dihidangkan malam itu. Hidangan air kopi (kopi kasar tidak ditapis) mengembalikan kenangan zaman lampau kita. Terimbau sewaktu pergi menoreh getah membawa bekal lempeng ubi dengan air kopi. Serbuk kopinya pula ditumbuk dengan tangan, dan bukannya menggunakan mesin pengisar.


Sempat mencicipi sebiji dua kuih siput.


Makan buah tembikai dan limau Mandarin.
Dan tidak lama kemudian pulanglah semua 'penjual' ikan.
Kami pun menikmati hidangan yang disediakan.

Sayur Taugeh.

Terima kasih Ery, Rini dan Lina yang masak di dapur.

Udang.


Sambal kicap disediakan oleh Rini. Pedasnya ya ampun!!! Orang Cocos bilang key ghacun (racun). Kalau SK Tanah Jauhar makan sambal kicap ni sudah tentu akan kata: PEDAS NAMATEY! 


Kita meratah lauk saja malam itu. Pedas pun pedaslah walaupun rasa NAMATEY juga! Kita menambah lagi sesudu sambal kicap! Akibatnya, malam itu 3 kali masuk toilet. Tak lena sampai pagi rupanya.


Terima kasih Abang Aznan atas jemputan makan malam bersama.

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah..rindu masakan mommy, mommy datang terus suapkan makan. Meriah lauk pauknya. Kesian kak Amie keluar masuk toilet. Perut tak biasa pedas sangat tu.

    BalasPadam
  2. meriahnya menu mkn malam..

    aduh, penatnya ulang alik ke tandas tu..penangan mkn pedas..

    BalasPadam
  3. Alahai kesiannya dia rindu Mommy. Alhamdulillah dapat bersua

    BalasPadam
  4. Banyak makanan sedap dan banyak nostalgia turut terimbau bersama makanannya..Nampaknya Encik Majid hatinya mudah cair dengan anak-anak.Mungkin sebab semua lelaki kot..lebih dekat dengan anak lelaki.Tapi untungnya cikgu menjadi satu-satunya bunga diantara kumbang...Pasti menjadi ratu hati...

    BalasPadam
  5. Alamak...kicap cili tu...seram plak tengok...sedap2 makanan semua..sesekali gathering macam ni dinner memang best kan

    BalasPadam
  6. Mesti menyesal makan sambal key ghacun kan. Hehe.

    BalasPadam
  7. nampak fresh semua seafood tu... udang tu alahai geramnya

    BalasPadam