Kami tinggalkan Tuk Tuk Tomyam dan menuju ke Jalan Sulaman. Ada dua target yang hendak dicapai di situ iaitu shopping di Jakel Silk House dan mencari langsir tingkap ready made. Selesai shopping, perut pun memang sudah bersedia untuk diisi. Amie beritahu Encik Suami teringin makan masakan baba nyonya. Dengar ceritanya menu baba nyonya mementingkan perincian bahan dan kualiti. Selama ini biasa mengikuti masakan Chef Florence Tan dan hanya mencuba di dapur sendiri. Kali ini hendak cuba pula dari dapur baba nyonya itu sendiri. Ada rezeki balik Malaya nanti hendak pula mencuba masakan baba nyonya di Melaka. Banyak Amie simpan rujukan tempat makanan halal baba nyonya di sana.
|
Nasi Putih dengan Asam Pedas Ikan Merah |
Menunggu pesanan makanan tiba di meja:
- Minuman : Dragon Fruit, Watermelon Juice & Apple Juice
- Assam Fish
- Nyonya Fried Chicken
- Golden Bitter Gourd
- Pakis Belacan
- Dry Assam Prawn
- French Fries
- White Rice
Restoran baba nyonya ini letaknya di:
NYONYA STEMBOAT
G826 & G827, Ground Floor,
1 Borneo Haypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 014-655 6926 / 011-1613 1136
|
Peminat masakan baba nyonya. |
Hiasan dalaman Nyonya Steamboat.
|
3 jenis minuman untuk memenuhi 3 citarasa. Semuanya ada rasa pandan. Mungkin gula pasir dimasak bersama daun pandan. |
|
Dragon Fruit Watermelon Juice Apple Juice |
|
Assam Fish |
Harga 100 gram ikan (ikan merah, siakap & kerapu) ialah RM10.00.
Berat ikan yang ditawarkan bermula dari seberat 800 gram sahaja. Kami pilih ikan merah. Pertama kali menghirup kuahnya memang terpaksa akui Nyonya Assam Fish ini sangat sedap! Isi ikan terasa manis kerana dipilih dari ikan segar.
|
Nyonya Fried Chicken |
Firdaus meminta Nyonya Fried Chicken. Kami memesan saiz kecil dengan harga RM18.00. Tidaklah banyak, hanya beberapa ketul saja. Kita sempatlah merasa seco'et sebab Firdaus tak mahu kongsi. Dia nak meratah sendiri. Berulangkali dia sebut...mmmm sedap...sedap! Memang sedap.
|
Dry Assam Prawn |
Selalu melihat masakan Dry Assam Prawn dan kali ini betul-betul ada di depan mata. Hanya tinggal nak suap ke mulut sahaja. Saiz kecil ini berharga RM25 dan udangnya pun boleh dikira ada berapa ekor sahaja. Namun begitu, seperti ikan Nyonya Assam Fish dan Nyonya Fried Chicken, rasa Dry Assam Prawn juga tidak kurang sedapnya. Udang yang dimasak adalah udang terpilih dan segar. terasa manis dan kenyal. Jadi sewaktu makan terlupa harga dan jumlahnya yang tak sampai berapa ekor itu disebabkan keenakannya.
|
French Fries ini Firdaus punya. |
|
Pakis Belacan |
Pakis Belacan ini pun sedap. Eh, semua masakan di sini sedap belaka. Tak ada yang tak sedap!
|
Bismillah. |
Setelah nasi hampir habis, barulah sampai Golden Bitter Gourd ini ke meja.
Peria goreng telur masin ini masih panas. Kami ratah-ratah sahaja sehingga licin.
Semuanya berjumlah RM206.90 termasuk service charge 10%. Apa pun, akhirnya dapat juga merasa masakan baba nyonya. Memang benarlah, masakannya sedap dan kualitinya juga tip top!
Masakan baba nyonya mmg sedap sgt alahai mana nak carik ni. Kedai yg saya selalu pegi dah closed business la pula
BalasPadamSedap kan Mamapp. Saya hirup kuah assam fish tu sampai habis.
PadamAlhamdulillah dapat jugak menjamu selera masakan baba dan nyonya. Harga assam fish boleh tahan juga harganya tu. syukur sedap masakannya pun.
BalasPadamLama dah teringin nak rasa masakan baba nyonya ni Fizah. Maklumlah asyik tonton masakan nyonya yang katanya sedap penuh rasa dan aroma.
PadamPatutlah lah pun. Lama dok simpan rasa teringin tu. Dah dapat tekak pun happy :)
PadamHehe tidak jadi makan tomyam. Rezeki makan masakan Baba dan Nyonya.
BalasPadamYa, terlepas satu dapat yang lain pula. Alhamdulillah.
PadamMabelesss semuanya
BalasPadamBetul Cik Nur.
PadamSemuanya panas dari dapur.
Selamat menjamu selera
BalasPadamNampak sesedap
nampak sedap semuanya teringat gulai ikan orang kedah mavles
BalasPadamGulai orang Kedah memang mabeles kan Kak PI.
PadamMenariknya semua menu masakan Baba & Nyonya nih. Kami sekeluarga gemar juga menu macam ni.Terima kasih atas perkongsian, inshaAllah kalau ke KK boleh try nanti.
BalasPadamMari cuba masakan nyonya di sini. Saya pun teringin nak cuba masakan nyonya yang lain.
Padamawat la setiap kali tgk firdaus ni, mesti terigt uyum hahahah... geram tgk dia! Suka tgk dia makan, berselera sungguh
BalasPadamDua-dua muka bulat, nampak nulat-bulat tu yang asyik teringat-ingat ye Ret.
PadamSedapnya Amie.. kita suka masakan bab nyonya gini.. kadang rasa kari dia je lain kann.. sedap lemak enak..
BalasPadamBetul tu Sis Lin. Saya pun nak mendalami resipi-resipi baba nyonya.
PadamSemua sedap. Lama tak makan asam pedas.
BalasPadamCantik dekorasi baba nyonya
Bagus restoran baba dan nyonya ni, di samping hidangan masakannya yang sedap tidak lupa pamerkan identiti untuk jamu mata para pelanggan.
PadamGeramnya tengok asam pedas ikan tu....!
BalasPadamJemput Uncle. Sedap tau.
PadamTak pernah merasa masakan baba nyonya ni.,
BalasPadamSebelum ini saya hanya makan masakan sendiri ikut resipi nyonya. Ini pun rasanya kali pertama saya makan, dan memang sedap.
Padamnampak sedap juga menu dia. terus buka grabfood, ok kedai ni ada. Nanti nak order. hehe
BalasPadamKalau betul sedap, sanggup bayar mahal sikit asalkan berbaloi
BalasPadamNampak menarik dan sedap semuanya.Dah cikgu cakao sedap pastilah terbukti sedap tu.Dry Assam Prawn tu asalnya saya ingatkan udang celup asam jawa pekat dan goreng.Rupanya salah .hihihi..
BalasPadamKalau sebut masakan Nyonya..auto teringat chef Florance Tan yang cantik dan selalu ketawa tu
Selalu SA akan ke Melaka untuk makan masakan nyonya yang pure...nampak sedap semua masakan tu kak amie...
BalasPadamkalau rasanya sedap, tang harga tu kita buat-buat lupa ye kak....
BalasPadam