Pages

Jumaat, 18 Februari 2022

Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Kalis Janji

Alhamdulillah, dapat bersua kembali di alam maya. Kali ini Amie kongsikan paparan perkembangan terkini dalam dunia penulisan. Setakat ini Amie hanya mampu menukilkan kisah pendek berupa cerpen sahaja. Maklum sahajalah sudah bertahun-tahun lamanya tidak menghasilkan sebarang karya kreatif. Kini Amie menggali semula bakat yang dipendam sekian lama di lautan dalam.... ahaks!

Salah satu sumber ilham untuk menghasilkan karya sudah tentulah berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh penulis itu sendiri. Ia diolah, dicanai dan diubahsuai mengikut tema dan jalan cerita yang dikehendaki. Dalam hal ini, Amie akui tidak banyak kekuatan karya yang Amie tonjolkan, hanya sekadar mengolah dan menggambarkan cerita dengan gaya bahasa tersendiri, dan amat-amat sederhana dari segi pemilihan katanya. Itulah diriku yang seadanya.

Hasil karya Amie yang terselit dalam Antologi Cerpen Kalis Janji ialah Janjiku yang Teruji terbitan SHE 2022. Cerpen ini berdasarkan kisah benar, dan plot ceritanya memang tidak berubah dari cerita asal. Cuma, kenalah patuhi syarat penulisan yang dikenakan oleh pihak penerbit. Jadi, pandai-pandailah mencantas dan memotong banyak ayat serta perkataan yang kita 'sayangi' sehingga menjadikan jumlah perkataan menepati seperti yang dikehendaki.

Kisah sebenar Janji yang Teruji boleh baca di sini: DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.

Kalis Janji


Untuk meringkaskan jalan cerita bukanlah mudah bagi penulis yang kurang pengalaman seperti Amie ini. Apa pun kita cubalah sebaik mungkin.


Alhamdulillah. Sepanjang proses penulisan Amie ada bahan rujukan iaitu tulisan dalam blog. Itulah kelebihannya apabila kita menyimpan 'peristiwa' di dalam blog. Ada gunanya pada suatu ketika apabila kita perlukan.

Kalis Janji merupakan hasil karya keenam yang diterbitkan sejak Amie mula membabitkan diri kembali dalam dunia penulisan bermula Julai 2021. Mudah-mudahan idea untuk menulis terus mengalir sebagaimana tidak putusnya mata air zam-zam sejak zaman-berzaman. Aamiin.

13 ulasan:

  1. Tahniah Kak AMie, semoga terus berkarya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Syaz.
      Sama-sama kita terus berkarya ye.

      Padam
  2. Betul kena tulis dalam blog. Boleh baca balik.
    Tahniah Puan Amie. Cerita berdasarkan kisah benar yang boleh menjentik hati membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ada tempat menyimpan catatan hidup. Tak sangka suatu hari ada kepentingannya. Boleh selongkar balik.

      Padam
  3. Tahniah, Kak Amie. Akhirnya bakat yg terpendam di lautan dapat juga dipancing semula dengan jayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbelas tahun bakat tu di dasar laut menggigil kesejukan hihihiii.

      Padam
  4. Alhamdulillah kak Amie. 6 karya itu dah dikira kemajuan untuk orang yang dah lama tak menulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan terus bersemangat untuk menulis setelah sekian lama berhibernasi.

      Padam
  5. Terbaik kak Amie. Tahniah! Berjaya lagi menukil cerpen. Teruskan berkarya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizah. In syaa Allah, mudah-mudahan ada kudrat untuk terus menulis.

      Padam
  6. wah alhamdulillah tahniah amie. semuga akan ada lagi karya yang seterusnya. Memang pengalaman hidup merupakan karya asli yang tiada tandingannya. Hanya penulis hebat sahaja yang boleh mengarapnya menjadi hasil yang buat orang tersayat jiwanya apa lagi jika ianya merupakan kisah benar dan takan luput dalam ingatan.

    BalasPadam
  7. Chaiyok chaiyok amie. Semuga pancingan laut dalam membuahkan hasil pancingan yang melimpah ruah lagi.

    BalasPadam
  8. k Amie ni memang berbakat betul lah, menulis boleh, memasak boleh, ambil gambar lawo... serba serbi la

    BalasPadam