Tahun ini sudah beberapa kali makan sate sama ada di Tawau atau Lahad Datu. Tiba-tiba perasan pula saiz sate semakin mengecil. Harga masih dikekalkan seperti sebelumnya.
Kami biasa makan sate di tempat yang sama. Kalau dahulu ada 3 ketul ayam untuksatu cucuk sate. Sekarang hanya tinggal dua ketul sahaja. Harganya masih sama iaitu RM1.00 secucuk. Sate daging pun dikurangkan jumlah ketulannya, dan harganya juga sama iaituRM1.50 sen secucuk.
Seboleh-bolehnya nak rakam gambar sate untuk dijadikan entri biarlah nampak menggiurkan selera. Jadi kita zoom dekat-dekat supaya nampak lebih jelas.
Kenaikan harga barang sekarang ini sangat memberi kesan kepada para peniaga makanan. Serba salah dibuatnya kan. Nak buat sate seperti biasa dengan harga yang sama tentu penjual sate terpaksa tanggung kerugian. Nak naikkan harga nanti pelanggan lari pula. Akhirnya beginilah keputusan yang diambil.
Dalam hal ini pembeli pun kena membuat pertimbangan. Tiada yang murah sekarang ini. Mudah-mudahan masalah kenaikan harga barang terutama makanan akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Yup betul
BalasPadambaru ni beli satay tmpat biasa beli dulu dan memang sedapp tpp adoiii harga naik naik lg.
Saiz sama rasanya
ada tmpt harga naik satay pun kecik emmm
Yang tak bestnya harga naik, saiz mengecil pula ye Cik Nur.
PadamPeniaga2 terkesan dgn kenaikan harga brg la tu.. satay jd cenonet.
BalasPadamSaya pulak kat sini dari aritu nak mkn satay yg sedap tak pegi2.. sbb mlm je baru bukak. Malas nk kluar mlm.
Kesian peniaga makanan yang rata-rata terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah.
PadamOoo... malam baru buka. Kalau saya pun malas nak keluar malam.
Agaknya sebab sejak dua menjak ni ayam mahal dan selalu kehabisan di pasaran, tu yang saiz makin kecil.Kita yang tak niaga pun agak terkesan juga kan dengan kos barang basah yang makin mahal ni.
BalasPadamBetul Lina. Kami di sini nak beli minyak pun bukan main susah!
PadamTakpe ajar kita berhemah makan. Hehe.
BalasPadamHaaah, belajar berjimat cermat.
Padamsate gina mkn secucuk dh kenyang
BalasPadamSaiz besar makan secucuk pun rasa kenyang kan Kak PI, macam saizdi Satay Hut di Tanjung Karang tu.
PadamSize kecil cepat habis kak...hehehe....
BalasPadamBetul tu SA.
PadamMemang tertekan dengan kenaikan harga barang mentah sekarang ni :(
BalasPadamItulah kan. Akhirnya peniaga dan pembeli yang menerima kesannya.
PadamKau dipaksa aku terpaksa. Kalau tak dinaikkan harga, bagaimana nak bayar gaji pekerja dan modal bahan mentah, kan. Perit!
BalasPadamKesian kan, paksa memaksa ni...akhirnya kerna terpaksa.
PadamPerasan juga sate makin mengecil dengan harga yang sama. Betul kata kak Amie, peniaga pun serba salah nak naikkan harga atau kecilkan saiz dengan harga barang mentah semakin meninggi ni. Sebagai pembeli kadang beli juga walaupun begitu saiznya. huhu...
BalasPadamItulah Fizah. Kadang-kadang pejam mata saja kalau nak beli. Biarlah, kita berbagi rezeki dengan mereka. Kita tak tahu peritnya berniaga.
PadamAllahuakbar....kesian juga kan buat peniaga dan juga pembeli. Peniaga sebab nak niaga dengan kos semakin mencanak manakala pembeli nak makan juga tapi harga dah naik. Semuga Allah mewahkan rezeki buat semua rakyat malaysia. Dan semuga harga barang turun le hendaknya. Aamiin
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamKita percaya rezeki ada di mana-mana. Moga negara kita sentiasa makmur.
harga brg pn dh naik gtu la kot jdnya kan
BalasPadamBetul tu Mama Tisya. Rata-rata yang terkesan sudah tentulah para peniaga makanan.
PadamMasing-masing dalam dilema. Peniaga dan pembeli
BalasPadamMudah-mudahan kemelut ini segera berakhir.
PadamSusah sekarang..semua naik harga. So peniaga biasanya kalau tak naik harga, kuantiit dikurangkan.
BalasPadamKan... teruskan berjimat cermat.
Padamsekarang semua dah naik rege kak, nak beli ayam dulu beli ayam goreng seketul dapat lagi rm3 sekarang dah rm4 ke rm5 seketul
BalasPadamtu la, brg makanan makin mahal sekarang..
BalasPadam