Pages

Jumaat, 11 Februari 2022

Holiday Inn Express Kota Kinabalu City

Malam terakhir di Kota Kinabalu kami menginap di Holiday Inn Express. Kalau mendarat di Kota Kinabalu, bolehlah bergerak sejauh 6 kilometer untuk sampai ke hotel ini. Holiday Inn Express terletak berhadapan dengan No 1, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Kedudukannya berhadapan dengan Hotel Hilton.

Apabila melangkah masuk ke ruang menunggu, kelihatan susunan kerusi meja di kawasan yang agak lapang. Staff hotel melayan kami dengan mesra.

Urusan daftar masuk berjalan lancar.

Mari, Firdaus kita masuk lift ke tingkat 7.

Mana bilik 726?


Firdaus rasmikan dahulu katil kami, guling-guling sampai cadar kusut sebelum melompat atas katil kecilnya.


Senang hati nampaknya budak ini dengan kaki bersilang atas lutut!


Ada bantal extra dalam almari!


Setelah letakkan bantal sarung warna mustard di hadapan bantal sarung warna putih, katil pun nampak lebih berseri!



Boleh pasang alarm untuk bangun solat subuh.


Kelengkapan yang disediakan termasuklah sterika dan iron board.


Meja sudut dilengkapi dengan sebuah kerusi , sebuah cermin muka bulat.


Ada tempat duduk bulat warna hitam.
Apabila Amie duduk di situ, Encik Suami kata seolah-olah Amie duduk atas tempayan!



Inilah tempat kegemaran Encik Suami. Ada cerek.
Ada pelbagai jenis minuman dan mug kuning yang cantik.



Seperti biasa, Firdaus yang merasmikan terlebih dahulu bilik air ini.


Nampak luas dan bersih.


Cukup dengan segala kelengkapan membersihkan tubuh.





Selepas solat dan berehat seketika kami bercadang untuk keluar shopping lagi. Maklumlah esok hendak berangkat meninggalkan Kota Kinabalu.

Hotel Hilton berhadapan dengan Holiday Inn Ekspress


Kali ini tidak terdengar bebelan orang sebelah kerana tempat letak kereta sangat luas sampai ke hujung sanun!


Jadi tidaklah risau kalau balik agak lewat malam. Sudah tentu tempat letak kereta masih ada. Cuma berhampiran bangunan hotel atau agak jauh sedikit ke belakang.


Holiday Inn Express dari hujung tempat letak kereta.



Kebetulan malam itu kami pulang agak lewat selepas shopping dan makan malam.


Berehat dahulu buat seketika di ruang menunggu sebelum masuk ke bilik.


Jom kita mask bilik untuk berehat dan tidur.
Esok pagi kita sarapan di sini.

Selamat malam!

13 ulasan:

  1. Wah not bad gak hotel tu.. Klu berpeluang msk sabah lagi.. Bole try la stay situ0

    BalasPadam
  2. Rangkaian hotel Holiday Inn ni memang cantik dan menarik. Sy suka dekorasinya yang moden tu, bilik pun wangi dan bersih. Sila panggung nampaknya Firdaus ya.

    BalasPadam
  3. Seronok kan kalau dapat berehat di hotel.Tak serabut fikir nak masak nak dobi bagai..Balik pun wangi...tenang dan damai.Selalu bila tidur hotel berangan nak deco bilik kat rumah macam tu..Tapi hanya angan-angan🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam
  4. Betul betul santai Firdaus siap bersilang kaki. Seronok dia. Menarik hotel Holiday Inn Express ni. Semuanya lengkap dalam bilik. Bersih dan selesa sangat.

    BalasPadam
  5. nampak nyaman bednya....dan hotelnya pun cantik ^^

    happy holiday kak amie

    BalasPadam
  6. Jeles plak tgok Daus selesa lepak golek2 atas katil tu ha....

    BalasPadam
  7. Holiday inn, baik yang express ataupun yg premium nya, selalu memuaskan memang ❤️. Sayapun suka stay di hotel ini. Kebetulan di Jakarta ada holiday inn dan holiday inn express. Yg saya suka, dengan standard international mereka, service dan segalanya sangat diperhatikan. 👍👍 Teringin nak staycation di sana lagi :).

    BalasPadam
  8. besar jugak ruangan biliknya. selesa duduk 1 family

    BalasPadam
  9. Besar rumah menunggunya.
    Ya Allah nampak besar juga tempat letak kereta.

    BalasPadam
  10. bestnya kak, hotelnya pun cantik sangat... suka lah Daus boleh pusing golek-golek

    BalasPadam