Pages

Khamis, 10 Februari 2022

Makan Mi Kolok Daging dan Laksa Sarawak di Muazzam's Corner

Di pagi Tahun Baru Cina, kami pun bergerak menuju ke Putatan untuk menikmati sarapan pagi yang diidam-idamkan. Sayang seribu kali sayang tempat yang dituju tidak beroperasi. Berkali-kali kita pastikan tempat dan maklumat yang diperolehi. Jelas menunjukkan tempat tersebut dibuka tetapi di hadapan kami ialah restoran yang tidak beroperasi.  Akhirnya setelah beberapa kali berpusing di kawasan tersebut kami pun singgah di Muazzam's Corner.

Menu sarapan yang dibayangkan kini sudah berubah 360' kepada:

  • Mi Kolok Daging
  • Laksa Sarawak
  • Nasi Goreng USA
Rezeki kami pagi itu walaupun tidak dapat alas perut di tempat idaman, tetapi akhirnya dapat bersarapan dengan hidangan yang sedap-sedap belaka.

Mi Kolok Daging



Encik Suami bersarapan Mi Kolok Daging.

Sup Tulang / Daging


Sambal / Lada


Laksa Sarawak

Kita nak makan Laksa Sarawak. Rasa kuahnya sesudu, rasa sangat sedap.
Aduhai! Takut nanti rindu-rinduan pula nak makan Laksa Sarawak lagi di sini.

Sambal Laksa Sarawak


Habis semangkuk kita makan. 
Tak tahu berapa harganya.... ahaks.Lupa tanya Encik Suami. 


Firdaus pun tak salah pilih menu. Dia minta Nasi Goreng USA.


Habis sepinggan Nasi Goreng USA Firdaus makan seorang.



Inilah tempat sarapan kami di Putatan. Muazzam's Corner, dengan hidangan sarapan yang sedap-sedap belaka.






17 ulasan:

  1. Alhamdulillah, walau keciwa, dapat makan sedap di tempat lain..

    sedap laksa sarawak..byk rencah2 dia..

    BalasPadam
  2. mi kolok pebret juga tu...
    Tapi kita suka mi kolok goreng ehehhehe

    BalasPadam
  3. kak ana belum pernah makan mee kolok ni amie, teringin sangat ..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat menjamu selera makanan sedap di Muazzam's Corner walaupun tempat yang diidamkan tak beroperasi dah. Itulah tu, susah kalau rindu makanan sedap sedap jauh dari rumah ni. Nanti termengidam pulak.

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH SEDAP SEMUA..NASI GORENG DAUS PENUH DGN LAUK ENAK

    BalasPadam
  6. Haaaa.. yang Firdaus makan tu la baru betul NG USA, ada udang, sotong dan ayam. Tapi kita suka nak makan Laksa Sarawak, nampak sedap sangat tu Kak Amie.

    BalasPadam
  7. Aduii sedapnya.. Mi Kolok sedap di Johor ni ada di Hutan Bandar, memang kalau nak makan, ke situ aja..

    BalasPadam
  8. Sedap betul menu di sini... terliur tengok nasi goreng Firdaus tu, penuh rencah :)

    BalasPadam
  9. Melihat fotonya saja aku jadi lapaaaaarrr ... Mie kolok daging. Kslai di Indonesia kolok mungkin sama dengan kolak, he he ....

    BalasPadam
  10. nampak sedap nasi goreng USA dia, penuh dengan lauk.
    kedai mne yg Kak Amie nak pergi tu?

    BalasPadam
  11. Rezeki tu.. Walaupun bukan restoran idaman tapi tetap sedap. Mungkin lagi sekali ke Putatan, kak Amie cari kedai ni pulak. Hehe

    BalasPadam
  12. Kalau diberi pilihan..saya pilih mee kolok...Laksa Sarawak tu bagi tekak saya dia agak kuat bau rempahnya.Tapi selera manusia ninberubah-ubah...hihihi

    BalasPadam
  13. rasa hati ingin cuba laksa sarawak...kuahnya merah menggiurkan...mantab kak ammie ☺

    BalasPadam
  14. Ya allah..rindunya nak makan mee kolok...yang kat KL yang Dapur SArawak tu x menepati citarasa SA, x sama macam kat Sarawak...bila la nak terbang pi Sarawak buat kerja gila lagi ni....dulu asal teringin terbang je ke sana...

    BalasPadam
  15. Sarapan pagi ada nasi goreng USA. Lain sedikit saya tengok makanannya.

    BalasPadam
  16. geram nengok laksa sarawak dan nasi grg USA Daus tu

    BalasPadam