Pages

Khamis, 20 Januari 2022

Sarapan Pagi di Gabion Bistro

22 Disember 2022.
Bangun tidur, Firdaus intai bawah katil. Katanya hendak mencari monster hijau. Teringatlah pula dalam buku Bahasa Inggeris Tahun 2, Firdaus dikehendaki melukis dan mewarna monster di bawah katil. Patutlah asyik disebut monster dari semalam. Kami santai-santai sahaja pada pagi tersebut kerana rancangan sepanjang hari hanya untuk shopping di One Borneo, Imago Mall dan Suria Sabah Mall  di pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Rupanya sewaktu kita makan Nasi Lemak Sambal Sotong di Gabion Bistro, ada orang teringin nak rasa! Jadi, kami pun bersarapanlah di tempat yang sama, dengan harapan ada nasi lemak. Bagaimana pun tidak ada pula sambal sotongnya! Alahai.... rezeki tak ada sambal sotonglah tu untuk Encik Suami.

Menu sarapan pagi di Gabion Bistro

Tempat letak kereta di bahagian hadapan Ibis Styles Hotel. 


Kami masih berbual tentang dekorasi Ibis Styles Hotel ketika hendak meninggalkan bilik. Kata Encik Suami, kalau betul ada something wrong di hotel ini, mengapa pula penuh tempat letak kereta? Hahaaa... memang itulah saja tempat yang menjadi perhatiannya! Dan satu lagi, semalam ramai juga yang makan di Gabion Bistro. Lagi pula, kami hanya dapat bilik dua katil single sahaja dan bukannya family room seperti yang kami mahu kerana bilik-blik tersebut sudah penuh. Maknanya, hotel ini sama sahaja seperti hotel lain, cuma namanya unik sikit dengan hiasan dalamannya yang agak berbeza.


Rakam gambar suasana pagi dari jendela hotel.



Kami bertiga menikmati hidangan sarapan pagi mengikut selera masing-masing:
  • Nasi Lemak
  • American Bistro
  • Kaya Butter Toasted
  • Coffee
  • Tea
American Bistro


Firdaus berselera sungguh menghabiskan  sarapan American Bistro. 
Kita pun terkejut melihat pinggannya bersih licin!


Ini kita punya, Kaya Butter Toasted. 


Sekali lagi sebelum meninggalkan hotel merakam gambar sambil melihat kalau-kalau ada yang nampak pelik sikit.... ahaks!


Nampak biasa sahaja kan.



Kami tinggalkan Ibis Styles Hotel bersama kenangan mengusik jiwa.

12 ulasan:

  1. Nampaknya Firdaus ni mempunyai selera Mat Saleh, hihi.

    Mesti pelik betul Ibis Styles ni sampai jadi bahan perbincangan, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaaaa... sampai sekarang Firdaus sebut-sebut lampu meja seperti kepala paip air di bilik tu. Yang tak dapat Encik Suami lupa sudah tentulah kesan 'seret' pada lantai / permaidani di luar bilik tu. Kata Salbiah Mokhtar, nasib baik warna hitam, kalau merah lagi seram.

      Padam
  2. cantik pemandangan hotelnya. Ya.. subjek english tahun 2 ada kena lukis monster

    BalasPadam
  3. Suka tengok gambar-gambar makanan tu,lawa. Permandangan dari hotel dan di luar hotel pun cantik.

    BalasPadam
  4. Hotel tu punya konsep lain dr lain..itu ramai ygtertarik kot kak..
    Mumgkin sambal sotong cuma ada waktu malam... kene menginap di sana lg lah nampaknya kak..
    Selera omputih betul Daus ya..

    BalasPadam
  5. mungkin takde apa-apa kot, cuma kita yang tak biasa dengan deko sebegitu. saya tak pernah menginap di mana-mana cawangan Ibis. boleh cuba nanti

    BalasPadam
  6. Sedap nampak sarapan pagi tu..amboi...Firdaus tekak western erk..suka la dia kalau menu macam ni kan

    BalasPadam
  7. Bagus tidak menakutkan. Hiasan unik sahaja.
    Alahai tiada sambal sotong. Patut suami Puan Amie rasa sedikit sambal malam tersebut.

    BalasPadam
  8. kalau peminat paranormal suka kot tempat macam ni.Yang pasti tempat ini tak sesuai untuk kaki penakut macam saya menginap.Tapi untuk makan boleh ajak saya ke sini...🤭

    BalasPadam
  9. Lawak pulak Firdaus pagi pagi menjengah bawah katil. Patutlah dia teringat, pernah mewarna monster bawah katil rupanyaa. Suami kak Amie segan nak mintak rasa nasi lemak sotong kak Amie malam tadi tengok Kak Amie makan berselera sangat kot. Tu yang ajak singgah sarapan tempat sama je. Hehe...
    Nampaknya Firdaus ni selera kebaratan. Tu yang suka makan kentang dan licin American breakfast dia.
    Seram kalau nampak benda pelik. Mujur tak ada :)

    BalasPadam