Pages

Khamis, 20 Januari 2022

Makan Tengahari di Q Baik 1 Borneo Hypermall

Sesekali shopping memang seronok! Tiba-tiba tersedar ada yang tidak perlu dibeli tapi sudah terbeli. Aduhai.... mata tak boleh tengok tudung, blouse, handbag bla bla blaaa! Firdaus pula apabila lalu di depan Restoran Q Baik, terus merengek nak makan onion ring! Kami pun singgah sajalah makan tengahari di sini. 

Sulemani Tea

Sementara kita dengan Firdaus memesan makanan, Encik Suami cari meja dan duduk di situ. Maklumlah pelanggan ramai. Kita pun nak makan di meja yang selesa. Ketika menunggu di situ, pelayan restoran hantar segelas minuman Suleimani Tea untuk Encik Suami. Minuman ini diberi percuma.


Sebenarnya bukan nak layan selera Firdaus untuk makan onion ring saja tapi kita pun nak layan tekak kita dengan Dam Chai Tea, teh susu segar ditambah rempah dan halia.


Nasi Arab Mandy Ayam


Hidangan untuk Encik Suami sudah sampai ke meja.
Firdaus dalam nada bergurau hendak makan cili merah, tapi kami larang. Agaknya nak tunjuk perasaan sebab onion ring yang dipesan belum sampai.


Ini dia set onion ring bersama jejari ikan serta roti.


Bismillah.
Lepas baca doa makan, Firdaus terus terkam onion ring.



Entah lapar atau memang suka sangat makananya itu, habis licin semua sekali.


Ini kita punya, Nasi Mandy Udang.

Nasi Mandy Udang

Sedang kami leka makan hidangan masing-masing, Firdaus ambil cili merah dalam pinggan kita dan terus kunyah! Haaa.... kan kepedasan mulut tu! Firdaus tahu untuk hilangkan pedas, kena minum air panas. Jadi, diteguknya Dam Chai Tea kita sampai habis! 
Aduhai...... 

12 ulasan:

  1. lama tk mkn onion ring..hah firdaus tk sbr dh tu trus ngap onion ring tu

    BalasPadam
  2. Macamne la Daus tak bulat ye kan... selera betul, acik pun terliur nengok onion ring Daus tu tau.
    Geram nengok udang mandy tu kak oi... menggoda

    BalasPadam
  3. Tahan pulak Daus minum air panas lepas makan pedas ya. Tak pernah makan nasi mandhi udang, kena tengok ada tak kat Zaituna di tempat kita ni.

    BalasPadam
  4. hehe. macam-macam gelagat si kecil ni ye. nampak sedap makanannya. tak sangka restoran nasi mandy ada onion ring dan teh China

    BalasPadam
  5. Laaa.. dah nape Daus makan cili tu. Tak cukup ke makan onion ring dan jejari tu hehe..

    BalasPadam
  6. Kliataan sedaaaap onion ring tuh 👍🤤. Apalagi dipping pakai sauce nya kan. Tak terbayang daus makan Chilli merah tuh 😅.

    Sedap2 menu makanannya kak. Apalagi yg nasi mandi udang ❤️

    BalasPadam
  7. Kena pesan lagi teh dam chai. Haha Firdaus memang tekad makan cili.

    BalasPadam
  8. Chai tea...
    Lately ninsaya kerap melayan Indian Street Food...Memang teringin nak minum chai yang menggunakan susu segar beraroma garam masala tu..☕

    BalasPadam
  9. Dah terbeli tu takleh buat apa dah kak Amie. Tak beli kang menyesal pulak. hihi..
    Memang makanan favourite dia tu kot kak Amie, tu yang beria nak makan tu. Dapat jugak kak Amie minum air favourite. Alih alih firdaus pulak tumpang sekali. Aduhaiii..bertabahlah Kak Amie.
    First time tengok nasi mandy lauk udang.

    BalasPadam
  10. excited btol firdaus dpt mkn onion ring. tp bleh pula dia mkn cili tu, adoi pedasnya...

    BalasPadam
  11. perasan x yang Firdaus dah sedikit tembam..dh gain weight...nampak dia je yang happy sepanjang percitian

    BalasPadam