Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang. Sudah sarapan pagi? Moga gembira menikmati hidangan pagi bersama keluarga.
Amie cadang nak goreng bihun gunakan perencah Sambal Tomato Versi Udang Kering. Teringat ada lebihan isi durian, kononnya nak tambah durian goreng pula. Sewaktu rendam bihun, terpandang rice cooker di tempatnya, dan masih bertutup. Biasanya Encik Suami yang akan simpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Apabila Amie buka, masih ada nasinya dan dalam keadaan elok. Mungkin malam tadi Encik Suami terlupa untuk memeriksa rice cooker.
Sayang melihat lebihan nasi sejuk, Amie pun goreng dengan telur. Bukan main suka Firdaus! Tercium sahaja aroma dari dapur, terus bertanya :
Mommy masak apa tu?
Nasi goreng.
Wah! Sukanya Daus makan nasi goreng.
Nampaknya sarapan pagi ini boleh dibawa hingga ke tengahari. Oleh kerana banyak kerja yang hendak dibuat, tak perlulah susah-susah masuk dapur untuk sediakan makanan tengahari pula.
- Nasi Goreng Telur
- Bihun Goreng Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Durian Goreng
- Buah Betik
- Lemon Pudina
Nasi Goreng Telur. |
Bihun Goreng Sambal Tomato Versi Udang Kering |
Durian Goreng |
Buah Betik |
Sama breakfast bihun goreng juga tapi tapau dari rumah makðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamSaya breakfast leftover pizza. Reheat je. Senang kerja boleh buat kerja lain pulak.
BalasPadamAgaknya husband akak lupa lah tu nak simpan. Firdaus suka makan nasi goreng telur. Mesti berselera makan. Ada extra sarapan senang tengahari tak payah susah payah sediakan makanan.
Kadang boleh sahaja nasi tidak simpan. Guna esok pagi.
BalasPadamBetul tidak elok membazir.
semua sedap menu breakfast ammie. saya tak breakfast lagi, baru siap marinate ayam sekor tuk panggang for lunch
BalasPadamDalam peti ajaib sy, ada tiga kotak nasi lebih, dalam periuk pun ada nasi semalam. Mungkin boleh digoreng malam nanti.
BalasPadamrajin betul kak amie menyediakan sarapan pagi, kalau saya sarapan pagi lah paling malas nak sediakan, selalunye makan roti jer, senang. tak pon beli jer
BalasPadamYa Allah...
BalasPadamBila baca,macam situasi yang sama saya lalui...
Saya juga masak mihun goreng 12 sudu teh gula pagi ni..Sekali bila pandang rice cooker..Lahhhh nasi swjuk ada ½ periuk lagi...
Tapi tak la goreng nasi tu sebab dah goreng mihun..hihihi
meraihnya. saya makan mi goreng lebihan semalam je. standby perut sebab tengahari jiran nak ajak makan ikan bakar. hehe
BalasPadamRajin betul la,2,3 jenis sekali masak sarapan..
BalasPadamdurian goreng tu alahai sedapnya
BalasPadammeriah sarapan kak amie pg minggu lepas ya..
BalasPadam