Pages

Ahad, 12 September 2021

Cerita di Hari Minggu

Tengahari tadi Encik Suami ajak ke kampung. Balik rumah tepat-tepat pukul 3:06 minit. Sudah masuk waktu Asar di LD.

Di rumah adik ipar, kami dijamu makan tengahari pula. Melihat hidangan yang menggoda selera, apalagi... tak perlu dipelawa dua kali! Terus senduk nasi dan bubuh lauk-pauk. Ada pucuk timun tumis udang kering, pucuk ubi masak lodeh Cocos, ikan pelaling goreng, ayam masak santan gaya Bugis, dan tidak ketinggalan ikan masin tenggiri  goreng perah limau kasturi dan cili padi picit.

Makan tengahari. 

Sedap sungguh ikan masin tenggiri goreng perah limau kasturi dan bubuh cili padi picit! Amie tanya biras, dari mana dapat ikan tenggiri masin itu? Katanya, ada rakan sekerjanya jual. Bekalan dari Sarawak. 

Ikan Tenggiri Masin Goreng Perah Jus Limua Kasturi & Cili Padi Picit.

Amie pun pesan, kali kalau ada bekalan lagi kita nak beli. Kita tak pernah makan ikan masin tenggiri, tapi selalu dengar tentang ikan ini. Biras Amie kata, dia ada kirim sebungkus ikan tenggiri masin untuk Amie sewaktu Encik Suami datang ke kampung. Amie kata, tak pernah pula ada ikan tenggiri masin di dapur.

Allahu Akbar! Ke manalah pula Encik Suami letak ikan tenggiri masin itu? Kata biras Amie lama dah dia kirim, lebih sebulan yang lalu!

Huurrrmmmm..... adakah ikan tenggiri masin itu senasib dengan ikan bilis yang 'dikemas' bersih oleh Encik Suami?

Wallahua'lam bissowab.
Laksa Asam.


Anak buah pula bawa laksa asam. Sedap sungguh kuahnya. Rupanya dia beli dari restoran. Kebetulan restoran itu kepunyaan anak kepada sepupu Encik Suami yang baru dibuka di Seri Perdana.


Mi Rojak  (Pecal) Cocos


Selain laksa asam, dibawanya juga pecal. Ini pecal air tangan orang Cocos. Mesti ada mi (mi kering yang dicelur). Selain nama pecal, selalu mereka panggil mi rojak. Biasanya ada keropok bawang @ keropok panda tapi kali ini tidak ada pula.

Setelah kekenyangan, datang pula sebiji kek dari dapur. 
Wah!
Kek durian!

Happy birthday Jasman.

Selamat ulang tahun buat anak buah, Jasman. Moga sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga tersayang.Tinggi juga kek durian ini. Kelilingnya penuh diselaputi isi durian! Tak sampai berapa minit habis licin kek durian!

Amie dapat sepotong di bawah ini. Kononnya nak makan berdua dengan Encik Suami yang kebetulan sedang solat Zohor. Amie makan dulu. Hampir 3/4 habis masuk mulut. Apabila Encik Suami selesai solat, Amie tanya: 
Nak makan kek duriankah? Tak bagus makan banyak durian. Pagi tadi dah makan durian goreng di rumah!

Hahahaaaa... Amie sangka Encik Suami ambil rasa sesudu sahaja, rupanya diambil terus piring kek durian dari tangan Amie. Sedaplah!


Kek Durian


Sayuran hijau.


Sebelum kami pulang, anak buah hulurkan kami bungkusan berisi sayur. Ada leek, lettuce, salad hijau dan baby kailan. Alhamdulillah. Terima kasih. Moga tambah rezeki buat semua.

21 ulasan:

  1. Wah...langkah kanan cikgu hari ni...
    Saya pun telioq nampak ikan tenggiri jeruk tu..Kek Durian apatah lagi...Giliran orang LD pula berdurian sekarang ni...Happy birthday Jasman...!
    Semoga diberkati dunia & akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedanya tu ikan masin tenggiri goreng.... menambah nasi dalam pinggan!

      Padam
  2. Ikan tenggiri masin tu sama ke dgn ikan tenggiri jeruk Amie..yg dok bubuh dlm kailan ikan masin,atau nasi grg ikan masin tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah kalau ada beza sebab saya susah nak jumpa jenis ikan begini di Sabah. Biasanya kalau masin dan jeruk iut berbeza.

      Padam
  3. langkah kanan betul

    amie nanti re-follow ammi ye kat (https://nestumsusu.blogspot.com/). blog lama kene removed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya blog kena remove. Terpaksalah buat blog baru ye Ammi. Saya dah follow ye, first follower.

      Padam
  4. Ada majlis hari jadi, jamuaan istimewa untuk tetamu, sedap nampak ikan tenggiri masin, kek sedap macam tu dalam dilema pula nak kongsi hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap betul kek tu. Jarang kalau birthday party kek boleh habis begitu cepat.

      Padam
  5. wow kek duriaan. btw semua nampak sedap heheh

    BalasPadam
  6. Ikan tenggiri masin tu nampak mengancam selera betul

    BalasPadam
  7. terkecur air liur tengok..sedap sangat tu

    BalasPadam
  8. Tak pernah rasa kek durian. Tak berani nak cuba..

    BalasPadam
  9. Ya allah..sedap- sedap semuanya...SA yang tengok dari office ni rasa sedap betul la...terus lapar perut tau...

    BalasPadam
  10. sedapnya semua tu kak... lagilah pecal tuh..
    cer akak siasat tanya pd en suami mana dia letak ikan pekasam tu heheheh

    BalasPadam
  11. Kak Amie, dah jumpa belum tenggiri jeruknya???? 😂😂😂

    BalasPadam
  12. tak menjadi trick kak Amie nak habiskan kek durian ye. Hihi. Selamat bercuti sekolah!

    BalasPadam
  13. Nampaknya tidak boleh suruh suami kemas ini. Tidak pun suruh dia tengok apa dalam plastik sebelum buang.
    Amboi memang memaksimakan penggunaan durian sampai buat sendiri kek durian.

    BalasPadam
  14. kalau ke rumah adik beradik selalunya mmg tak payah dijemput makan, tau jer akan amik sendiri. tak jemput pon dah makan... saya la tuh

    BalasPadam