Alhamdulillah. Rezeki datang lagi! Petang kelmarin dapat latu lagi kiriman. Datangnya dari Kuala Lumpur, Blogger MAMA SARA NUR . Pada 26 Ogos 2021 lepas, Mama Sara Nur buat teka teki. Teka nama bunga. Amie sampai ke rumah Mama Sara Nur pada 27 Ogos 2021. Ramai juga yang sudah memberikan jawapan tapi Mama Sara Nur kata, cuba lagi. Maknanya jawapan tidak tepat.
Mama Sara Nur paparkan sekeping gambar seperti di bawah ini:
Soalan Mama Sara Nur:
Bunga apakah ini?Pokok jenis memanjat, buahnya sedap. digoreng tumis, masak lemak dan juga dicelur wat ulam.
Amie cuba jawab : Bunga peria.
Yeayyyy! Betul!
Kata Mama Sara Nur, jawapan yang betul akan dikirim hadiah khas.
Jom kita buka bungkusan kiriman daripada Mama Sara Nur.
Taraaaaaa.........!
Mama Sara Nur kirimkan sebuah beg sulam sandang tepi dan sehelai printed shawl!
Cantik sungguh beg sulam sandang tepi warna biru lembut ini. Sulaman bunganya warna pastel. Ruang di dalamnya agak besar. Boleh muat macam-macam keperluan untuk dibawa berjalan seperti telekung, toiletries, alat make-up, mineral water, buku dan lain-lain. Hahaa... itulah sebenarnya peralatan yang Amie selalu bawa kalau berjalan. Memang tak pernah tinggal buku. Sekurang-kurangnya buku nota atau bahan bacaan seperti novel dan buku resipi.
Printed shawl ini sangat lembut, rasa sejuk dan warnanya sangat menawan! Nampak sedondon dengan beg sulam sandang tepi. Sukanya Amie dapat dua-dua hadiah ini. Tak sabar untuk menggayakannya... ahaks!
Tak sangka pula teka nama bunga akan dapat hadiah yang begini istimewa. Terima kasih Mama Sara Nur sayang! Terima kasih daun keladi. Mmmuaaahh....mmmuaahhh!
Moga Mama Sara Nur sentiasa sihat di samping keluarga tersayang. Mudah-mudahan terus berlipat ganda dengan pelbagai rezeki anugerah daripada-Nya. In shaa Allah.
Moga Mama Sara Nur sentiasa sihat di samping keluarga tersayang. Mudah-mudahan terus berlipat ganda dengan pelbagai rezeki anugerah daripada-Nya. In shaa Allah.
Kepada yang belum pernah berkunjung ke rumah Mama Sara Nur, Amie bukakan jalan menuju ke rumahnya di sini: MAMA SARA NUR. Rumah Mama Sara Nur sentiasa tenang dan santai-santai saja. Jom lepak di sana!
Wah,seronoknya kat Aamie dapat hadiah dari Semenanjung...cantik betul bag dan printed shawl tu...nanti kak amie dah gayakan OOTD kat sini ye
BalasPadamCantikkan SA. In syaa Allah ada masa yang sesuai nanti boleh digayakan.
PadamCantikkk beg tuuu, warna dia cantikkk! Tahniah kak amie, rezeki tak pernah salah alamat kan :D
BalasPadamTerima kasih Atiqah. Memang lawa. Hati pun ikut berbunga.bunga.
PadamNampak gerang warna beg itu.
BalasPadamSelamat mrnggunakan. Boleh gilir-gilir pakai dengan beg Puan Notice beri.
Cantik-cantik begnya. Sayang nak pakai hihihiii.
PadamWahhh bln ni Amie dah dpt 2 beg kan..tahniah..tumpang hepi .
BalasPadamYa, dapat 2 buah. Terima kasih :)
PadamTahniah dapat hadiah menarik
BalasPadamTerima kasih Wak.
Padamwahhh. congrats Amie. cantik bag tu.
BalasPadamTerima kasih Yan.
Padamtrademark kak amie, beg mesti gantung kat pokok. hehehe
BalasPadamanyways.. tahniah berjaya tekan bunga apa, saya pon tak tau itu bunga apa. macam pernah tengok...
Hahaaa... tak perlu cari prop set lagi Afeezz. Daun dan batang pokok dah cukup sebagai tempat penyangkut.
Padamnampak bunga tu sah bunga tanaman peria..tahniah ya dapat hadiah
BalasPadamTerima kasih saudara Etuza.
PadamWah…banyak dah koleksi beg Amie dari kawan blogger. Tahniah 👏🏽
BalasPadamTerima kasih Ujie. Dari Ujie pun ada hheheeee.
Padamalhamdulillah ♥️
BalasPadamtqqq Amie
hadiah yg tak seberapa, yg penting ikatan. ukhwah terjalin. kan.
terimakasih byk2 jalinkan persahabatan. di alam. maya
Alhamdulillah.
PadamTq kembali Mama Sara Nur.
Saya sangat menghargainya. Cantik beg dan printed shawl tu.Tak sabar nak pakai.
In syaa Allah. Mudah-mudahan ukhuwah terus terjalin berpanjangan.
Tahniah, cantiknya
BalasPadamTerima kasih Syaz.
PadamTahniah kak Amie :)
BalasPadamTerima kasih Shida.
PadamTahniah Kak Amie...lawa bag dengan shawl tu, bunga peria memang cantik nak-nak waktu pagi sedang berkembang.
BalasPadamBunga peria memang cantik. Daun hijau bunga kuning kombinasi yang menarik.
PadamHebat Kak Amie teka nama bunga tu. Tahniah kak Amie dapat hadiah juga. cantik beg dan printed Shawl. Boleh lah bergaya dengan beg dan shawl baru :)
BalasPadamTeringat bunga peria di kebun waktu kecil-kecil dulu. Betul pula jawapannya.
PadamTerima kasih Fizah. In syaa Allah, jalan-jalan nanti bolehlah bergaya dengan beg dan printed shawl itu.
tahniah kak amie.. cntik hadiah dia..
BalasPadamTerima kasih Syu.
PadamAlhamdulillah rezeki, Pandai sis tahu nama bunga sayur pula tu.. cantik beg dan shawl, menyerlah nanti, buku resepi dalam bag, patutlah pakar. Tahniah sis Amie.
BalasPadamAgaknya dari dulu sudah terbiasa baca apa-apa sahaja bahan bacaan kalau berjalan. Boleh baca sambil tunggu bas, dalam kereta atau dalam kapal terbang. Kalau tak bawa sebarang buku rasa macam satu kekurangan pua.
Padamcantiknya beg n shwl hadia tahniah amie
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamTahniah, Kak Amie! Cantik-cantik hadiah yang diterima :)
BalasPadamTerima kasih Farrah. Alhamdulillah.
PadamPandai kak Amie. Kalau saya memang tak tahulah tu bunga apa. Tak sangka bunga peria cantik rupanya
BalasPadamSebenarnya lupa-lupa ingat bunga peria tu. Cuba-cuba teka, betull pula.
Padamwahhh cantiknya kak.... berbunga-bunga hati nengok beg dan tudung yg cantik tu
BalasPadamHeheee... memang penuh dah bunga dalam hati sampai tak cukup ruang.
Padam