Pages

Sabtu, 11 September 2021

Sambal Tempoyak Terung Pipit Sama Udang & Petai

Cerita petang kelmarin : Puas mencari baki ikan bilis dalam plastik warna biru yang diletak atas meja dapur. Beberapa hari sebelum itu Amie masak sayur perencah ikan bilis. Seperti biasa, selepas makan Encik Suami akan tolong kemas dapur termasuk cuci pinggan mangkuk. Setelah disiasat rupanya ikan bilis termasuk barang yang 'dikemas' Encik Suami masuk tong sampah. Aduhai! 

Macam terbantut rasanya nak masak Sambal Tempoyak Dengan Ikan Bilis, Petai & Terung Pipit!

Tiba-tiba teringat ada lebihan udang basah dalam peti sejuk. Bolehlah gantikan ikan bilis dengan udang. Untuk dapatkan 'rasa' udang dalam sambal, Amie bubuh udang kering sebagai perencah. Sebelum itu, Amie pernah kongsikan resipi sambal tempoyak di sini:

Sambal Tempoyak Terung Pipit Sama Udang & Petai


Hidangan tengahari Jumaat:
  • Nasi Putih
  • Ikan Kerapi Merah Goreng
  • Sayur Petola Bantal Masak Bening dengan Bebola Daging & Daun Kemangi
  • Sambal Tempoyak Terung Pipit Sama Udang & Petai
  • Kacang Bendi Celur
  • Sambal Tomato Versi Udang Kering
  • Buah Betik & Tembikai

Ikan Kerapu Merah Goreng

Sayur Petola Bantal Masak Bening dengan Bebola Daging & Daun Kemangi

Kacang Bendi Celur

Sambal Tomato Versi Udang Kering

Buah Tembikai & Betik


Sambal Tempoyak Terung Pipit Sama Udang & Petai

Jom masak Sambal Tempoyak Terung Pipit Sama Udang & Petai. Lama tak jumpa terung pipit. Sedap meratah ni.

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 cawan isi petai - jika mata petai besar, bolehlah hiris dua
  • 1 cawan terung pipit - digoreng hingga layu
  • 1 cawan isi udang segar
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 7 tangkai cili padi - hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:

  • 1 sudu besar udang kering
  • 15 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  •  cm kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan udang, petai dan juga terung pipit serta tempoyak.
  3. Gaul rata dan kemudian masukkan bawang besar dan hirisan daun kunyit.
  4. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.

13 ulasan:

  1. Sedapnya sayur petola tu..akak suka hirup kuahnya..anak2 tak mkn sayur2 mcm ni..

    BalasPadam
  2. Alahai, disimpanya dalam tong ke, nasib ada udang hidup dengan petai, naik seri kan, sedap bendi rebus cicah sambal..

    BalasPadam
  3. Sedapnya sayur petola bening tu kak Amie. Lama tak makan. Selalu ketuk lada hitam masuk sekali.

    BalasPadam
  4. Saya suka sambal terung pipit, taruk ikan bilis. Kesian tapi kelakar pun ada bila suami kak Amie terbuang ikan bilis dalam plastik. Sabor jelah

    BalasPadam
  5. Aduhaiii..betul betul kemas tu sampai ke tong sampah. Takpelah, bukan rezeki. Sabar je lah :)
    Rezeki udang masuk sambal tempoyak sedap. Comelnya ikan kerapu merah tu. Goreng garing garing cicah sambal. Ada aneka sambal pulak tu. Menyelerakan hidangan kak Amie sekeluarga :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya sambal tempoyak gu dengan ikan goreng garing...
    Petola tu kat kampung saya dipanggil petola pulut..Dulu-dulu orang tak tanam pun pokoknya tumbuh sendiri memanjat semak-semak.Buah yang dah masak diambil serat dalamnya buat ganti span basuh pinggan & buat sental badanšŸ¤­

    BalasPadam
  7. wah...menarik ni..SA nak cuba la buat sambal tempoyak macam ni..letak udang..biasa letak ikan bilis kan...boleh bawak bekal Isnin nanti

    BalasPadam
  8. Alahai takde rezeki kak amie nak masak lauk berunsurkan ikan bilis huhuhu, tapi lauk ni pun nampakkk sedappp! Memang membuka selera sungguh kalau masakan kak amie ni.

    BalasPadam
  9. Aduh sayangnya terbuang ikan bilis. Kalau saya mesti tiada mood hendak masak. Nasib baik Puan Amie fikiran alternatif.

    BalasPadam
  10. nampak sedap sangat sambal tempoyak tu. saya tak pernah rasa terung pipit, sebab terung pon saya tak makan..

    BalasPadam
  11. Sedapnya terung pipit. Dibuat juadah sambal tempoyak pula tu. Aduhai, terliur tengok!

    BalasPadam
  12. dah lama dana tak makan terung pipit tu kak, dulu-dulu rajin buat sambal

    BalasPadam
  13. sedap nmpk sup petola dengan bebola daging tu.

    BalasPadam