Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan! Kiriman Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka daripada blogger FAIRUS MAMAT selamat tiba pada pukul 4:30 petang tadi. Ketika itu Amie sedang makan tengahari. Hari ini lewat masak sebab tertidur selepas keletihan PDPR tanpa rehat dari pagi.
Memang tak muat tapak tangan dengan ukuran buku 30 cm X 20 cm itu. Apabila Amie buka bungkusan, sebuah buku dengan isi kandungan yang merupakan dokumentasi yang 'Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas' dari negeri Melaka seolah-olah meminta Amie terus membuka dan membaca helai demi helai. Ia bukan sekadar buku resipi rahsia keluarga yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya, tetapi merupakan himpunan warisan budaya negeri Melaka yang dikongsi bukan sahaja di sekitar meja makan, bahkan penyatuan budaya dan kepercayaan serta asimilasi dalam etnik.
Di bahagian kulit buku sebelah belakang, terdapat catatan tentang usaha penerbitan pertama untuk menyatukan semua resipi kuih muih tradisional yang dibuat oleh pelbagai etnik di negeri Melaka. Kuih muih tersebut merangkumi kuih Melayu, kuih Orang Asli, kuih lima sub etnik Cina, kuih India dan tiga etnik Peranakan termasuk kuih Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.
Selain itu, idea untuk menerbitkan buku ini adalah untuk memperingati kepentingan kuih manis dan savori dalam kalangan masyarakat di negeri lain. Memang teruja sungguh membelek dan membaca buku ini kerana pengisiannya bertujuan untuk menonjolkan kebersamaan dalam masyarakat dengan dilengkapi foto dan maklumat yang berkaitan dalam membuat setiap hidangan.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Fairus Mamat yang telah mengirim buku ini menyeberang Laut China Selatan. Kak Amie sangat menghargainya dan kalau boleh malam ini akan terus selak helaian demi helaian untuk mengetahui dan memahami semua isi kandungannya. Buku setebal 180 muka surat ini diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Melaka. (PERZIM).
Sebagaimana ikhlasnya Encik Fairus Mamat kirmkan buku ini, begitu jugalah ikhlasnya Kak Amie terima. Rasa teruja dan tidak sabar untuk meneliti kandungan buku ini, begitu jugalah perasaan yang sama untuk mencuba pelbagai resipi yang ada. Lagilah apabila melihat pelbagai jenis resipi pelbagai etnik yang tidak pernah dilihat dan diketahui sebelum ini.
Bahagian hadapan buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka |
Kulit belakang Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka. |
Membaca bahagian isi kandungannya sahaja, sudah tidak sabar untuk selak helaian seterusnya.
Memang banyak sungguh ilmu pengetahuan yang akan diperolehi apabila membaca buku ini. Apa tidaknya. Inilah kali pertama Amie terbaca entang resipi Orang Asli, Kaum Temuan dan Kaum Chetti.
Kuih bahulu, kuih penuh nostalgia!
Kuih Abok-Abok : Entah berapa puluh tahun tidak pernah menikmatinya lagi!
Waktu kecil dahulu selalu ikut Bonda rewang, dan jumpa kuih ini di temat kenduri.
Kuih Cakar Ayam : Selalu beli di kantin sekolah rendah.
Kuih Cucur : Selalu gagal mendapat bentuk yang sepatutnya. Buat SK di Tanah Jauhar, marilah sama-sama jangan taubat dahulu sebelum dapat buat bentuk kuih cucur seperti ini. Orang KL sudah cun buat cucur ini. Siap bubuh warna hijau, eksperimen ala-ala bingka Ambon lagi...hihihiii!
Masakan Tradisi Portugis |
Lempeng Ubi Berinti. |
Mama Cella : Nanti kita cuba resipi Lempeng Ubi Berinti dan Ubi Rebus Madu!
Ubi Rebus Madu. |
Ada pula Pisang dan Ubi Bakar Berkulit!
Memang semuanya menggamit memori!
Sekali lagi terima kasih buat BLOGGER FAIRUS MAMAT kerana memberi peluang untuk Kak Amie mngenali dan menambah ilmu tentang kuih muih tradisional etnik Melaka. Moga Encik Fairus Mamat sekeluarga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.
Blogger ini mengusahakan perniagaan d'Sambal licious dan boleh didapati melalui pembelian online di Shopee. Ada 3 jenis sambal yang ditawarkan iaitu Sambal Petai Bilis Pedas, Sambal Bilis Pedas & Sambal Sotong Kering. Mudah-mudahan perniagaan sambal akan terus maju. Aamiin.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini.
Alhamdulillah.. Dah sampai pun. Cepat betul. Melaka - Sabah 2 hari saja.. Masa buat buku ni kami memang pergi ke tempat-tempat etnik tersebut untuk pengambaran. Memang seronok buat buku ni.. Buku ni juga telah memenangi anugerah buku negara tahun 2020 kategori buku warisan.
BalasPadamYa, saya pun terkejut tengok tarikh pos 8/9 sampai 10/9. Alhamdulillah. Memang teruja sungguh belek buku tu. Bagus sangat usaha PERZIM ketengahkan pelbagai khazanah warisan negeri Melaka. Banyaknya nilai budaya yang masih belum terungkap dalam masyarakat di negeri lain. Harap boleh dijadikan contoh oleh negeri-negeri yang lain. Tahniah Encik Fairuz sebagai Assistant Curator PERZIM.
PadamWahhhh
BalasPadamSukanya saya dapat tengok kemeriahan menu-menu nostalgia 🥰🥰🥰.
Pulut tetal,abuk-abuk,kuih cucur(cucur jawa).Ubi bakar juga mengimbau kenangan lalu.
Tengok lempeng ubi ,memang auto ingat kat Cikgu Amie tau...!
Ubi rebus madu tu adakah sama macam cikgu pernah cakap mak cikgu rebua ubi menggunakan air tebu?
Sudah berpuluh tahun tak makan ubi rebus air tebu(cicah pula nisan tebu)
Owh...saya pula yang teruja..hihihi
Pengat pisang air tebu Mama Cella, bukannya ubi.
PadamItulah, bukan sahaja dapat membaca resipi tetapi memahami sekali latar budaya setiap etnik yang diketengahkan.
Nanti saya cuba masak mana-mana resipi yang bahannya boleh didapati di LD.
Alhamdulillah
BalasPadamSemakin bersemanganlah mendapur nampaknya
Betul Wak.
PadamTry resipi yang baru diketahui.
Tahniah. Sesuai bagi Puan Amie yang rajin buat kuih juga. Selamat mencuba.
BalasPadamTerima kasih NA.
PadamTepat sekali. Bak kata peribahasa : Orang mengantuk disorongkan bantal hahahaaa.
Macam best ja buku ni. Btw, Tahniah kak
BalasPadamTerima kasih Dila. Memang best! Penuh info.
PadamAkak pasti lps ni blog Amie makin meriah dgn pelbagai resepi baru dari buku ni..
BalasPadamIn syaa Allah. Banyak resipi kuih muih tradisional yang boleh dicuba.
PadamSuka gak beli buku resepi supaya buleh minta dgn isteri masakkan apa2 menu yg menarik dlm tu.
BalasPadamBagus tu, boleh cuba menu yang disukai.
PadamWah…Tahniah! Cantik menarik bukunya.
BalasPadamsesuai untuk Amie yang rajin memasak.
Terima kasih Ujia.
PadamBetul tu, luar dalam buku memang menarik, penuh informasi.
Wah ..., kalau dekat boleh pinjam bukunya. He he ... Selamat malam, dari seberang, ananda Amie.
BalasPadamSuka buku resipi juga ya Ibu Nur.
Padamalhamdulillah
BalasPadamseronok blh try resepi2 org Melaka
mesti sedapp2
Macam-macam resipi kuih muih tradisional etnik Melaka.
PadamTak sabar nak cuba.
Seronok dapat buku resipi. Kuih muih tradisional pulak tu. bolehlah Kak Amie cuba nanti. Tahniah Kak Amie dapat hadiah dari Encik Fairus. Semoga murah rezeki kedua duanya. Aaaminnn...
BalasPadamKalau cuba jangan lupa share hasilnya Kak Amie :)
In syaa Allah Kak Amie akan kongsikan hasil masakan itu nanti.
PadamMemangsuka sangatlah Kak Amie dapat buku begini. Dapat tambah ilmu tentang latar budaya etnik di Malaysia.
Sesuai sangat dengan Kak Amie yang selalu masak dan banyak ilmu tentang masakan tradisional ni :)
PadamBestnya ..buku masak2 teringat pulak buku masak2 kita yang tak jadi di print tu kan kak amie ha haa
BalasPadamItulah.... terbayang-bayang 3 buah buku resipi kita terbit.
PadamBerbulan-bulan habiskan masa menyiapkannya. Dah tandatangan perjanjian penerbitan, tiba-tiba dibatalkan pula. Allahu Akbar. Sabar sajalah. Mungkin rezeki kita tidak bersama penerbit itu.
Alhamdullillah tahniah blogger Fairus namie tetu boleh cuba resepi tradisi Melaka..sedap semuanya
BalasPadamYa Kak PI. Melaka bukan sahaja terkenal dengan cencaloknya, tapi juga resipi kuih muih tradisinya.
PadamDah boleh try banyak lagi resipi ni kak Amie. Kuih cucur tu sedap bebenoo. Suka makan!
BalasPadamTahniah kak Amie. Lepas ni makin meriah lah blog kak Amie masak kuih tradisional Melaka pulak
BalasPadamBest dan tahniah kak amie dapat buku ni...SA suka baca buku- buku macam ni...
BalasPadamTahniah kak amie! Nanti boleh la kak amie try resipi baruuuu kannn, mesti sedappp!
BalasPadammakin giat lah aktiviti memasak kak amie nanti. nanti share yer kuih-kuihnya
BalasPadamWah, menariknya! Selepas ini banyaklah hidangan kuih-muih dari Melaka yang Kak Amie boleh cuba.
BalasPadamtahniah kak amie. byk resipi kuih muih yg boleh dicuba tu..
BalasPadam