Pages

Isnin, 20 September 2021

Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam

Selamat pagi semua.
Sarapan apa pagi ini?
Amie sediakan nasi goreng dan Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam. 
Orang lain jadikan kulit cempedak dijeruk menjadi mandai.
Amie jadikan kulit cempedak sebagai sambal goreng saja. Malas nak menjeruk dibuat mandai.

Kulit cempedak yang fresh ini apabila ditumis, aduhai! Aromanya cukup menggoda. Tak sabar nak makan. Oleh kerana beberapa hari lepas tak sempat makan SAMBAL GORENG KULIT CEMPEDAK DENGAN PETAI & IKAN MASIN, jadi kali ini Amie buat Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam pula.

Kulit cempedak bersama jeraminya yang masih segar dan manis akan menghasilkan warna gelap berkaramel apabila digoreng. Apabila terhidang Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam, memang rasa nak ratah-ratah sahaja.

Huurrmmm... selagi ada cempedak memang itu sajalah yang diolah! Nanti cempedak sudah ucapkan selamat tinggal, kena tunggu lagilah pada musim seterusnya.

Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam & Nasi Goreng

Nasi Goreng

Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Ayam.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan kulit cempedak yang sudah dikupas / dibersihkan - potong ikut saiz yang disukai - gaul dengan sedikit garam - bilas -toskan
  • 2 cawan daging ayam - cincang kecil
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 10 tangkai cili padi hijau - cincang
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 labu bawang besar
  • minyak secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng kulit cempedak seketika. Angkat dan toskan.
  2. Goreng daging ayam cincang hingga masak. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  5. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  6. Kemudian masukkan kulit cempedak, daging ayam , hirisan cili padi dan bawang besar.
  7. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  8. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jom sambung BDR.

17 ulasan:

  1. Kulit buah cempedak pun boleh makan ke? Tak tahu pun.. Biasa makan biji cempedak saja.

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan lagi sambal kulit cempedak.
    Teringin jugak nak mencubanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada cempedak bolehlah kupas kulitnya. Boleh cuba olah.

      Padam
  3. Tengok pun dah boleh agak sedap tu...
    Ada petai pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit cempedak jumpa petai, dua-duanya kawan baik dalam satu kunyahan!

      Padam
  4. sedap tu kak, suka tengok nasi goreng jagung akak tu... tu kalau dana masak gitu mau Aiyan nangis nak asingkan jagung tu heheheh...

    BalasPadam
  5. Kalau kt rumah saya,nasi grg apa pun memang laris..

    BalasPadam
  6. sedap pula tgk nasi goreng kak amie..buh jagung..xpernah lg buat gitu hehee

    BalasPadam
  7. Kulit cempedak memang sedap.
    Teringat saya masa kat Malaysia, walaupun bukan mahir sgt buat mandai tapi sedap juga lah rupa2nya..walaupun derhaka resepi (org rendam lama tapi saya kurangkan masa.. hihi).

    BalasPadam
  8. Nampak sedap ni Kak Amie. Baiklah, nanti saya cuba buat guna kulit buah cempedak fresh macam kak Amie. Nak menjeruk macam kurang rajin pulak. Nanti saya tiruvasi resipi kak Amie ni ye. Terima kasih kak Amie :)

    BalasPadam
  9. Mcm mana ye rasa kulit cempedak tu mesti chewy2 kan

    BalasPadam
  10. lepas musim cempedak musim apa pulak ye? seronok tengok kak Amie mengolah resepi

    BalasPadam
  11. tak pernah mkn kulit cempedak, tp klau msk mcm kak amie ni mesti sedap kan..

    BalasPadam