Pages

Ahad, 19 September 2021

Team Sedekah Jariah

Alhamdulillah.
Hari ini Team Sedekah Jariah telah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada 23 penerima yang memerlukan. 21 penerima sumbangan terdiri daripada murid sekolah dan 2 orang lagi penerima ialah pengawal keselamatan. Sumbangan tidak terhad kepada murid muslim sahaja tetapi kepada non muslim yang berkelayakan.

Amie pun tidak ingat entah berapa tahun Team Sedekah Jariah ini ditubuhkan. Penyumbangnya terdiri daripada seramai 33 guru-guru muslim. Minima sumbangan setiap bulan ialah RM10.00 tetapi sumbangan lebih daripada itu sangat digalakkan.

Ada dua orang tenaga utama yang menguruskan sumbangan supaya sampai ke tangan penerima iaitu Jusna dan Nano. Mereka berdua ini geng jalan-jalan kami. Sebelum ini Jusna dan Nano akan hantar bakul makanan ke rumah penerima. Hari ini penerima diminta datang  untuk mengambil bakul makanan mereka di hadapan pondok pengawal.

Selain menyalurkan hasil sumbangan dalam bentuk bantuan sebegini, duit  sumbangan turut digunakan untuk membayar penceramah bengkel teknik menjawab soalan SPM juga. 

Jusna bersama salah seorang penerima bakul makanan.


Antara sumbangan yang diberikan kepada setiap penerima termasuklah:
  • Beras 10kg
  • Minyak 2kg
  • Telur 1 pak
  • Gula 1kg
  • Tepung 1kg
  • Teh uncang
Bakul makanan ini dibeli dengan menggunakan duit sumbangan bulan Julai & Ogos 2021. Semuanya diuruskan oleh Jusna dan Nano. Syukur Alhamdulillah. Jusna memiliki kenderaan pacuan empat roda. Jadi lebih mudah untuk membawa barang-barang yang dibeli,

Jumlah sumbangan wang yang dibelanjakan untuk 23 penerima bakul makanan.

Nano bersama salah seorang penerima sumbangan bakul makanan.


Dari pukul 9 pagi sehinggalah pukul 3 petang, Nano dan Jusna menunggu kedatangan penerima bakul sumbangan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas usaha Jusna dan Nano yang sanggup mengurus semuanya dalam keadaan panas.


Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat mengurangkan beban keluarga anak-anak murid yang terjejas. Sesungguhnya yang baik itu hanya daripada-Nya, dan yang bathil itu daripada hamba-Nya yang lemah.



17 ulasan:

  1. Alhamdulillah terbaik dan teruskan berbakti untuk mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  2. Usaha murni yang boleh dijadikan teladan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...rezeki dikongsi..insyaAllah diberkati segala usaha murni

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah ... Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki .. Aamiin...

    BalasPadam
  5. tahniah kepada team sedekah jariah. dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga semua urusan yang diusahakan diberkati Allah

    BalasPadam
  6. Syabas Team Sedekah Jariah. Usaha yang sangat murni. semoga sentiasa dipermudahkan urusan kalian.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan. Semoga usaha dan amal kebajikan diberkati Allah. Aaaminn...

    BalasPadam
  8. AAlhamdulillah..
    Tahniah untuk team cikgu yang prihatin.Semoga diberkati semuanya

    BalasPadam
  9. semoga bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka yg memerlukan ya kak...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah banyak bantuan disalurkan kpd yg memerlukan

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, semoga menjadi contoh pada umat sekeliling perbuatan baik ini

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Taknak bagi orang lain beramal sama ka. Semuga Allah terima amal jariah team sedekah jariah.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Satu usaha yang sangat baik..

    BalasPadam
  14. Semoga usaha dan amal kebajikan diberkati Allah. Aaaminn...

    BalasPadam
  15. alhmadulillah , rezeki kita , kita kongsi dengan orang yang lebih memerlukan

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, tolong mana yg boleh kan..

    BalasPadam