Pages

Selasa, 21 September 2021

Belacan Cocos (Terasi)

Mari sembang Belacan Cocos atau disebut juga sebagai terasi. Masih lagi cerita suasana makan malam bersama anak-anak buah. Kali ini Belacan Cocos dihasilkan oleh anak buah kami, keturunan Cina + Cocos. Ketika digoreng, kejadiannya agak leper kerana anak buah campurkan sekali sos ikan sardin dalam adunan belacan. Biasanya MIL tidak gunakan sos, dan Amie ikut cara MIL. Apa pun memang menjadilah Belacan Cocos itu.

Oleh kerana masing-masing hendak makan Belacan Cocos, jadi berebut-rebutlah mengambil  dari bekasnya. Firdaus pula memang sukakan Belacan Cocos. Memang mahu menitislah air matanya sebab hanya dapat dua ketul!

Setelah selesai makan-makan, kakak ipar tunjukkan bekas Belacan Cocos. Di dalamnya ada cili padi dan limau kasturi yang dibelah tetapi tidak diperah. Sepatutnya, sebelum makan Belacan Cocos, perahkan dahulu jus limau kasturi di atasnya!

Itulah kemeriahan bersama anak-anak buah yang entah bila akan berulang kembali.

Sebelum ini Amie telah kongsikan resipi Belacan Cocos dalam beberapa entri di bawah ini:


Anak buah Amie buat Belacan Cocos gunakan 3 tin ikan sardin. Resipi yang Amie kongsi di bawah ini adalah resipi untuk hidangan keluarga dengan menggunakan 1 tin kecil ikan sardin sahaja.

Bahan-bahan:
  • 1 tin kecil ikan mackerel ( gunakan ikan sardin tin pun boleh) - asingkan isi dengan sos
  • 1 biji telur
  • minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk :
  • 5 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil  / besar belacan - boleh tambah / kurang
Cara:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi. Terpulang nak tumbuk lumat atau separuh lumat. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sebati.
  2. Ambil isi ikan sardin sahaja, tinggalkan sosnya. Masukkan ke dalam lesung.
  3. Tumbuk sedikit ikan mackerel / sardin agar sebati dengan bahan tumbuk yang lain. Pada masa ini bolehlah masukkan bahan perasa.
  4. Pecahkan sebiji telur ke dalam lesung.
  5. Gaul sebati bersama bahan tumbuk di dalam lesung.
  6. Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput. Terpulang untuk membentuknya, nak lonjong, nak bulat atau leper.
Belacan Cocos (Terasi)


12 ulasan:

  1. Nampak sedap Amie...tak terpikir pula belacan boleh dipelbagaikan kegunaanya.

    BalasPadam
  2. macam sedap jer rupanya belacan cocos ni. ingatkan macam belacan melaka. boleh try nanti resepinya. resepi pon nampak mudah

    BalasPadam
  3. Menarik resepi ni. Alahai kesian Firdaus kena berebut dengan sepupu ye. Nanti suruh mommy buat banyak-banyak lepas ni

    BalasPadam
  4. menarik pulak tengok kejadiannya, saya nak cuba buat jugak la
    kalau jadi saya share dengan akak, kalau tak jadi saya diam je hihihi

    BalasPadam
  5. kalau bahasa indonesia mereka memang panggil belacan, terasi kan kak?
    oooo dana ingat belacan biasa tu rupanya belacan buat sendiri dengan ikan, macam bergedil pula rupanya cuma takde kentang... sian firdaus dapat rasa sikit je

    BalasPadam
  6. Ni satu lagi menu yang teringin sangat nak buat taptapi selalu lupa.Asal baca menu ni teringat nak buat.Lepas tu lupa lagišŸ¤­

    BalasPadam
  7. Lain orang lain versi caranya. Alahaii kesian Firdaus dapat 2 ketul je. Biasa dapat makan lebih. Takpe, next time mommy buat lagi.

    BalasPadam
  8. Macam bergedil mackerel pun ya juga kan sebab rupanya.

    BalasPadam
  9. mesti sedap kan.. tak pernah tau sebelum ni..

    BalasPadam
  10. yg ada resdung ni kalau makan achom achom x kak?

    BalasPadam