Pages

Selasa, 21 September 2021

Kacang Wanys Buat Kudapan

Apabila BDR, tangan sebelah tekan butang keyboard, tangan sebelah lagi capai kudapan bawa masuk mulut! Ada tak yang sama macam Amie? Pantang ada kawan-kawan yang iklankan makanan, terus saja pesan! Yang seronoknya sebab pesanan dihantar sampai ke pintu pagar. Biasanya kawan-kawan iklankan makanan orang lain sama ada daripada adik-beradik atau saudara mara dan juga orang kampung.

Jadi, tidaklah mulut berhenti mengunyah kudapan dari rempeyek ikan bilis sampailah ke kacang-kacangan! Beberapa hari ini asyik makan kacang dengan Firdaus dan Encik Suami. Ada kawan tolong iklankan Kacang Wanys. Berkotak-kotak  Kacang Wanys melintas Laut China Selatan naik Boeing singgah di Kota Kinabalu dan teruskan perjalanan menaiki pesawat MAS Wings ke Lahad datu.

Bukan main lagi ko naik kapal terbang ye kacang! Tinggi saham nampak!



Kalau di Malaya harga sebotol kacang ini RM10. Sudah naik kapal terbang, naiklah juga harganya apabila sudah mendarat ke Sabah atau Sarawak! Amie beli 4 botol biasa satu set dengan harga RM55. Ada 3 jenis kacang dalam set ini. 2 jenis Kacang Rangup seberat 220 gram setiap botol. Ada Kacang Licin dan Ada Kacang Sedap.


  • Kacang Rangup - Botol Merah - kacang dhal salut tepung.
  • Kacang Licin  - Botol Kuning - kacang tanah yang dipanggang salut tepung dan madu.
  • Kacang sedap - Botol Hijau. - kacang tanah salut tepung


Nampaknya kacang dhal  yang dua botol itu paling laris. Amie pun hanya sempat makan beberapa biji sahaja. Baki yang ada hanya kacang licin dan kacang rangup. Kacang licin baru saja Amie habiskan sebentar tadi. Tinggal sedikit lagi baki kacang sedap.


Begitulah ceritanya. Sambil BDR sambil mengunyah.
Sesekali jeling atas penutup botol kacang yang tertulis:

HARI YANG BURUK
adalah hari TERBAIK
untuk kita BELAJAR
menjadi lebih BIJAK & MATANG!
SENYUMLAH.

16 ulasan:

  1. tengok kacang ni teringat kacang2 dari siam yg popular satu ketika dulu. dulu harganya RM10 untuk 3 botol kalau tak silap, sekarang sebotol pon dah RM10. kalau makan kacang2 ni memang susah nak berenti

    BalasPadam
  2. betul kak amie..afeez..nonstop kalau dapat makan macam ni..kacang2 shida biasa mkn kacang dari koe kae tu..mcm tu kot spell diaa ^_^

    BalasPadam
  3. mcm menarik jgk kacang ni. tp bru nk start diet, jadi xbleh mkn kacang2 yg ada salut tepung camni. huhu

    BalasPadam
  4. Jauh merantau kacangnya. Bagus, support bisnes SME

    BalasPadam
  5. Kalau dan mula mengacang memang susah nak berhenti

    BalasPadam
  6. Kacang import tu mesti terlajak licin hinggakan pemesan dapat makan beberapa biji je, mesti sedap.

    BalasPadam
  7. Kudapan time BDR, time tengok tv memang kejap je surut kacang ni

    BalasPadam
  8. kalau sambil tengok tv ni, tak sedar tiba-tiba saja dah habis

    BalasPadam
  9. dana suka semua terutama yang crispy kak kalau yg pedas tak tahan dana nk makannya

    BalasPadam
  10. Memang ralit mengunyah kacang tp akak berpantang sbb masalah jantung..

    BalasPadam
  11. ibu pernah jual dulu ni. memang layan! wat kudapan.

    BalasPadam
  12. Sedap semuanya.Asal nama kacang,memang saya juga suka tidak kira kacang rangup atau kacang dimasak sebagai lauk atau inti..Baca tajuknya teruja saya nak tahu macamana rupa kacang wanys..Ingatkan spesis kacang kat Sabah...🤣🤣🤣

    BalasPadam
  13. dulu selalu beli kacang sedap..mmg sedap..

    BalasPadam
  14. Memang sedap kacang Wanys ni. Makan memang ralit. Sedar sedar tengok dah separuh balang.

    BalasPadam
  15. Ada kudapan ni memang laju masuk mulut. Kadang tak boleh buat macam kak Amie. Tak jadi kerja jadinya nanti. kena makan dulu baru menaip. Tak sibuk nak bersihkan tangan kalau kejap kejap nak makan. hihi..pernah nampak kudapan ni dalam blog nona sani. Jauh terbang dari malaya. Mujur masih elok dan sampai dengan selamat.

    BalasPadam
  16. dulu kalau balik kg naik bas, pasti sy akan beli sebotol dua produk wany's ni

    BalasPadam