Pages

Jumaat, 17 September 2021

Acar Ikan Masin Jeruk Belimbing Buluh

Hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita sepanjang hari ini dan hari-hari seterusnya.

Sudah masak untuk keluarga tengahari ini? Amie sedang tunggu Encik Suami pulang dari masjid. Alhamdulillah. Tidak ada halangan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Namun begitu, kenalah hadir lebih awal untuk elak kesesakan di dalam masjid.  Pukul 11 pagi, Encik Suami sudah bersiap. Maklumlah waktu Zohor di LD hari ini pukul 12:08 minit,  lebih awal berbanding di Malaya. 

Hari ini Amie masak Acar Ikan Masin Jeruk Belimbing Buluh. Boleh klik di sini untuk melihat resipi : JERUK BELIMBING BULUH.



Oleh kerana hendak cerita tentang kewujudan belimbing buluh, segala bawang putih dan bawang merah tertinggal dalam periuk. Apabila hendak dijadikan entri baru perasan ketiadaan  bahan-bahan tersebut! Tak apalah. Biarlah bawang putih dan bawang merah duduk berdamai dalam periuk!


Bahan-bahan:
400 gram ikan putih masin - rendam hingga lembut dan potong dadu
1 cawan belimbing buluh jeruk
3 sudu besar serbuk cili
15 ulas bawang putih - kupas
15 biji bawang merah kecil - kupas
20 biji cili padi minyak
3 cm halia - hiris halus
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 50ml air
1/2 cawan cuka
4 sudu besar gula
200ml minyak
sedikit garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia serta bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, dan bancuhan air pati asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili padi minyak, bawang putih, bawang merah serta ikan putih masin. Gaul sebati.
4. Setelah kesemua bahan tadi masak, tambahkan cuka, gula dan sedikit garam / perasa dan belimbing buluh jeruk.
5. Perlahankan api dapur dapur dan biarkan masak sepenuhnya sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Jeruk Belimbing Buluh.



22 ulasan:

  1. Tertelan2 ailio saya baca post Kak Amie hari ni. Lauk macam ni, cukuplah satu dengan nasi panas2.. sedapnya 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeeehhh... cukup rasa! Semua ada, masam, masin, manis.... gaul jew dengan nasi putih panas...wallaaaa....!

      Padam
  2. Aduh...nampak jeruk belimbing tu dah ngences.
    Tapi kalau nak ratah gigi ngilu.Dijadikan lauk macam ni,makan dengan nasi putih tanpa lauk lain,boleh berulang tambah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap tu makan dengan lauk satu ini saja. Aeeehhh... enak banget!

      Padam
  3. aduhai...telan air liur SA tgok...nampak sedap tu ha...

    BalasPadam
  4. Teringin belimbing buluh. Baru semalam sebut tanya Lurviey mana nak beli belimbing buluh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo yee... harap dapatlah cari belimbing buluh sampai jumpa.

      Padam
  5. Akak suka makan bawang putih dan merah dalam jeruk/ acar ..sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan bawang putih bawang merah dalam acar.

      Padam
  6. Lauk yang menyelerakan. Walaupun tak pernah makan acar ikan masin jeruk belimbing buluh tapi kecur tengoknya Kak Amie. Bila belimbing buluh terlebih popular, bawang dilupakan. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali makan nasi putih dengan acar ikan masin memang sedap tau Fizah. Jangan letak lauklain, nanti kurang keenakan acar ikan masin hihihiii.

      Padam
    2. betul betul. Setuju sangat. Kalau letak lauk lain alamatnya lambat nak habis lauk sedap nan satu ni.

      Padam
  7. Belum dapat rasa lauk acar ikan masin dengan belimbung buluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan ada jeruk belimbing buluh, jadi masukkan sajalah dalam acar ikan masin.

      Padam
  8. Betul tu. Tak payah dah cari lauk lain.

    BalasPadam
  9. kecur air liur nengok jeruk belimbing buluh tu kak oi

    BalasPadam