Pages

Khamis, 16 September 2021

Bubur Candil Cempedak & Candil Durian

Encik Suami ajak ke kampungnya, rumah adik ipar. Katanya, kalau Amie rajin masaklah sesuatu bawa ke kampung. Amie pun buat kerahan tenaga. Uli tepung pulut. Satu bahagian tambah isi durian, satu bahagian lagi tambah isi cempedak. Firdaus bukan main suka apabila diminta bantu gentel tepung nak buat bubur candil!

Encik Suami pun turun ke dapur. Firdaus ajar Encik Suami bagaimana untuk sukat doh campuran durian supaya bentuknya sekata apabila digentel.  Amie pula gentel doh campuran cempedak menjadi bulat dan picit bahagian tengahnya seolah-olah bentuk vadai kepeng. 

Akhirnya, siaplah Bubur Candil Durian (Versi Jawa) dan Bubur Candil Cempedak (pinjam bentuk vadai kepeng - Versi Banjar).

Nak tahu rasanya?
Cubalah buat. 
Bayangkan apabila sampai kampung, semua teruja nak rasa! Maklumlah bukan selalu Amie buat bubur candil tambah durian dan juga cempedak. Sewaktu Amie sedang masak kedua-dua bubur ini, Bonda telefon. Bonda terkejut: Bolehkah cempedak dibuat bubur candil? Tanya Bonda.

Nampaknya bukan buah cempedak saja yang berada di luar pagar. Idea masak-memasak pun perlu juga sesekali berada di luar buku resipi!

Ada masa nanti Amie kongsikan resipinya.

Bubur Candil Durian dan Candil Cempedak

Bubur Candil Cempedak.

Bubur Candil Durian.

Di kampung, rambutan sudah berbuah tetapi belum masak sepenuhnya.
Encik Suami petikkan beberapa biji untuk kita.

Kakak ipar pun datang ke kampung, bawa mee hoon sup, pulut sambal & mangga muda. 


Mee hoon sup ini sangat sedap! Amie makan dua mangkuk!
Sekian.
Cerita tentang bubur candil meleret sambal ke mee hoon sup!

16 ulasan:

  1. Menariknya bubur candil Kak Amie. Warna-warna pastel pulak tu, sampai rasa nak tenung aje lama-lama.

    P/S Kalau saya dapat mihun sup penuh aksesori tu, mahu jugak dua mangkuk habis, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah hasil gentelan tiga beranak di dapur hahahaaa.
      Bubur candil cempedak tu guna gula melaka. Bubur candil durian guna gula siam.

      Padam
  2. Kerahan tenaga sampai dapat 2 menu bubur. Rajin Firdaus tolong ye. Ehhh terbalik pulak, Firdaus pulak yang mengajar. Mesti sedap candil dicampur dengan isi durian dan isi cempedak sebenar. Hehe..sesekali resipi diluar buku resipi kan. Geram tengok bubur candil cempedak tu. menarik betul pelbagai isi ada. Mahu tak excited orang kampung nak mencuba.

    Rambutan tu saya suka gak makan ala ala macam nak masak tu. Sedapnya isinya tak lembut tak keras. Sedang elok.

    Fuhh...mihun sup penuh segala rencah tu mahunya tak bertambah, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus gunakan sudu sukatan makanan saiz paling kecil. Dia biasa guna sdu sukatan untuk bentuk pegedil kentang. Dia nak saiznya sama saja. Si baba pula tak pernah buat, jadi minta Firdaus ajar hahahaaa. Suka sangatlah Firdaus dapat kongsikan ilmunya.
      Rambutan baru dikait, sedapkan Fizah.
      Memang puaslah makan mee hoon sup penuh aksesori tu.

      Padam
    2. Bagus Firdaus, sistematik kerjanya. Hahaha..dapat cikgu cerewet pulak kan nak sama je saiznya. Terpaksalah babanya mengikut.

      Memang sedap rambutan baru kait.

      lagi lagi orang masak, berselera lebih makan mee hoon sup :)

      Padam
  3. Wangi bau durian dan cempedak tu bila dimasak Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang harum dua-dua bubur tu. Satu harum cempedak, satu lagi harum durian.

      Padam
  4. seronoknya dapat balik kampung bawa bekal bubur candil yg sedap terbaik

    BalasPadam
  5. sedapnya bubur candil tu. elok dimakan ptg2. bila buat potluck byk la yg boleh dimakan...

    BalasPadam
  6. Wah beraroma bubur candil special.Berwarna warni pulak tu Tambah meriah dimakan berjemaah bersama sanak saudara...Semoga diberkati semuanya

    BalasPadam
  7. Kreatif Puan Amie gunakan cempedak untuk buat candil. Lepas ini buat apa pula?

    BalasPadam
  8. meriah bubur candil tuh, perisa durian dengan cempedak... tengok pon dah tau sedap

    BalasPadam
  9. Tak pernah umur makan bubur candil cempedak dan bubur candil durian. Mesti sedap ni

    BalasPadam
  10. Nice blog, keep it up for more updates. For the best Website designing company and digital marketing company in delhi visit OGEN Infosystem Pvt Ltd. Here you will get well-experienced website designers and digital marketing experts and they help you to grow your business online.
    Digital Marketing Company in Delhi

    BalasPadam