Petang kelmarin anak-anak buah datang main masak-masak di rumah kami. Kebetulan ada kulit cempedak yang sudah Amie bersihkan, jadi Amie kata nak masak Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin.
Sudah tentulah anak-anak buah Amie terkejut tapi teruja ingin tahu cara memasaknya dan bagaimana pula rasanya? Tiga orang anak buah yang datang itu pula anak-anak kacukan. Ada Bugis + Cocos. Ada Cina + Cocos dan Melayu + Cocos.
Senanglah kerja Amie di dapur. Amie hanya tukang arah dan semua kerja masak-memasak dilakukan oleh anak-anak buah.
Ketika masakan masih berada di dalam kuali, tangan-tangan nakal sudah kaut masuk mulut. Sebelah malamnya pula datang ipar dan biras. Seronok melihat mereka makan Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin.
Ketika menaip entri ini barulah Amie perasan, Amie tidak sempat makan Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin itu! Tak apalah. Nanti boleh masak lagi. Melihat mereka makan dengan penuh selera, tidak dapat digambarkan betapa gembiranya rasa di hati!
Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin hasil air tangan anak buah. |
Kulit Cempedak |
Bahan-bahan:
- 2 cawan kulit cempedak yang sudah dikupas / dibersihkan - potong ikut saiz yang disukai - gaul dengan sikit garam - bilas - toskan
- 2 cawan isi petai
- 1 cawan hirisan ikan masin
- 10 tangkai cili padi - hiris (boleh gunakan cili merah atau cili hijau)
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 labu bawang besar
- minyak secukupnya
- garam / gula / perasa pilihan
- Panaskan minyak. Goreng kulit cempedak seketika. Angkat dan toskan.
- Goreng ikan masin pula. Amie goreng sekejap sahaja. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan bawang merah serta cili padi atau cili merah /hijau.
- Setelah bawang kekuningan, masukkan kulit cempedak, ikan masin, petai dan bawang besar.
- Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin |
Wah haritu jumpa resepi kulit rambai masak lemak cili api. Harini kulit cempedak pula. Menarik resepinya
BalasPadamDunia masakan tanpa sempadan, seperti kata Mat Gebu : Dapur Tanpa Sempadan.
PadamIstimewa menunya ada petai, kulit cempedak bersambal pasti sedap sebab anak-anak buah nikmati penuh selera. Untungnya mereka ada ibu sedara pandai masak.
BalasPadamAnak-anak buah memang sporting. Kalau datang ke rumah rajin tolong masak.
PadamPertama kali tgk resrpi kulit cempedak grg mcm ni..tertanya2 bagaimana rasanya ya
BalasPadamKalau tak cuba, memang tak tahu rasanya macamana sebab citarasa masing-masing berbeza. Kulit cempedak tu rasa liat-liat lembut.
PadamHehe tidak sangka laku dimakan oleh anak-anak buah dan ipar duai.
BalasPadamItulah.... Terkejut juga masing-masing berebut. Mula-mula nak rasa, kemudian menambah pula heheheee.
PadamWak masih pelik kulit buah cempedak boleh dibuat masakan rupanya
BalasPadamDalam dunia masakan ni Wak, tiada yang pelik. Yang penting halal dan tidak meudaratkan kesihatan heheheee.
PadamSedap!
BalasPadamHarum aroma cempedak sewaktu ditumis dalam kuali.
rare menu ni, kalau jumpe wajib rasa...
BalasPadamMcm mane nk kupas kulit cempedak tuh
BalasPadamSedapnya sambal goreng.Meriah dengan petai pulak lagi bertambah sedap la
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamseronoknya masak ramai-ramai. mesti riuh
BalasPadamRamai yang update pasal kulit cempedak ni...nampak sedap plak kak amie...jujur SA x pernah rasa lagi
BalasPadamSeronok bila tetamu berselera makan. Nampak sedap tu sambal goreng kulit cempedak dengan petai dan ikan masin. Licin habis. Alhamdulillah.
BalasPadamDah lama tak rasa kemeriahan masak ramai ramai kat dapur.
mesti sedap ni kak... tapi dana tak pernah cuba masak kulit cempedak tu... atau jeruk kulit cempedak... mesti ada rasa manis2 kan
BalasPadam토토사이트 Benefits it a lot for developing incredible articles its effective for us
BalasPadamYour always motivating and inspiring me. I am always waiting for your new article. 스포츠토토
BalasPadamI have visited your website ever since and it didn’t fail me. 바카라사이트
BalasPadamThis blog valuable extra impressive and exceptional 카지노사이트
BalasPadammesti sedap, sbb ada petai..
BalasPadam