Pages

Sabtu, 7 Ogos 2021

Kacang Tanah Rebus Yang Sedap!

Agak lama juga tak makan kacang tanah rebus. Biasanya Amie rebus hingga 4 atau 5 kilogram. Separuh bawa ke tempat kerja dan selebihnya boleh hulur kepada jiran. Kawan-kawan selalu tanya, macamana cara rebus kacang tanah Isinya lembut, lemak dan manis. Apabila Amie beritahu, terkejut pula mereka!

Dulu Amie pernah kongsikan paparannya di sini: KACANG TANAH REBUS.

Kalau Amie malas jaga api dapur, Amie masak dalam slow cooker sahaja. Amie tak berani cadangkan rebus dalam periuk NOXXA! Tak tahu nanti apa hasil kejadiannya sebab Amie tak pernah cuba. 


Kacang Tanah Rebus.

Bahan-bahan:
  • 1 kg kacang tanah - rendam lebih kurang setengah jam untuk menghilangkan bekas tanah - kemudian toskan
  • air separas kacang dalam periuk
  • 1 sudu besar garam
  • 4 sudu besar gula

Cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Rebus kacang dengan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.
  3. Kemudian perlahankan api atau gunakan api paling kecil. Tutup periuk. Rebus selama 3-4 jam. Jika air kering, boleh tambah.
  4. Setelah masak padamkan api dapur dan biarkan lebih kurang kacang terendam selama 1/2 jam. Kemudian bolehlah ditoskan.
Amie gunakan slow cooker butang 'high' sebab tak perlu tambah air. Tak perlu risaukan tinggalkan dapur. Nak tidur pun boleh. Jika gunakan slow cooker, tunggu selama 5 atau 6 jam untuk hasil yang memuaskan, lembut dan meresap perasanya.... lemak manis! Rebus pagi, petang boleh makan!



Pagi tadi Encik Suami sudah beli nasi kerabu. Tengaharinya pula ada orang belanja nasi kukus. Kebetulan Amie kena ikuti google meet Sambutan Hari Guru 2021 & APC 2020 Peringkat PPDLD yang dirasmikan oleh Pengarah JPNS. Tidaklah bersilat di dapur seperti selalu. Petangnya pula, terlelap di bawah kerusi di bilik bacaan! Tiba-tiba Firdaus kejutkan dan tunjukkan bungkus mee maggi! Laparkah sayang Mommy?


Wokey!
Kita bergegas ke dapur sipkan mee maggi goreng. Alang-alang masak untuk Firdaus baiklah makan untuk sekeluarga. Sudah siap masak, tak nampak pula budak kecil itu! Rupanya dia pergi main basikal di luar pagar!

Amie minum petang dengan Encik Suami saja. Makan mee maggi goreng sedikit. Hirup sup jagung dan minum air halia panas. Selepas itu mengunyah kacang tanah rebus tanpa henti!

Minuman halia panas.


Mee Maggi Goreng dengan Sosej.


Sup Jagung.



Limau Sunskist.



21 ulasan:

  1. Sedap nampak maggi goreng tu....sedap jugak sup jagung tu...psst..kak amie..boleh x ajarkan buat sup jagung macam tu...

    BalasPadam
  2. Tetiba rasa hendak buat air teh halia tanpa gula. Kuat pengaruh. Hehe.

    BalasPadam
  3. Menarik sup jagung tu... sharelah kak😊

    BalasPadam
  4. Kacang rebus. teringat masa saya kerja Rnr dulu jual kacang rebun heheh

    Sedapnya nampak bubur jagung tu

    BalasPadam
  5. Lama jugak ye nak merebus kacang tanah ni. Tak pernah masak sendiri. Makan pun jarang. Kalau jumpa pun kat pasar malam je lah. Sedap makan kacang. Lupa nak berhenti makan. Sedapnya mi goreng Kak Amie. Pandai Firdaus bila lapar mintak mommy masak. Dah main basikal, lupa lapar pulak. hihi

    BalasPadam
  6. dulu2 selalu beli kalau pegi pasar malam. sedap mkn kacang tanah rebus smbil tgk tv.

    BalasPadam
  7. sedapnya kacang tanah rebus dulu2 ada juga tanam pokok ni

    BalasPadam
  8. Makan rileks² sambil tengok tv pun sedap.

    BalasPadam
  9. biasa blk kg, singgah rnr mesti beli kacang rebus kudap kudapan dgn ank2 he he
    dan cerita kacang tanah sweet moment sy masa zaman kanak2 sek rendah bila arwah pak ada prjek tanaman kacang ni
    kena jd pekeja part time la ktorg, keja mudah2 cabut pokok kacang
    seronokkk time tu walau selalu juga kena marah he heee

    BalasPadam
  10. Dulu, masa arwah mak mertua sakit, ada seorang pembantu yang suka berkebun, salah satu tanamannya, kacang Tanah. Tiap kali balik kampun semua gembira dapat makan kacang Tanah rebus

    BalasPadam
  11. Kekacang ni baik untuk rambut... memang uncle suka!

    BalasPadam
  12. Dah lama tak makan kacang tanah rebus ni dulu sebelum covid melanda selalu pergi pasar malam untuk beli kacang tanah .

    BalasPadam
  13. macamana buat sup jagung tu? macam menarik je

    BalasPadam
  14. Selalu beli kacang rebus di uptown je.. lama dh x ke pasar mlm

    BalasPadam
  15. Kacang rebut tu memang nikmat betul bila dapat makan.

    BalasPadam
  16. Lama jugak masa utk menikmati hasil kacang yanah rebus yg enak...

    BalasPadam
  17. Oh...macam tu nak r bus kacang yang sedap...Terima kasih tip

    BalasPadam
  18. teringat kacang rebus sorang pakcik ni yg biasa jual waktu pasar malam, lama gila tak makan kacang rebus dia... rindu

    BalasPadam
  19. boleh cuba ni untuk kudapan...

    BalasPadam
  20. Selalu jugak beli kacang rebus kalau pergi pasar malam, dah lama tak makannnn, selalu beli dekat pasar malam je

    BalasPadam
  21. Lama tak makan kacang rebus. Dulu kalau pergi pasar malam memang confirm akan beli :)

    BalasPadam