Pages

Ahad, 8 Ogos 2021

Jalan-Jalan Cari Angin

Awal pagi tadi asyik tarik selimut sebab hujan! Sejuk di pagi hari itulah yang nak layan tidur saja. Pukul 9 pagi ada tugasan bantu pasang bendera sempena sambutan kemerdekaan di dewan terbuka. Hampir satu jam menunggu, tidak muncul seorang pun yang sepatutnya ada. Rupanya masing-masing masih melayan kedinginan pagi. Oleh kerana adik ipar undang untuk majlis bertunang dan hantaran anak perempuannya, jadi Amie pun tinggalkan dewan. Tinggalkan juga pesanan kepada pengawal keselamatan untuk sampaikan kuih-muih yang Amie bawa untuk mereka yang datang bertugas.

Alhamdulillah. Majlis bertunang sekaligus hantaran anak buah berjalan dengan lancar.

Dalam perjalanan pulang, singgah beli ikan di tepi jalan kampung.
Ini ikan bilis saiz besar.

Durian Merah.

Teruskan perjalanan dan singgah lagi di gerai tepi jalan. Teruja melihat durian merah tergantung di gerai. 

Durian biasa, harga RM20 sekilogram.

Rambutan, RM15 sekilogram.

Manggis murah pula. RM15 sekilogram. Biasanya RM20 ke atas.


Yang tak masuk akal dan belum boleh diterima akal apabila penjual buah beritahu harga seikat durian merah RM90.00! Padahal tahun lepas harganya antara RM25-RM30 sahaja!
Apa sudah jadi?
Adakah disebabkan PKP harga semakin mencanak naik sama seperti angka kes positif yang semakin tinggi setiap hari?

25 ulasan:

  1. Ikan bilis elok dan nampak segar.
    Sama ke rasa durian merah dan durian biasa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama. Durian merah lemak tapi tawar. Sesuai dibuat sambal.

      Padam
  2. kalau kl lg murah Manggis dah jd rm10 utk 3 kg
    puass mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah kenapa harga di sini harga kayangan!

      Padam
  3. Geram plak SA tengok ikan bilis tu....mahalnya durian tu kak amie

    BalasPadam
  4. Sudah muncul durian di tepi jalan. Beli kemudian ketika musim hujung-hujung.

    BalasPadam
  5. comelnya ikan bilis tuuu! hahah. btw kalau dekat terengganu, durian smua org dh buang hrga. murah sgttt.

    BalasPadam
  6. Cantik pulak ikan bilis tu Amie, pink!
    Nampak macam besar saiznya.

    BalasPadam
  7. Nampar segar ikan bilis besar tu . Buat masak apa tu ?

    BalasPadam
  8. saya tak pernah makan durian merah..sealu makan durian murah sahaja. hehe. duduk di KL ni sudah lupa apa rasanya pergi majlis

    BalasPadam
  9. Mak oi.. harga durian pun mencanak naik jugak ke di sana? Apa ceta pasang bendera kt dewan tu kak? Jadi ke x pasangnya? Hehehe

    BalasPadam
  10. Allahu manggis tu gebu gebu..kak AMie..geram tgknya

    BalasPadam
  11. Uishhhh mahalnya harga.. Nengok je la..

    BalasPadam
  12. best kan jln2 lps tu singgah gerai tgk ape yg dijual..

    BalasPadam
  13. Mahalnya harga manggis dan rambutan kt sana ya. .durian merah tu rasanya mcm durian kuning jugak ke

    BalasPadam
  14. Tudiaaa...mahalnya
    Rambutan & manggis kat KL dah boleh dapat 3@4 kg RM10..Tapi durian merah tak jumpa la...hihihi

    BalasPadam
  15. kayangan nya harga buah durian tu, kak Amie..kalau saya, memang tengok je lahhhh

    BalasPadam
  16. jauh betul beza harga dari tahun lepas...ish itu dah harga mengarut kak

    BalasPadam
  17. Cantik pelaminnya tu. Buah durian merah tu memang dijual merekah ke kak Amie? Mahal berganda ganda harganya daripada biasa.

    BalasPadam
  18. Meriah dengan buah-buahan dapur maya Kak Amie hr ini

    BalasPadam
  19. saya hari tu beli manggis cuma RM8 sekilo. saya beli 2 kilo dpt diskaun singgit. nape kat sana mahal sangat. import dr semenanjung kot

    BalasPadam
  20. Ada jugak ehh durian merah, baru saya tahu hahaha

    BalasPadam
  21. Uishh betul-betul merah harga durian merah tu hehehe

    BalasPadam
  22. Aduhaiiii mahal sungguh harga buah-buahan di sabah. Ikan bilis tu besar boleh buat lauk ke.

    BalasPadam