Awal pagi tadi Encik Suami ajak Amie cari sarapan pagi. Encik Suami beli banyak kuih. Katanya nak belanja para pekerjanya. Amie pula pilih untuk dibawa masuk dapur. Antaranya termasuklah kuih jatuh bangun. Kuih jatuh bangun ini hasil air tangan orang Bugis. Entah kenapa namanya kuih jatuh bangun. Di bahagian bawah kuih ini ada lapisan gula merah. Setelah masak kuih ini diterbalikkan, dan ditaburkan kacang tanah di atas gula merah tadi.
Kuih Jatuh Bangun |
Sementara Encik Suami memilih kuih yang akan dibawa ke tempat kerja, Amie pula pilih kuih untuk sendiri. Sampai di rumah barulah perasan kebanyakan kuih yang Amie pilih berwarna hijau! Ada kuih lenggang, kuih bakar dan putri ayu. Putri ayu berinti kelapa pula! Kuih angin saja yang warna putih.
Kuih Bakar Pandan. |
Kuih Lenggang @ Ketayap. |
Kuih Putri Ayu Inti Kelapa. |
Kuih Angin. |
Kopi Cap Kuda Terbang Gula Sarang Lebah. |
Nasi Kerabu, telur masin rebus sendiri. |
Encik Suami nak makan nasi kerabu. Dibelinya sampai 3 bungkus. Dalam perjalanan pulang sempat membebel: Nasi kerabu sekarang tak ada telur masin. Dulu ada telur masin. Dulu banyak sayur!
Kita sahut: Manalah orang berniaga nak rugi. Telur masin bukan murah. Kita beli di kedai pun sebiji RM1.60 sen.\Nanti sampai rumah kita rebuslah telur masin.
Selalu berfikir 11 kali kalau nak beli telur masin. Tak tahulah harga di tempat lain. Kalau di LD harganya mencecah RM1.60 sen sebiji. Dulu selalu beli di Kunak. Harganya RM1.20 sebiji.
Sampai rumah, Amie renih kopi dengan gula sarang lebah dan rebus telur masin. Amie terlupa pula nak tambah sayur kobis dengan kacang panjang untuk nasi kerabu.
Sedap tak? Amie tanya Encik Suami.
Rasalah sendiri kalau nak tahu, jawab Encik Suami.
Apabila Amie makan nasi kerabu sendiri, rasa terkejut sebab sedikit pun tidak ada bau atau rasa budu! Kacang panjangnya pun dua tiga hiris halus sahaja dan selebihnya sedikit hirisan kobis.
Beza sungguh nasi kerabu hari ini dengan nasi kerabu sebelum-sebelumnya. Padahal beli di tempat yang sama bertahun-tahun lamanya!
Tidak sedap kalau tiada budu.
BalasPadamNampaknya kena tambah sendiri sambal nasi kerabu.
Lain rasanya kalau tak ada budu. Ye tambah sendiri.
PadamTukang masak baru kot yang masak tu sebab tu rasa lain walaupun tempat sama..
BalasPadamtak kan terlupa letak budu.. hehe..
Tak tahu juga kan... mungkin.
PadamFirst time dengar kuih jatuh bangun dan kuih angin. Mungkin sebab cara penyediaan tu terbalikkan jadi jatuh bangun kot. Agaknya lah.
BalasPadamBetul kata kak Amie tu, peniaga mana ada nak rugi. Semua barang dah mahal. sebab tu jugaklah hidangan menu yang dijual tak perfect. Ada je keciciran. beza, memang berbeza sangat.
Ya, golongan peniagalah yang banyak terkesan akibat wabak. Kebanyakan jualan mereka pun sudah tidak 'cukup rasa' seperti dulu.
Padampasti kenyang seisi rumah <3
BalasPadamYe, buat alas perut waktu lapar.
PadamUnik nama kuih tu..Kuih motivasi...hihihi
BalasPadamLepas ni harus ada kuih PKP pulak..hihihi
Hahahaaa.... betul tu, kuih motivasi. Nanti memang akan timbuk kuih PKP pula. Mama Cella kena mulakan dulu....ahaks!
PadamSedap=sedap kuihnya..
BalasPadamYa, sedap.
PadamXde budu bukan nasi kerabu la namanya kan kak amie...tapi kuih2 tu semua sedap la...terus SA teringin...
BalasPadamKuih-kuih tu memang sedap. Encik Suami pun kata sedap.
Padamtang mn yg jatuh tang mn yg bangun kak?😆 btw nmpk sedapppp pos ke sy boleh?😆😆
BalasPadamAgaknya yang time telungkup tu yang jatuh, dah tu mekup dengan kacang tumbuk tu yang bangunnya hihihiii... meh datang sini Anies boleh try.
PadamMahalnya harga telur masin di sana. Kalau di sini masih boleh dapat RM1.20 lagi tapi biasanya dijual dalam botol yang mengandungi 5 - 6 biji telur. Adik Sk pun kalau datang anginnya, akan buat banyak dan buka jualan fast sale. Tapi menurutnya telur itik pun sekarang dah mahal. Hai laaa itik, masa pkp ni la kau nak bertelur banyak2 😜😜😜
BalasPadamMenarik semua kuih-muih tu kak Amie, Puteri Ayu pun dah diolah guna kelapa gula merah ya. Kuih jatuh bangun tu sy rasa, namanya dapat sebab dah diterbalikkan (jatuh) kemudian (dah bangun) ditabur pulak kacang, sungguh unik. Kuih angin tu sy tak pernah jumpa tapi karipap inti angin selalu jumpa 😂😂😂😂😂
RM1.60 kira ok juga tu SK, pernah sekali nak beli letak balik sebab sebiji harga RM1.80. Bukan tak boleh bayar tapi tak sampai hati nak beli hihihiii.
PadamAgaknya begitulah maksud kuih jatuh bangun sebab lebih kurang begitulah yang diterangkan oleh penjual kuih merangkap pembuat kuih jatuh bangun itu.
Sedap2 semua kuihnya. Terliuq tengok.
BalasPadamSedap Diela. Comel-comel kan.
PadamKuih jatuh bangun...unik namanya..mesti sedap..
BalasPadamRasanya pun unik. Bawah rasa kek, atas gula merah dan lemak-lemak kacang tanah tumbuk.
Padamsedapnya nasi kerabu, tp kenapa rasa dia bleh berubah kalau beli dkt tempat yg sama kan.
BalasPadamTak ada rezeki budu kali ini...ahaks!
Padamkali pertama dengar kuih jatuh bangun dan kuih angin. Nasi kerabu tu muungkin saja dimasak oleh orang lain, tapi kalau takde budu memang 'potong' la cerita dia
BalasPadamMacam-macam bama kuih kan Sal.
PadamHarap lain kali dapat beli nasi kerabu yang sempurna.
first time tgk kuih jatuh bangun ni, tetap nampak sedap. menu aimie tak pernah tak sedap.
BalasPadamyalah kan aimie, sekarang banyak makanan makin sedikit harga makin byk dan rasa pun lari
Betul tu. Kesan PKP ke atas para peniaga. Kita pun tak tahu apa masalah mereka sebab tak berada di tempat mereka.
PadamWaahhhhhh... banyak jenis kuih muih kat sana. Seronok gak kalau dapat rasa.
BalasPadamNampak sedap kuih jatuh bangun tu . Teringin nak rasa
BalasPadamRare nama kuih tu kuih jatuh bgn.. sedih kn bila mkn nasi kerabu tp xde bau bunga kantan, daun ulam pn secoet je letak.. hmm..
BalasPadamkuih jatuh bangun, puteri ayu kelapa dengan kuih angin... first time tengok dan tau ade kuih2 ni
BalasPadamFirst time dengar kuih jatuh bangun, kuih angin. Macam putu bambu pun ada kuih angin tu cuma beza bentuk aje
BalasPadam