Pages

Jumaat, 13 Ogos 2021

Ayam Pandan Air Fryer

Ayam Pandan memang sedap! Boleh klik di sini: RESEPI DAN CARA MUDAH MEMBUAT AYAM PANDAN THAI YANG SANGAT SEDAP! Dalam entri yang lalu Amie kongsikan cara penyediaannya lengkap dengan gambar langkah demi langkah.

Hari ini Amie buat Ayam Pandan Air Fryer saja. Memang ada bezanya dengan masakan yang lalu. Dulu kukus, kemudian goreng. Memang sedaplah sebab guna minyak. Kali ini panggang dalam air fryer pula. Kalau dulu memang sangat sedap, tapi hari ini lebih menyihatkan pula.

Tak mahu berlama-lama di dapur, selepas bungkus dengan daun pandan, terus panggang dalam air fryer. Aromanya....aduhai! Sudah habis makan pun masih terbau-bau sampai ke tingkat atas!


Ayam Pandan Air Fryer.

Hidangan tengahari Jumaat:
  • Nasi Putih
  • Ayam Pandan Air Fryer
  • Sup Bebola Ayam
  • Kacang Buncis Tumis dengan Hati Ayam
  • Ikan Jepun Goreng
  • Sambal Belacan Thai
  • Buah Nanas & Mangga Manila

Sup Bebola Ayam

Selepas pisahkan isi ayam bahagian peha, Amie ambil tulangnya dan renih untuk ambil kuahnya. Kemudian Amie tapis air rebusan tulang ayam, tambahkan bebola ayam, brokoli dan kobis bunga.

Ikan Jepun Goreng

Kacang Buncis Tumis dengan Hati Ayam

Kacang buncis tumis dengan lobak merah dan hati ayam.

Sambal Belacan Thai.



Hirisan Nanas & Mangga Manila.

Ayam Panggang Air Fryer

Dulu Amie suka gunakan bahagian dada ayam. Senang nak potong sebab tak bertulang. Hari ini tak ada dada ayam. Amie gunakan bahagian sukuan peha ayam. Kenalah buang tulang. Bahagian peha ayam memang sedap sebab ada kulit dan lemak. Kalau rajin selepas bungkus dengan daun pandan, bolehlah kukus sebelum digoreng atau dipanggang. Amie terus panggang.

Bahan-bahan:
  • 600 gram bahagian peha ayam  - buang tulang - potong ikut saiz yang digemari
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 kiub ayam
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil lada putih

Bahan lain:
  • daun pandan secukupnya
  • lidi pencungkil gigi / lidi sate
Cara penyediaannya:
  1. Perap kesemua bahan selama 3 jam.
  2. Letakkan dua keping ayam di atas daun pandan, dan gulung sebanyak 5 kali gulungan.
  3. Ambil lidi dan cucuk gulungan daun pandan berisi ayam tadi. Buat sampai habis.
  4. Panggang dalam air fryer selama 24 minit di bawah suhu 180'C.

21 ulasan:

  1. Dah lama tak buat ayam pandan ni. Tapi tak ada air fryer goreng biasa lah jawabnya hehe

    BalasPadam
  2. saya suka makan ni, tapi nak buat kena ada mood. pernah try resepi siap blend lagi pandan tu untuk dapatkan air, pastu perap ayam. memang sedap. *eh tak malunya puji masakan sendiri* haha

    BalasPadam
  3. Sy pernah Kak Amie buat ayam pandan ni. Tapinya, tak reti nak balut daun tu kemas-kemas, masuk kuali semua terbarai, daun ke mana, ayam ke mana 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  4. Tertariklah dengan Ikan Jepun tu. Nampak sedap. Tak taulah kat sini ikan ni nama apa.

    BalasPadam
  5. pernah order ayam ni kat restoran Thai, punyalah lama baru dapat makan..hehe..

    sup bebola ayam & brokoli..sedapnya..

    BalasPadam
  6. Masa makan mesti terasa aroma pandan.

    BalasPadam
  7. Terbau-bau oroma pandan nih....🍀

    BalasPadam
  8. daun pandan kena cukup baru boleh buat ni. Sedapnya bau pandan tu..

    BalasPadam
  9. Kali pertama dengar ikan jepun goreng. Besar besar juga ikan tu ya...

    BalasPadam
  10. Senang terus tinggal dalam penggoreng udara. Ting. Sudah siap.

    BalasPadam
  11. Ayam pandan kalau digoreng..satu taman boleh bau harumnya...alahai sedapnya Amie

    BalasPadam
  12. SAa teringin nak masak macam ni...yeay ada resipi...nanti nak cuba la

    BalasPadam
  13. Ayan pandan sesuai untuk seisi keluarga, nampak sedap goreng dengan air fryer.. Ada sup tu menambah selera..

    BalasPadam
  14. Nampak sedappp! Sampai disini terbau bau pandan tuuu kak amie hehehe

    BalasPadam
  15. Mudah kerja masak bila guna air fryer ni. Lebih menyihatkan juga. Aroma pandan haruslah terpaling sedap kalau digunakan dalam makanan. Kali ni hidangan buah buahan kak Amie tak ada buah oren sunquick :)

    BalasPadam
  16. nak try buat la nnti ayam pandan air fryer ni. tp tu la, daun pandan nk kena cari dkt pasar..

    BalasPadam
  17. ooo ada sos ikan rupanya ya kak?

    BalasPadam
  18. bole lah nak cube resepi ni, tp takde air fryer. masuk oven bole kan...

    BalasPadam
  19. Saya gemar ayam pandan. Tetapi, setiap kali berhajat nak buat, daun pandan semua macam tengah diet je saiznya. Alih-alih masuk air fryer begitu sahaja :)

    BalasPadam