Langit mendung dan nampak suram. Hujan di petang hari Jumaat, tidak lebat tapi berpanjangan.
Jom makan lempeng dengan kuah durian. Kalau nak puas makan, jangan dicecah, sebaliknya masukkan lempeng ke dalam bekas bersama kuah durian. Ambil sudu dan senduk masuk dalam mulut! Ahaks! Itu gaya Amie makan Lempeng Kuah Durian
Kuah durian ini juga enak dinikmati dengan roti atau biskut. Terlebih sedap kalau ada pulut!
Ada yang memanggil kuah durian ini sebagai bubur atau pengat. Untuk memanggilnya sebagai serawa katanya kurang sesuai kerana tidak ada pulut! Nama serawa durian dikatakan bukan kerana adanya durian, tetapi kehadiran pulut itulah yang menjadikan namanya serawa!
Jadi, dengan kehadiran lempeng kita namakan saja Lempeng Kuah Durian!
Lempeng Kuah Durian. |
Oh, baru sy tahu serawa tu maksudnya pulut dengan kuah durian. Macam dah salah pemahaman kita ni, hahahah
BalasPadamKalau mengikut Kamus Dewan, serawa itu sejenis makanan (pulut yang dimasak dengan santan dan gula). Serawa membawa maksud pengat juga kata Kamus Dewan, tapi maksud pengat pula ialah sejenis penganan daripada ubi dll. Jadinya kalau kuah durian dengan pulut bolehlah dipanggil serawa sebab ada pulutnya. Kalau kuah durian dengan lempeng jadilah lempeng kuah durian pula . Begitulah kira-kiranya.
PadamCantiknya warna oren tu.Cikgu guna brand apa & ada perisa kah..Menarik sungguh gandingan hijau & oren tu.Kuih pun kemas macam askar...hihihi
BalasPadamWarna orange red tu. Jenama MIBO.
PadamLempeng ikut arahan tuan dapur tu hihihiiii.
Terima kasih..Nak cuba cari brand tu.Cantik warnanya
PadamLaaa yeke. haha ingatkan serawa tu nama bubur durian tu. baru tau #TIL
BalasPadamSelama ni dok panggil serawa labu serawa durian kiki.
Lebih kurang begitulah ceritanya.....
PadamCantiknya lempeng hijau kuning...betul akak pun suka makan dgn sudu lempeng ke,roti jala ke,roti putih ke..baru puad..
BalasPadamKan... kita ganglah kalau gitu hehehee.
PadamLawonya lempeng
BalasPadamwarna-warni lempeng kak Amie. Suka jugak makan kuah durian tu dengan roti jala
BalasPadamcantik lah kaler lempeng tu... lenkali boleh try juga. Ada resepi ke kak amie lempeng tu.. kot lah lain cara adunan.
BalasPadamCantik warna lempeng. Sekali pandang macam gulungan hirisan lobak merah dan daun saleri.
BalasPadamOh rupanya serawa guna pulut.
Nampak cantik plak lempeng yang kak amie buat tu....SAa tenung lama2 tadi cari mana lempengnya...rupanya lempeng digulung.....
BalasPadamKalau saya, saya panggil pengat duriannn ehehe. Ohhh serawa kena ada pulut sekali, saya fikirkan kuah durian dengan isi durian itu serawa. Silap rupanya.
BalasPadamcantiknyaaa..sekali pandang ingat carrot n celery
BalasPadamMenarik betul warna lempeng Kak Amie. Saya biasa makan dengan pulut atau roti je Kak Amie. Makan dengan lempeng tak pernah lagi. Style kak Amie makan tu lebih nikmat. Lempeng dan rasa kuahnya bersatu :)
BalasPadamcantik nyer lempeng dia. kuah durian ni selalunya saya makan gitu jer, atau pon dengan pulut..
BalasPadamKenapa comel sangat lempeng Kak Amie ni? Boleh jadi artis dah lempeng ni pakai makeup cantik :)
BalasPadam