Pages

Sabtu, 14 Ogos 2021

Mee Hoon Goreng Daging & Ubi Rebus Cecah Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis

Sarapan apa pagi ini? Pagi ini kami sarapan agak lewat. Awal pagi lagi sudah ke sekolah. Apabila melihat kotak berisi modul SPM, rupanya ada lagi 6 buah belum diambil murid. Kita semak senarai nama yang ditandatangani murid yang telah ambil sejak 16 Julai 2021, dan buat catatan untuk kenal pasti yang belum ambil modul. Apabila diteliti senarai nama, mereka inilah  yang jarang masuk PDPR. Kita mesej pun tak pernah dijawab. Sesuatu perlu dilakukan. Amie perlu minta bantuan Encik Suami untuk hantar modul-modul itu ke rumah murid. Mudah-mudahan Encik Suami ada masa untuk temankan Amie cari rumah mereka. Bukan apa. Modul latih tubi itu akan digunakan sebaik sahaja tamat sukatan pelajaran yang dijangka selesai pada minggu depan. Kalau tidak gunakan modul, mereka akan ketinggalan bimbingan terutama teknik menjawab soalan SPM nanti.

Encik Suami belikan sarapan tetapi Firdaus tak mahu makan. Katanya mahu makan mee hoon goreng. Amie pun buatlah Mee Hoon Goreng Daging. Ada ubi kayu pemberian kawan Encik Suami. Amie rebus dan makan dengan Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis. Ada kelapa parut juga. Kenyang makan ubi rebus, dan minum kopi Cap Kapal Terbang. 

Mee Hoon Goreng Daging & Ubi Rebus



Ubi Rebus

Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis.


Jom sambung buat kerja rumah. Rasa lebih bertenaga sebab sudah kenyang makan ubi rebus dan minum kopi. Eh! Tiba-tiba rasa macam nak pergi menoreh getah pulak.... ahaks!


16 ulasan:

  1. 🤣Baca ayat terakhir buat saya tersenyum sorang-sorang...
    Dulu kat kampung,kalau kerja menoreh dikatakan bekerja sebagai "cikgu"
    Sekarang cikgu pula teringin nak menoreh🤭
    Tempat jatuh lagikan terkenang.....

    BalasPadam
  2. Hehe gantikan menoreh dengan menghadap komputer buat kerja.
    Ahaks Firdaus ada permintaan khas pula untuk sarapan.

    BalasPadam
  3. selamat berhujung minggu kak Amie. Hari Sabtu pun kadang-kadang banyak urusan macam hari bekerja

    BalasPadam
  4. Sarapan yg mengenyangkan tu...dua2 peberet akak..bihun grg dan ubi kayu

    BalasPadam
  5. Sarapan berat memang harus kan kak amie...tapi macam SA ni....makan berat2 macam ni badan cepat naik....aduhai...tp selera sentiasa nak makan...macam mana tu.....

    BalasPadam
  6. Haaa.. kenapa tu tetiba nak menoreh, hehehhe..

    Rajinnya kak Amie goreng bihun walau encik suami dah belikan sarapan

    BalasPadam
  7. Budak2 skrg cakp, tiberrrr... tiba2 je nk menoreh getah.. hahaha... kelakar la akak

    BalasPadam
  8. Bagus guru yang berkarisma dan prihatin. Ubi kayu dengan kelapa parut, sedap, biasa makan dengan ikan talang masin.

    BalasPadam
  9. Sedapnya sambal tu. Pedas2 makan dgn punten

    BalasPadam
  10. Sedap tu ubi rebus, cicah dengan gula hehehe
    Bagusnya kak amie, siap nak hantarkan lagi modul ke rumah lagi, patutnya mereka la yang kena ambik sendiri.

    BalasPadam
  11. Mencabar tugas pendidik sekarang. Semoga usaha Kak Amie membantu murid murid dipermudahkan dan mendapat balasan kebaikan. Aaminnn...

    Sedap sarapan Firdaus request tu, bihun goreng daging. Ubi rebus dan sambal sememangnya terbaik.

    BalasPadam
  12. lama xmkn ubi kayu rebus. cicah dgn sambal tu, fuhh.. mmg best..

    BalasPadam
  13. uisshhh mengancam sggh! ubi rebus ni judu apa je ttp laku kat tekak sy ni😆

    BalasPadam
  14. teringat pokok2 ubi di kampung. lama dah tak balik kampung sebab pkp ni. dah keras agaknye ubi2 tu.. sayangnye

    BalasPadam
  15. Aduhai, ni kalau dapat kat saya... saya duduk makan tak bangun-bangun selagi tak habis hihihi

    BalasPadam