Pages

Isnin, 19 Julai 2021

Terung Gboma

Pernah dengar dan lihat terung gboma? Ceritanya terung ini berasal dari Afrika Tengah dan sekitar Sungai Kongo.Untuk lanjut boleh klik di sini:  IDN TIMES

Selain buahnya dijadikan sayuran untuk dimakan, daunnya boleh dibuat sup. Daunnya juga boleh dipanaskan dan  dikunyah menjadi ubat kerongkong. Akarnya direbus untuk mengatasi masalah cacing dalam tubuh. Bunga dan buah terung gboma ini dikatakan boleh membersihkan gigi dengan cara mengunyahnya.

Terung Gboma.


Cantik kan terung gboma.

Apabila terung gboma sudah masuk dapur, eloklah diolah untuk dijadikan lauk makan dengan nasi. Terung ini boleh diolah bersama cili untuk dijadikan sambal.


Terung gboma juga boleh dimasak bersama ikan bilis atau ikan masin, sama ada digoreng atau ditumis. Ikut sukalah nak masak apa. 


Sekali pandang, terung gboma ini ada rupa buah asam gelugur!



16 ulasan:

  1. Saya pertama kali tengok ni, Amie. Macam tomato hijau pun ada mula-mula tengok. Tapi bukan, terung rupanya.

    BalasPadam
  2. First time tengok. Betul, memang rupa macam asam Gelugor

    BalasPadam
  3. Haah ada rupa labu kecil.
    Ada orang sana tanam terung gboma ke?

    BalasPadam
  4. Cantik pulak tengoknya. Tak pernah tau.
    Rumah Amie ada tanam ke? Banyak tu.

    BalasPadam
  5. Pertama kali tengok terung gboma ni kak Amie. Bentuk macam labu, kulit macam capsicum, namanya terung. Unik betul terung terung gboma ni. Serbaguna pokoknya pun. Rupa dia macam buah cepu tapi terung gboma versi warna hijau. Macam mini asam gelugor pun ada.

    BalasPadam
  6. Dulu masa duk kat Pahang, kwasan pedalaman banyak sgt pokok terung ni tapi tak pernah petik makan. Buat main masak masak je.(bukan kat kebun orang or tanam tapi kat tanah lapang)

    BalasPadam
  7. MasyaAllah ..beraneka flora khazanah alam.Ini kali pertama tengok pic terung ni..Cantik macam buah asam gelugur .Macam putik labu pun ya ..Apa rasanya cikgu...masam macam terung dayak kah @ macam terung biasa?

    BalasPadam
  8. Macam tak pernah jumpa lagi terung ni
    Namanya pun unik

    BalasPadam
  9. Pertama kali lihat dan tahu pasal terung ni. Dr afrika rupenye patut la pelik namanya

    BalasPadam
  10. First time tengok dan tahu tentang terung gboma. Comel pulakkk tengok terungnya, kecik kecik aje.

    BalasPadam
  11. First time tgok..terung ni ada kat sana jer agaknya Kak Amie..kat Semenanjung ni SA x nampak lagi

    BalasPadam
  12. terung gboma? comel macam rupa labu versi comel la.hehe

    BalasPadam
  13. Kalau saya jumpa terung ni, mesti saya ingat anak asam gelugur 😊

    BalasPadam
  14. tak pernah tau psl terung gboma ni. kecik je terung ni.

    BalasPadam