Pages

Isnin, 19 Julai 2021

Agihan Bakul Makanan PKP 3.0

Minggu lepas, ada seseorang dari kampung Encik Suami datang ke rumah. Rupanya hantar agihan Bakul Makanan PKP 3.0. Amie beritahu Encik Suami, tak perlulah kita ambil. Berikan sahaja kepada  mereka yang lebih memerlukan. Encik Suami dimaklumkan peruntukan Bakul Makanan PKP 3.0 adalah untuk semua penduduk kampung, tidak kira  keluarga yang tidak mampu atau sebaliknya. Semua penduduk asal dari kampung Encik Suami dijejaki, dan sudah ada agihan masing-masing.
Alhamdulillah. Rezeki Allah. Mudah-mudahan pihak yang bertungkus-lumus membuat agihan dan pihak yang menyumbang mendapat keberkatan dan rezeki berlipat ganda.

Antara isi Bakul Makanan PKP 3.0 ialah:
  • 1o kg beras
  • 2 bungkus gula pasir
  • 2 bungkus tepung gandung
  • 4 bungkus serbuk kopi
  • 1 tin besar susu pekat manis
  • 1 botol besar kicap
  • 1 bungkus garam
  • 1 bungkus mee hoon
  • 2 bungkus minyak masak

Gula pasir.

Tepung gandum.

Garam halus.

Mee hoon.

Kicap.

Kopi

Susu pekat manis.

Minyak masak.

Beras.

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rezeki. Saya pun ingat, orang putus pendapatan je yang dapat bakul makanan ni.

    BalasPadam
  2. Segan juga bila kita tak layak tapi masih dapat. Anggap sajalah rezeki

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. rezeki.
    Kami selalu beli susu Dairy Champ tapi tak pernah pula dapat yang ada penutup macam tu. senang nak simpan.

    BalasPadam
  4. Kalau sudah diberi pada semua orang, terima sahaja kan?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..dah diberitahu begitu rasa senang juga menerimanya. Banyak juga yang ada dalam bakul agihan tu.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...
    Rezeki yang ingin mereka kongsikan bersama.Itu bahagian mereka hendak memberi.Dalam rezekinkita juga ada bahagian orang lain.Saling memberi & menerima...Wallahua'lam..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kak, rezeki akak tu..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah rezeki kak amie dan keluarga. Rasa lega sikit bila diberitahu memang dibagikan kepada semua keluarga kannn kak amie.

    BalasPadam