Pages

Isnin, 19 Julai 2021

Ikan Tudung Periuk Masak Asam Pedas Halba dengan Terung Gboma

Jumpa lagi. Bagaimana persiapan sambutan Aidil Adha esok? Kita sambut bersama keluarga sahajalah. Petang tadi Amie sudah siap rebus ketupat. Dan baru sebentar tadi padamkan api dapur sebab rendang daging sudah kering di kuali!

Sebelum rebahkan badan untuk beristirahat, kita cerita dahulu kisah main masak-masak hari ini, iaitu hari terakhir kita menunaikan puasa sunat bulan Zulhijah selama 9 hari bermula dari 11 Julai yang lalu.

Amie masak Asam Pedas Halba Ikan Tudung Periuk. Tambahkan terung gboma. Rasa terung gboma ini ada sedikit pahit. Itu sebab banyak khasiatnya dan boleh dijadikan ubat. Seperti biasa Encik Suami bantu siapkan jus tembikai. Selain asam pedas ikan, Amie goreng ayam dan seperti biasa ada ulam-ulaman dan hirisan buah. 

Ikan Tudung Periuk Masak Asam Pedas Halba dengan Terung Gboma.

Sambil menganyam kelongsong ketupat, sempat siapkan:
  • Nasi putih
  • Ikan Tudung Periuk Masak Asam Pedas Halba dengan Terung Gboma
  • Ayam goreng 
  • Ulam-ulaman: putik jagung, brokoli kobis bunga & telur masin
  • Sambal kicap
  • Buah tembikau & honeydew
  • Jus tembikai
  • Kurma

Kurma terakhir dalam simpanan untuk berbuka puasa.

Ayam goreng tepung Bestari.

Cili kicap.

Ulam-ulaman : putik jagung, brokoli, kobis bunga & telur masin.

Hirisan honeydew & tembikai.


Jom lihat resipi Ikan Tudung Periuk Masak Asam Pedas Halba dengan Terung Gboma di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan tudung periuk @ ikan bunak
  • 5 biji terung gboma
  • 1 batang serai - potong 2 - ketuk
  • 7 tangkai daun kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu kecil halba
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula melaka / perasa pilihan secukup rasa
  • 800 ml air
Bahan kisar:
  • 12 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Masukkan halba dan serai. Goreng hingga terbit aroma dan kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Setelah bahan tumisan terbit minyak, masukkan air. Gunakan api sederhana. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan ikan tudung periuk.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan terung gboma.
  5. Setelah kuah mendidih, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Jika inginkan minyak bergenang atau terbit minyak lagi, biarkan seketika di atas dapur sebelum api dipadamkan.
Selamat menyambut Aidil Adha .
Mohon ampun dan maaf andainya tidak sengaja menyentuh rasa dan menyinggung hati dalam tulisan (entri) atau pun dalam komen. 

12 ulasan:

  1. Serba boleh Puan Amie pandai menganyam ketupat.
    Selamat Hari Raya Aidil Adha juga.
    Saya pun sama kalau ada silap tulis dalam ruangan komen.

    BalasPadam
  2. Ada juga ikan tudung periuk.. Ingatkan lagu tudung periuk saja ada.. Haha..
    Selamat hari raya aidiladha buat puan sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Preparation raya tak buat apa apa pun Kak Amie. Esok pagi raya baru masak rendang. Sedap masak asam pedas. Kuahnya pekat. Saya masak asam pedas failed sikit. Mungkin jarang masak asam pedas. Kena pratikkan. kot kot guna resipi kak Amie ni menjadi ke kan.

    Apa ii pun selamat hari raya aidiladha untuk kak amie sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidil Adha Cikgu Amie...
    Maaf zahir & batin

    BalasPadam
  5. SEDAPNYA..SALAM AIDILADHA AMIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
  6. Tudung periuk, tudung periuk pandai menari….

    Selamat hari raya aidiladha buat kak amie sekeluarga… maaf zahir batin

    BalasPadam
  7. Salam aidil adha itk Amie disana..walau tak pernah bersua,bertentang mata,namun ukhuwah serta terasa

    BalasPadam
  8. Persiapan raya saya hanya menyediakan juadah makanan iaitu nasi minyak sahaja hehehe.
    Salam aidil adha buat kak amie dan keluarga! :)

    BalasPadam
  9. First time dengar nama ikan tudung periuk...nampak sedap semua juadah kak amie..

    BalasPadam
  10. first time dengar kak. ikan tudung periuk..nampak sedapppppp

    BalasPadam
  11. Saya pun baru tahu ada ikan tudung periuk. Terliur tengok kuah asam pedas tu.

    BalasPadam
  12. kali pertama dgr psl ikan tudung periuk. unik namanya.

    BalasPadam