Pages

Selasa, 27 Julai 2021

Lempeng Kelapa & Kari Ikan & Secawan Teh Gula Sarang Lebah

Selamat pagi semua. Moga baik-baik sahaja sepanjang hari ini. Cuaca di LD redup dan nyaman. Namun begitu kadang-kadang di dalam rumah rasa seperti duduk dalam sauna. Hujan turun tidak menentu. Kadang sebelah petang, kadang sebelah malam pula.

Sudah sarapan pagi? Awal pagi tadi Amie buat lempeng kelapa. Sambil tunggu kari ikan mendidih, Amie renih serbuk teh Ceylon 888. Campak sehelai daun pandan dan seketul gula sarang lebah. 


Lempeng Kelapa.

Kari Ikan Layar.

Keropok Emping Melinjo.

Teh Gula Sarang Lebah.

Gula Sarang Lebah.

Blogger NA pernah bertanya bagaimana rupa gula sarang lebah. Ini Amie kongsikan rupa gula sarang lebah. 
Wokey!
Kita teruskan BDR.
Jumpa lagi di kesempatan yang lain.
Salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.

15 ulasan:

  1. Owh,begitu rupanya gula sarang lebah.Saya pun sebelum ni tertanga juga tapi tanya dalam hati saja..Hihihi..
    Sedapnya lempeng kelapa.
    Selamat berBDR...

    BalasPadam
  2. Sedap pagi pagi berlempeng cicah kuah kari. Keropok Emping Melinjo tu mak saya suka betul makan. saya pulak kurang gemar sebab pahit. First time tengok gula sarang lebah. Manis macam madu ke kak?

    BalasPadam
  3. Terima kasih tunjuk. Macam-macam perkara baru saya belajar daripada blog Puan Amie.
    Macam-macam ada di LD.

    BalasPadam
  4. HAAA, baru nak tanya gula sarang lebah tu macamana, dah ada gambar dah. Akak dapat mana gula tu? mcm sedap ja..

    BalasPadam
  5. Selalu tengok kak Amie buat lempeng, nanti As kena try belajar buat juga la...

    BalasPadam
  6. sedap nie.. mkn breakfast okay, minum petang pun best layan

    BalasPadam
  7. Sy suka guna teh 888 tu utk buat teh tarik. Dulu pernah jugak letak madu dalam teh tarik, skrg sayang pulak dgn madu. Yg pasti, lempeng kelapa cicah kari tak akan kutolak kak Amie

    BalasPadam
  8. Cantik cawan hidang teh tu Amie..
    Pertama kali tgk gula sarang lebah tu..penganti gula ke..

    BalasPadam
  9. Dok terfikir... kat LD ni memang ada macam-macam eh.. gula sarang lebah, ikan layar.. aduhh... banyak betul yang tak tahu. Boleh jadi library maya lah blog Cg Amie ni.

    BalasPadam
  10. Meriahnya breakfast kak Amie. Teringin nak rasa teh dengan gula honeycomb tu

    BalasPadam
  11. Sedappnyaa lempeng!
    First time tengokkk gula sarang lebah, dia manis macam gula ke kak amie?

    BalasPadam
  12. lempeng cicah kari ikan. perggghhhh pasangan serasi sehidup semati :D

    BalasPadam
  13. Pertama kali saya tengok gula sarang lebah.
    Emping belinjo tu sedapnya lawan cecah sambal bawang atau sambal belacan :)

    BalasPadam
  14. Sedap tu, lempeng cicah kari..

    BalasPadam