Pages

Isnin, 26 Julai 2021

Mee Hoon Goreng Perencah Sambal Tomato Versi Ikan Bilis

Selamat pagi. Kita berhenti rehat dari berBDR untuk memberi laluan perhimpuan maya selama 20 minit.  Ambil kesempatan masuk dapur cari apa-apa yang boleh isi perut.

Pagi tadi Amie goreng mee hoon. Senang sajalah kerjanya. Rendam mee hoon hingga lembut. Cari bawang putih, bawang merah dan udang. Amie gunakan Sambal Tomato Versi Ikan Bilis sebagai bahan perencah. Makan mee hoon dengan cili jeruk!

Ada pisang berangan dan pisang nipah. Campurkan kedua-duanya, dan lenyek hancur. Tambah tepung gandum, gula perang dan secubit garam. Jadilah 3 keping lempeng pisang.

Ada nanas madu di sudut dapur. Ambil nanas saiz kecil, kupas dan belah 2. Ambil sebelah, daan hiris. Manis!

Mee Hoon Goreng Perencah Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.


Menu sarapan pagi Isnin:
  • Mee Hoon Goreng Perencah Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
  • Lempeng Pisang
  • Nanas Madu
  • Minuma Lemon Panas
Lempeng Pisang.

Nanas Madu.


Jemput sarapan pagi.
Jumpa lagi.
Mari teruskan BDR!

17 ulasan:

  1. menu masakan kak amie tak pernah tak menyelerakan hehehe

    BalasPadam
  2. Semua sedap-sedap...
    Menggamit selera

    BalasPadam
  3. Semuanya sedap dan menyelerakan Amie..nenas tu jenis tak tajam kan..yg ngilu kt lidah tu yg tak tahan..

    BalasPadam
  4. byk mihun dirumah he hee
    blh ikut resepi k amie ni

    BalasPadam
  5. Sedap semuanya....kalau dapat kat SA tengahri x perlu makan dah...

    BalasPadam
  6. Menariknya lempeng pisang, meehun pun menyelerakan, minuman lemon panas menyegarkan..

    BalasPadam
  7. Cantiknya mangkuk bentuk sampan...

    BalasPadam
  8. Jemput mka, kmi harini mkn bihun juga, tpi bihun sup..

    BalasPadam
  9. Sekarang sudah petang waktu saya komen. Hehe minum petang apa?
    Cantik persembahan mihun dalam bekas bentuk sampan.

    BalasPadam
  10. Meehon letak udang dh bangkit selera

    BalasPadam
  11. Wahhh.. lengkap semua sarapan Kak Amie walaupun sedang BDR.. tangkas dan lincah!

    BalasPadam
  12. Sedap betul nampak meehoon goreng Kak Amie. Taraf hotel ni. Kaya dengan accesoriesnya. Buah nanas manis baru sedap makan.

    BalasPadam
  13. Menu kak amie ni betul betul membuka selera la! Sedap sedappp semuanyaaaaa.

    BalasPadam
  14. Berkenan pula saya tengok mangkuk bihun Kak Amie tu :)

    BalasPadam