Pages

Jumaat, 9 Julai 2021

Pulut Hijau Kuning Mangga Kuini

Orang kata tak ada rotan akar pun berguna. Tak ada durian, mangga kuini pun boleh dimakan... ahaks! Terjumpa resipi Mama Cella: PULUT MANGGA HIJAU KUNING. Jadi pagi ini Amie kukus pulut dan gandingan dengan buah mangga kuini. Tak ada mangga masak ranum. Yang ada hanya buah kuini. Kira keluarga mangga juga lah tu!

Amie masak ikut gaya Mama Cella. Rendam pulut semalaman, bubuh setitis pewarna hijau, secucit garam dan sedikit gula serta sehelai daun pandan. Kukus sehingga masak. Kuahnya pula, tambahkan tepung beras ke dalam santan pekat, secubit garam dan sedikit gula. Masak di atas api kecil sehingga meletup-letup. Sos santan tadi dibiarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan bersama pulut dan hirisan mangga kuini.

Untuk lebih lanjut bolehlah singgah ke dapur Mama Cella. Terima kasih Mama Cella kongsi idea Pulut Mangga Hijau Kuning.

Pulut Hijau Kuning Mangga Kuini

Pagi ini Amie buatkan Firdaus roti salut telur dan ada ubi rebus cecah kelapa parut. Tapi Encik Suami tak beralih dari pinggan Pulut Hijau Kuning Mangga Kuini! Sedap sangat kot...ahaks!

16 ulasan:

  1. Wahhhhh....Pulut kuini...Janji buah yang manis bersari sedap dimakan dengan pulut lemak.Lawa pulut cikgu siap ada bintang putih tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ops...saja nak jugak habaq...pagi ni saya sarapan pulut juga..Nampak tak ada kimia antara selera kita..hihihi

      Padam
    2. Kiranya ada kemampuan telepati antara kita ye.

      Padam
  2. haish...jap lagi rendam pulut lah...

    BalasPadam
  3. Cantiknya kejadian pulut Kak Amie. Kita lepas yg dulu Mama Cella buat pulut mangga tu, beli jugak pulut tapi sudahnya, mangga habis, pulutnya masih dalam plastik, hihi.

    Tapi, skrg ada mangga tau kat dapur.. nak tiru tak?

    BalasPadam
  4. Cantiknya, siap ada bintang di tengah. Sarapan saya sama dengan adik Firdaus, roti salut telur

    BalasPadam
  5. Hehe cantik persembahan pulut ikut warna bendera Kedah.
    Kuat betul pengruh bloggers ya, terus Puan Amie buat.

    BalasPadam
  6. Pun boleh kak Amie. Cantik warna pulut hijau tu. Food plating pun lawa siap ada star lagi tu. Kalau nak sos pekat kena tambah tepung beras dalam santan ye. Saya biasa buat ringkas je santan letak garam dan gula je. Pasni boleh cuba letak tepung beras sikit.

    BalasPadam
  7. Cantik plak platting tu ha..kaler hijau kuning...nampak sedap tapi tu la SA x leh makan pulut..kalau x memang dah lama cuba buat..

    BalasPadam
  8. Cantikkkkknyaaaa. Mesti sedapppp 😋

    BalasPadam
  9. adoii ni yg teringin nak makan pulut mangga ni tp kedai siam area umah ni dah ttp plak...

    BalasPadam
  10. Tengok gambar pun dah tahu, sedap. Mesti wangi bau kuini tu, makan dengan pulut pulak. Yummy..!

    BalasPadam
  11. Comelnyaaaa ada patrick kat atas pulut tuuu!
    Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  12. sedapnya nampak pulut mangga ni..syu jrg mkn pulut, tp kalau ada pulut mangga ni, mesti akan cuba..

    BalasPadam
  13. buah kuini tu makan mcm tu jer pon sedap...

    BalasPadam