Pages

Khamis, 8 Julai 2021

Tips Buat Sambal Belacan Mangga Sedap!

Hai senangnya dalam hati! Ada buah mangga air yang manis-manis masam. Ada belacan Siam dan gula kabung Siam mendarat di LD. Apa lagi! Jom kita jamu selera. Kita buat Sambal Belacan Mangga guna belacan dan gula kabung Siam! Banyak pilihan belacan yang boleh digunakan, tapi kali ini  Amie pilih Siam punya.

Hidangan tengahari kami hari ini:

  • Nasi putih
  • Ikan Temenong  Rebus Air Asam 
  • Sayur Taugeh & Tauhu Tumis
  • Latok
  • Siput Tarik
  • Sambal Belacan Mangga

Sambal Belacan Mangga.

Hidangan nasi & lauk-pauk.

Siput Tarik.

Inilah siput tarik Sabah. Rebus sahaja. Rasanya sedap. Kalau nak makan kena tarik keluar. Boleh gunakan lidi atau pencungkil gigi untuk tarik keluar. Celup masuk dalam apa-apa pencecah yang sesuai. Kami cecah dengan Sambal Belacan Mangga. Aduh! Enak banget!


Ini pencungkil gigi untuk cungkil dan tarik isi siput. 

Mangga Kampung @ Mangga Air

Inilah mangga air yang Amie gunakan untuk membuat Sambal Belacan Mangga yang sangat sedap itu! Keenakan sambal mangga ini sudah tentunya dengan 'kehadiran' belacan Siam dan gula kabung Siam. Isshhh...iissshkkk! Kalau dah namanya Siam , memang sedap belaka!

Sambal Belacan Mangga

Jom, Amie kongsikan resipi Sambal Belacan Mangga. Tips nak dapatkan sambal yang sedap ini tak lain tak bukan, gunakan belacan Siam dan gula kabung Siam...ahaks! Dua kali ulang sebagai peringatan mesra untuk selera sendiri. Mangga kampung yang dikenali sebagai mangga air ini pula bukan calang-calang mangga tau! Mangga undang kami yang berkilo-kilogram beratnya itu pun tak dapat lawan kelazatan mangga air kih kih kih! Apalagi kalau mangga air masak di pokok. Dengan rasanya yang manis-manis masam itu....adeeeehhhh!

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar belacan Siam
  • 2 sudu besar gula kabung Siam
  • 5 biji bawang merah
  • 11 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji mangga kampung / mangga air - kupas kulit - cincang
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili padi, cili merah, dan belacan hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, dan tumbuk sebiji demi sebiji.
  3. Seterusnya masukkan belacan dan gula Siam, garam / perasa pilihan. Tumbuk lagi hingga sebati.
  4. Masukkan mangga air cincang dan tekan-tekan dengan anak lesung, supaya tidak merecik.
  5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis.
  6. Gaul sebati, dan hidangkan.

15 ulasan:

  1. Asyik bangeettt cicah sambal belacan mangga. Masam manis pedas. Cantik cengkerang siput tarik tu. Buat kraft cantik :)

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi makan siput tarik. Curious pulak saya. Terliur tengok mangga air bulat-bulat tu. Adeh

    BalasPadam
  3. Sedapnya sambal belacan mangga tu...masam2 masin pedas ...cicah ulam pun sedap..

    BalasPadam
  4. SIPUT LAUT NAMPAK SEDAP TU PUAS PULA NK CUNGKIL ISINYA YA

    BalasPadam
  5. Dulu- dulu sukanya menyicah buah- buah masam dengan garam belacan.
    La ni tengok mangga tu masih terliur.Tapi tak berani makan..seriau gigi..Hihihi.kena tukar kepada ubat gigi sensodyne dulu baru boleh makan masam-masam

    BalasPadam
  6. Agaknya kurang sedap kalau guna belacan dan gula kabung Malaysia.
    Memang mewah makanan laut, saya dahulu duduk di Labuan mewah makan udang dan jalan ke Sabah baru jumpa dan rasa siput tarik. Sini memang tidak jumpa siput tarik.

    BalasPadam
  7. Memang lawan sangatlah lauk-lauk Kak Amie tu dengan Sambal Belacan Mangga, ni yg boleh buat makan nasi banyak, tapi kepuasan tu yang penting, hihi.

    BalasPadam
  8. aduhaiii...menjejh air liur ni ha tengok sambal belacan tu..sedapnya siput tu kak amie..fav SA tu..selalu makan kat Johor je

    BalasPadam
  9. Waduh2 sedapnyaaaaa tgok rupa dia tuu

    BalasPadam
  10. Apa rasa isi siput tarik kak amie? Tak pernah makann so curious rasanya hehehe

    BalasPadam
  11. Siput tarik . Memang susah nak jumpa,siput ni kan

    BalasPadam
  12. sedapnya nmpk sambal belacan mangga ni..

    BalasPadam
  13. tak pernah buah sambal belacan lagi, boleh try nanti gunakan resepi dan tips ni

    BalasPadam