Pages

Jumaat, 9 Julai 2021

Kenangan Bersama Buah Betik

 

Zaman dulu, kalau Amie pokai, waktu tengahari makan betik sahaja. Bukan sebiji atau setengah biji, tapi hanya sepotong. Beli di kafetaria. 
Kawan baik Amie pula, makan mee goreng kosong harga 50 sen. 
Kalau dahaga, tekan saja water cooler yang terletak di sudut-sudut fakulti.
Balik asrama, rendam maggi untuk makan malam. Kalau ada duit lebih, beli nasi goreng Abang Mat sebungkus RM1.30 sen. Nasi gorengnya memang sedap. Ada hirisan daging dan telur mata kerbau. Abang Mat bubuh banyak ajinomoto... ahaks! Ajinomoto itu sudah dibancuh siap-siap dengan air dan dimasukkan dalam botol. Kira macam kicaplah kononnya. Kami pelihara pokok cili padi di tepi longkang asrama. Siapa pesan dengan cleaner, jangan cabut pokok cili padi kami. Kalau beli nasi goreng Abang Mat, kami petik cili padi buat ulam.
Indah sungguh bila dikenang!
Zaman itu walaupun nampak susah tapi tetap diharungi dengan tabah!
Nak minta duit dengan keluarga, rasa malu dan segan.
Kebanyakan kami bukan orang senang.
Tunggu sahajalah keluar pinjaman pendidikan atau biasiswa.
Kalau hujung minggu dapatlah makan sedap sikit sebab boleh keluar dengan toyol meronda Kuala Lumpur.
Eh!
Tajuk entri pasal buah betik!
Laaaa.... melalutnya sampai ke hujung dunia.

Balik cerita asal.
Buah betik yang dijual di kafetaria warnanya merah dan rasanya manis. Kenyangkah makan tengahari dengan betik sepotong?
Kenyang tak kenyang, dah itu yang mampu dibeli.
Ini sebenarnya cerita di hujung-hujung semester. 
Kawan-kawan pun sesak juga.
Waktu itu kalau rendam maggi, tak boleh ajak-ajak ayam kawan-kawan sebilik. Walaupun faham ajak-ajak ayam, mereka tetap datang bawa mangkuk kosong! Jadinya, kalau masak maggi dalam rice cooker, kena bubuh air banyak-banyak! Tak dapat isinya, dapat hirup kuahnya pun jadilah!
Semoga kawan-kawan yang seangkatan dulu semua sihat sejahtera!


Buah Betik.

Ini gambar sewaktu tahun akhir di Pantai Batu Feringhi. Amie bukan pelajar USM Pulau Pinang, tetapi berkunjung ke sana atas urusan sukan inter varsiti.

Tiba-tiba teringat pada  malam kami naik keretapi dari KTM Kuala Lumpur ke Butterworth:

Seseorang telah tergelincir jatuh ke landasan  dan kakinya digilis keretapi. Dipendekkan cerita, bahagian lututnya terpaksa dipotong dengan parang supaya boleh putus... Allahu Akbar! Ketika itu stesen KTM letaknya berhampiran dengan warung-warung makan. Dengarnya ada seseorang pinjam parang dari warung tersebut untuk bantu mangsa tadi.

Perjalanan yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam, ditunda hingga ke pukul 10 malam. Kami duduk di kelas kambing, iaitu kelas ketiga sebab hanya itulah kemampuan kami. Sepanjang perjalanan, terbayang-bayang seolah-olah keretapi menggilis kaki-kaki manusia dari Kuala Lumpur ke Butterworth.

Sebenarnya nak cerita tentang gambar  di atas tu. Baju itu beli siap di Globe Silk Store, Jalan Tunku Abdul Rahman. Hand bag tu jenama Avon, satu-satunya jenama yang mampu beli ketika itu.

Haaaa.... siapa boleh teka berapa berat Amie waktu itu, dan berapa ukuran pinggang. Kalau dapat jawab betul kedua-dua soalan ini Amie bagi hadiah!

14 ulasan:

  1. Dulu masih lagi boleh berjimat. Sekarang harga makanan pun mahal. Terkenang dulu rasa sedih pulak. tapi adatlah student berjimat cermat. Sedap buah betik, antara buah favourite. Aduh, seram betul kejadian tu Kak Amie. Dulu saya naik keretapi dari Segamat ke Butterworth zaman study UiTM Penang dulu. Sekarang stesen Segamat pun takde dah.

    BalasPadam
  2. Ngeri pula baca kena potong lutut.
    Agak berat 39 kg saiz pinggang 24 cm.

    BalasPadam
  3. Takutnya bila baca cerita kena gilis keretapi. Slim melim Amie zaman dulu ye. Keluar dengan toyol meronda kuala Lumpur? Hehe.. kenangan kan, Globe Silk Store, Jalan TAR. Saya teka ye. Berat Amie 45 kg. Pinggang 27 inci. Hehe..

    BalasPadam
  4. mungkin sekitar 40kg, pinggang 26inch

    BalasPadam
  5. 45kg dan pinggang 26inch...mak aiii..time2 tu jugak otong ngan parang? aduhai..seramnyaaa

    BalasPadam
  6. lamanya tk mkn betik..dpt yg isi manis dapnye

    BalasPadam
  7. Sedapnya betikkk.Tengah sedap baca...aduh,ngeri pasal kaki tu.huhuhu
    Tengok Batu Feringgi teringat Ali Setan..hihihi

    Berat 43kg pinggang 27...
    Sebenarnya nak teka lagi ringan...
    Kasut saiz 5...hihihi

    BalasPadam
  8. Ngerinyaaa baca part kaki kena potong tuuuuu!
    Tapi klasik sungguh gambar kak amie tu, macam gambar 70ann gituuuuu.
    Saya teka berat kak amie 43 kg dan pinggang 26 inch hehehe

    BalasPadam
  9. ngerinya kes potong kaki tu..Allahhu huhuuu
    kuyussssnya kak Amie..hehee ^_^

    BalasPadam
  10. Boleh teka lagi tak?

    Berat 48, pinggang 27

    Yg potong guna parang tu, gaya hiris ke tetak?? Huhu.. kesiannya

    BalasPadam
  11. Kurusnya kak Amie. Sape nak kurus kena amalkan diet makan betik as lunch hari-hari. Saya teka ye.. Berat 45kg,pinggang 26 inci. Sama dengan saya. Haha

    BalasPadam
  12. wahh, kenangan sangat. mesti best tanam pokok cili padi, nak mkn amik je.

    nak teka. berat 47-50kg, pinggan 28cm. btol x? hehe

    BalasPadam
  13. zaman belajar dulu alhamdulillah kolej sediakan makanan. mmg jarang miss makan di dewan makan...

    BalasPadam