Apabila membaca semula catatan perjalanan ke Nepal sekitar Mac 2019, ada sesuatu yang mengusik jiwa tertinggal di sana, di pergunungan Dhampus yang dingin berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya. Catatan perjalanan ke Nepal ada di sini: SELAMAT PAGI PERGUNUNGAN HIMALAYA!
Bersama para pendaki dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'petualang'. |
Geng kaki jalan tidur sebilik. Akibat tidak tahan sejuk, tak cukup sarung kaki, sarung tangan, sarung kepala, pakai baju berlapis-lapis, pakai selimut, akhirnya pakat sarung badan dengan telekung masing-masing! Mengerekot sampai ke pagi dalam selimut. Suhu mencecah 6'Celcius! Bilik tidak disediakan pemanas.
Selalu memikirkan untuk cerita yang baik-baik saja dengan Encik Suami supaya lain kali diizinkan jalan-jalan lagi. Yang kurang elok disimpan, yang bagus-bagus saja yang akan diceritakan.
Suatu petang kami jalan-jalan di perkampungan Dhampus tetapi hujan. Rancangan terbatal dengan sendirinya. Kami hanya sempat melihat-lihat sekitar tempat penginapan sahaja. Boleh klik di sini:SUATU PETANG YANG DINGIN DI DHAMPUS VILLAGE.
Ini pula klinik desa.
Kami singgah masuk di sebuah sekolah menengah. Beberapa orang murid sedang mengulangkaji pelajaran di kaki lima bilik darjah. Mereka merupakan penghuni asrama dan akan menduduki peperiksaan.
Ada yang mengulangkaji di tempat letak kereta.
Kami tanya, kenapa belajar di kali lima. Kenapa tidak di dalam bilik asrama atau di dalam kelas? Menurut mereka, keadaan di dalam bilik asrama dan di dalam kelas gelap. Tidak berlampu.
Kami luangkan sedikit masa untuk melihat-lihat persekitaran sekolah. Kami dibenarkan masuk ke bilik darjah. Apabila kami menjenguk ke dalam bilik darjah..... inilah yang kami lihat!
Kerusi dan meja murid diperbuat daripada besi!
Kami duduk di dalam kelas, merasai bagaimana duduk di atas kerusi besi!
Ini wajah-wajah murid lelaki yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
Nampak malu-malu.
Kami ucapkan semoga mereka berjaya dalam hidup!
Kami sempat mengambil gambar kenangan di hadapan sekolah.
Kunjungan ke sekolah menengah di Dhampus sangat meninggalkan kesan di hati kami. Walaupun rasa teruja melihat pemandangan ladang gandum dan barli yang menghijau, tetapi masih juga kami bercerita tentang sekolah tersebut.
Adakah keadaan sekolah di sini sama dengan sekolah di tempat kita? Masih adakah sekolah ditempat kita yang kurang kemudahan?
Di pertengahan jalan kami terlihat kanak-kanak ke sekolah dengan berjalan kaki. Di belakang mereka, ada seorang guru yang mengiringi.
Seorang guru mengiringi anak-anak sekolah mendaki tanah tinggi untuk ke sekolah. |
Sempat bergambar dengan murid-murid dan Cikgu Mr. Nepal.
Selamat tinggal perkampungan Dhampus berlatarbelakangkan pergunungan Himalaya cantik!
Inilah sekolah rendah di Dhital yang sempat kami singgahi. Nun di belakang sana, puncak Fish Tail bersemayam megah di antara gunung-ganang sepanjang Banjaran Himalaya.
Kanak-kanak kelihatan bersemangat dan gembira belajar di dalam kelas.
Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru d sekolah tersebut.
Kami dibenarkan masuk ke dalam kelas.
Inilah kelas tempat kanak-kanak di sekolah ini belajar.
Jika dilihat dari luar, kelas ini nampak gelap saja kerana tidak ada lampu.
Meja dan tempat duduk murid-murid.
Biarlah gambar yang berbicara.
Ada kelas yang sedang menghadapi peperiksaan.
Beg sekolah mereka diletakkan di luar.
Kelas di hujung ini kelihatan gelap dari luar.
Rupa-rupanya murid di dalam kelas ini sedang menduduki peperiksaan.
Guru yang sedang menjaga kelas peperiksaan ini hanya tersenyum dari jauh!
Ini tandas sekolah.
Kami sempat bergambar bersama murid-murid dan guru-guru sekolah ini.
Sempat merakam wajah-wajah polos tapi mencuit hati!
Belajar rajin-rajin dik!
Di sinilah anak-anak murid sekolah ini minum air dari paip. Air ini disuling cara tradisional dengan menggunakan batu dan juga pasir. Cuba lihat baldi warna hijau di sebelah sana, dengan saluran getah paip yang menghala ke tangki air.
Tak mampu untuk tulis, dan rumus atau nak ulas apa-apa. Biarlah gambar yang dipaparkan berbicara sendiri.
Yang mampu kupikul bawa pulang hanyalah seguni iktibar dan sekarung keinsafan.
Ya Allah!
Sesungguhnya aku ingin terus menjadi salah seorang hamba-Mu yang sentiasa tahu bersyukur! Ampunilah segala dosa hamba-Mu ini.
walaupon serba kekurangan, pelajar2 tetap berusaha untuk menuntut ilmu..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSemua semangat belajar kat sana..Hebat pengalaman kak amie :)
BalasPadamSaya sempat merasai belajar di sekolah beratap rumbia,berdinding buluh & berlantaikan tanah masa darjah 1 & darjah 2 ..Melihat pic yang cikgu kongsikan seakan dapat menyelami.Tapi kesukaran itulah menjadi penguat.Semoga anak2 Nepal ini dikurniakan kejayaan & dapat mengubah nasib keluarga & negara dimasa depan...in sha Allah
BalasPadamCantikkknyaaaa pemandangan!
BalasPadamWalaupun kemudahan tak berapa lengkap, tapi masih tekun menuntut ilmu :)
Nepal tu banyak juga tinggalan sejarah. Tapi saya tak pernah pergi lagi di sana
BalasPadamThe thing I miss the most about traveling, iaitu bergaul dengan local dan belajar cara hidup mereka. Bersungguh anak-anak ini nak menuntut ilmu walaupun banyak kekurangan. Kalau saya ada anak, saya akan cerita kisah macam ni buar dia bersyukur
BalasPadambestnyaa kak amie, what a good experience kan.. pergi tadika diorg smua.. bestnyaa.. rindu nak travel huhuhu
BalasPadamHehe saya pun pernah pakai baju berlapis-lapis, stokin dan telekung untuk tidur. Hendak ke tandas pun bercinta.
BalasPadamSeronok boleh ulang lagi daki Gunung Himalaya.
masya Allah..cantiknya latar pergunungan tu...
BalasPadambetapa bertuahnya sekolah kita kalau nak dibandingkan dengan mereka...
Indahnya pemandangan..sayu plak hati tengok anak- anak belajar dalam serba kekurangan tapi semangat mereka yang SA kagum...best betul pengalaman Kak Amie ke sana...pemandangan pergunungan Himalaya pun cantik sangat
BalasPadamMashaAllah..cantiknya view nature belakang tu pulak view banjaran himalaya. Bagus anak anak semangat belajar walaupun keadaan persekolahan kat sana tak semaju kita. Bukan mudah juga perjalanan ke sekolah tu kena naik bukit bagai. Apapun pengalaman yang best dapat ke sini kan Kak Amie.
BalasPadambetapa bertuahnya kita kt sini dpt belajar dlm keadaan yg tersangat lengkap tp usaha nk timba ilmu tu.... hmmm entah laa... nikmat Tuhan mn nak kau dustakan?
BalasPadamview mmg superb... hari2 selfie kt sini pn x pe😊
Walaupun serba kekurangan tapi mereka gembira menuntut ilmu. Kalau anak-anak malaysia melihat kedaifan mereka adakah mereka juga bersemangat untuk belajar rajin-rajin. Bersyukur lah kita di lahirkan di malaysia walaupun miskin tapi kelengkapan belajar tersedia semuanya. Terpulang nak rajin ke malas.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBestnya dapat pergi nepal! cantiknya view banjaran Himalaya
BalasPadamlafaz akad nikah
kelebihan surah al mulk
aqiqah di kemboja
hukum ziarah kubur pada hari raya
doa aqiqah
Wow! This could be one of the most useful blogs we have ever come across on the subject. Actually excellent info! I’m also an expert in this topic so I can understand your effort.
BalasPadam섯다
I was impressed by the good writing.Thank you.
BalasPadamIf you want to know the social graph game, come here!
Great article, totally what I was looking for.
스포츠토토