Pages

Ahad, 20 Jun 2021

Kepah Masak Lemak Cili Padi

Dua tiga hari ini teringin nak makan asam pedas ikan pari. Jadi hari ini ikut Encik Suami ke pasar ikan dan pasar sayur. Seronoklah nampak banyak ikan segar baru naik dari laut. Dapat beli sekilogram ikan pari. Sudah terbayang terhidang semangkuk asam pedas ikan pari atas meja makan! Selain ikan pari kami beli ikan tuna, ikan layar dan kepah serta kerang. Dalam kepala sudah memikirkan, kerang akan jadi sambal makan dengan nasi lemak. Ikan tuna akan jadi sambal makan dengan nasi kuning. Kedua-dua menu ini nanti sudah tentunya akan dijadikan sebagai dua kali hidangan sarapan pagi untuk minggu ini.

Kemudian kami ke pasar sayur. Beli sayur-sayuran termasuk tomato dan kacang bendi. Lengkaplah nanti asam pedas ikan pari berteman dengan kacang bendi.

Dalam perjalanan pulang Encik Suami berkata: Sedap betul kalau dapat makan ikan layar dipanggang.

Hah! Sudah! Tiba-tiba asam pedas ikan pari hilang dari pandangan!

Hari ini hari bapa.

Hari ini tunaikan selera Encik Suami untuk makan ikan layar panggang.

Selera kita tak siapa tahu. Simpan dulu selera sendiri untuk masa yang lain!

Sampai rumah, terus masuk dapur dan angkat periuk untuk masak nasi. Ikan pari dan kacang bendi simpan dulu dalam peti sejuk. Amie gantikan masakan berkuah (asam pedas ikan pari) dengan Kepah Masak Lemak Cili Padi. Amie ikut gaya masakan Suria Amanda. Masak lemak cili padi yang sangat ringkas, tapi sodap! Tak payah bubuh bawang putih & bawang merah.

Kepah Masak Lemak Cili Padi

Kepah Masak Lemak Cili Padi, Ikan Layar Panggang, Sambal Tomato, ulam-ulaman & hirisan nanas.

Ikan Layar Panggang

Ikan layar ini Amie panggang dalam kuali ajaib. Amie hanya bubuh sambal tomato sahaja. Itulah gunanya masak sambal tomato banyak-banyak. Boleh makan dengan pelbagai makanan lain. Melihat Encik Suami tidak sabar untuk menjamah ikan layar panggang, hati rasa sejuk apabila mengenangkan asam pedas ikan pari yang 'lenyap' di atas meja makan.

Ikan Layar Panggang

Sambal Tomato


Inilah sambal tomato sebagai penyelamat keadaan. Tak cukup lumur atas ikan panggang, bubuh lagi semangkuk letak atas meja makan. Boleh cecah dengan ulam-ulaman pula.


Ulam-ulaman - selada, timun, petai dan tomato kampung.




Tidak ketinggalan, air kelapa muda!



Kepah Masak Lemak Cili Padi.

Jom kita lihat resipi Kepah Masak Lemak Cili Padi yang sangat mudah ini.

Bahan-bahan:
  • 1 kg kepah - bersihkan / bilas
  • 1/2 kg santan
  • 2 batang serai - ketuk
  • 3 batang kacang panjang - hiris serong
  • 5 biji tomato kampung - belah tidak putus
  • 1 keping asam gelugor
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. 
  2. Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
  3. Kemudian masukkan serai dan asam gelugor.
  4. Seterusnya masukkan kepah bersama kacang panjang dan tomato kampung.
  5. Apabila kulit kepah terbuka, dan kacang panjang berubah warna, taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

25 ulasan:

  1. Paling suka kalau kepah dibuat masak lemak cili padi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan. Tapi banyak makan kuahnyalah...isinya sikit hihihii.

      Padam
  2. Masak lomak cili api mmg fevret saya…

    BalasPadam
  3. Layan la selera hari bapa ye. Sedapnya kepah masak lemak buat pedas-pedas

    BalasPadam
  4. fresh fish is the best kan ! thank you sharing resepi kak amie :)

    BalasPadam
  5. Baca perenggan pertama je terus rasa lapar. Sedapnya kepah masak lemak cili padi.

    BalasPadam
  6. Sedapnya ikan layar.
    Kat semenanjung taknada jual sebab ikan layar jadi ikan yang dilindungi.Tapi saya pernah makan & sedap isinya.Saya membayangkan cikgu masak ikan layar dengan lada putih Ternyata telahan saya salah...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat sewaktu Cella aktif berblogging.
      Ada dia tanya resipi masak ikan layar. Sempat baca entri tulisannya. Tak boleh lupa apabila Cella cerita makan ikan layar goreng macam banyak tulang, rupanya sisik ikan layar itu yang tajam-tajam macam jarum.

      Padam
  7. meriahnya masakan sedap semua

    BalasPadam
  8. Aduhhh meriah menu akak... yelah kita dulu permintaan oraang yang dirai ye kak...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tunaikan permintaan suami panggang ikan layar.
    Hari ini dapatlah masak asam pedas ikan pari. Insya Allah.

    BalasPadam
  10. Sedap plak lauk kepah masak lemak cili api tu..rasa nak buat la nanti...tapi Khamis la kalau nak pi pasar besar pun...sebab Rabu SA kerja kat opis..nanti Selasa Pasar Besar tutup sebab diorang cuci pasar..

    BalasPadam
  11. hmm saya belum pernah makan kepah, makin penasaran saja karena tulisan dan foto dari kak Amie..

    BalasPadam
  12. Haus terus tengok air kelapa muda tu.... memang kesukaan betul. Kepah? alamak tak kenal la...hahaha

    BalasPadam
  13. Sedapppnya laukk masak lemakk ni, kepah pun sedap tapi isi sikit kan kak amie, tak puas makannn hehehe

    BalasPadam
  14. Sedapnya ikan layar panggang tu. Kepah masak lemak style nismilan dan johor senang letak kunyit dan cili api je. Betul tu kak amie, selera kita tak siapa tahu. kena utamakan selera yang lain dulu kaedahnya. Sambal tu wajib ada, cicah dengan ulam ulaman berselera makan.

    BalasPadam
  15. ni yg rs nk g cari kepah skrg jg!

    BalasPadam
  16. Bestnya kepah masak lemak ini.. Memang sedap..

    BalasPadam
  17. sedapnya kepah. lama x makan.. lapar pula tiba2.

    BalasPadam