Pages

Isnin, 10 Mei 2021

Lauk Siput Kima dan Agar-Agar Rumpai Laut

Kelmarin, sewaktu singgah di pasar ikan tak jumpa walau setangkai latok @ gugusan rumpai laut yang menyerupai anggur hijau yang kecil-kecil. Jadi kami beli saja kima dan juga rumpai laut jenis agar-agar. kebetulan ada ikan belais segar baru naik dari laut, belilah juga. Kalau disebut kima dan rumpai laut, memang sinonim dengan makanan tradisi masyarakat Bajau terutamanya di bahagian pantai timur Sabah.

Tak dapatlah nak kongsikan rupa paras siput kima, sebab hanya isinya sahaja yang dijual. Beli 2 (ekor) harga RM10. Apabila siap dimasak, dapatlah hasilnya seperti dalam gambar di bawah.  Siput kima ini merupakan kerang-kerangan jenis besar atau disebut juga siput gergasi. Ikut tradisinya, kima ini dimakan mentah begitu sahaja, perahkan limau, cili dan perasa. Amie belum pernah makan kima mentah begitu. Amie biasa makan yang sudah dimasak.

Untuk memasaknya tidaklah sesukar mana. Ikut sukalah kita nak masak macamana. Untuk mengekalkan rasanya yang segar, Amie hanya tumis gunakan halia, kunyit dan serai serta bawang sahaja. Kima ini ada aromanya yang tersendiri. kalau tak biasa dengan baunya, mungkin tidak suka juga untuk mencubanya. Ada juga kima kering yang dijual di pasar ikan masin.

Kima boleh dinikmati bersama putu dan juga tompek, sejenis lagi makanan tradisi masyarakat Bajau yang diperbuat daripada ubi kayu. Makan dengan nasi pun tetap menyelerakan. Carikan teman-temannya yang lain seperti kilau, latok, hirisan mangga muda, sambal dan kalau rajin hidangkan sekali bersama ikan bakar seperti ikan belais, ikan pari, ikan tongkol dan juga sotong.

Hidangan ringkas nasi dengan kima, sambal mangga, agar-agar laut dan ikan belais goreng.

Siput kima masak tumis.

Sebelum ini Amie pernah kongsikan resipi kima masak lemak cili padi di sini: SIPUT KIMA MASAK LEMAK CILI PADI. Kelmarin Amie nak masak lemak cili padi juga, tetapi Encik Suami kata baiklah masak tumis biasa. Ok. Tak ada masalah.

Agar-agar laut pula Amie ramas-ramas dengan garam dan kemudian bilas. Selepas itu celur seketika, lebih kurang 20 saat di dalam air panas mendidih. Ikut sukalah nak campur dengan bahan apa untuk menikmatinya. Kalau rajin buatlah macam kerabu. Kalau tak rajin macam Amie, campurkan sahaja hirsan tomato,  hirisan bawang, timun, cili (jika suka pedas gunakan cili padi), jus limau kasturi atau limau nipis serta bahan perasa.

Biasanya kalau Amie beli putu, agar-agar laut ini dicampur dengan sejenis 'kerisek'. Nanti Amie rujuk rakan-rakan keturunan Bajau tentang bahan berupa 'kerisek' itu.

Sambal mangga.

Mangga, cili padi dan jus limau memang tidak dapat dipisahkan dalam hidangan mereka. Itulah pelengkap hidangan dan penambah selera selain ikan bakar. Mangga boleh dicampurkan dengan rumpai laut. Mangga juga dicampurkan dalam kilau, iaitu sejenis hidangan daripada isi ikan mentah yang ditambah halia dan cili padi.

Ikan belais goreng.

Selain masakan ikan cara panggang dan goreng, masakan tradisi masyarakat Bajau juga dihasilkan dengan cara rebus atau dalam bahasa mereka disebut loho'. Apabila disebut loho' terus terbau aroma serai bersama ikan segar sedang mendidih di dalam periuk!

Sekian, cerita tentang sebahagian kecil makanan tradisi masyarakat Bajau pantai timur Sabah. 

13 ulasan:

  1. Seronoi betul kalau baca blog cikgu.Banyak info baru yang saya dapat.Kima tu hanya pernah tengok tapi belum pernah rasa.

    Putu & tompek pun hanya pernah tengok.Menyesal pula tidak mencuba.Bila selalu baca perkongsian cikgu tentang makanan tu rasa teringin pula
    In sha allah kalau ada rezeki ke sana lagi,saya akan cari semua ni...Tak pun cari rumah cikgu jer.Hihihihi

    BalasPadam
  2. Sambal mangga tu yang membuka selera.. 😋

    BalasPadam
  3. sambal mangga tu perghh melelh air liur oiii hahaha

    BalasPadam
  4. SA pernah makan siput Kima masa mula- mula pi KK dulu...SA suka seafood kerang- kerangan

    BalasPadam
  5. Tak pernah lagi makan agar2 laut tu

    BalasPadam
  6. Hidangan rare menu berbuka kak amie harini. Lain dari biasa. rumpai laut tu yang biasa orang jual yang kata ada collagen ke? dulu pernah beli rebus dan makan. tak ada rasa apa cuma rasa hanyir tu masih ada.

    BalasPadam
  7. Siput kima? Special nii.xpenah dengar. Mesti sedap kan? 😁

    BalasPadam
  8. bagi saya ikan goreng tu nampak paling menyelerakan. siput kima tu mcm seram jer nak makan...

    BalasPadam
  9. semua nampak sedappppppppppppp :p

    BalasPadam
  10. Wah.. Uniknya masakan Bajau. Semua tak pernah makan

    BalasPadam
  11. Agar agar laut tu macam jelly ke kak amie? Tak pernah makan hahahaha.
    Yang masak tumis tu sekali imbas macam masak lemak cili api pulakkk hehehe.

    BalasPadam
  12. arrghhhhh sy lapar tolongggggggg

    BalasPadam
  13. mcm xpernah mkn siput kima ni. first time dgr nama

    BalasPadam