Pages

Isnin, 10 Mei 2021

Dapat Kiriman Glowing British Rose Big Gift Box

Siapa tak suka terima hadiah? Siapa tak seronok terima hadiah? Kecil atau besar nilainya bukan satu keutamaan. Yang penting rasa gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya doa yang baik-baik sahaja mampu dipohonkan buat pengirimnya.

Tepat jam 11 pagi tadi, ada bunyi hon di luar. Ada van City-Link di depan pintu pagar. Kebetulan Encik Suami baru pulang ke rumah, dan terus keluar mengambil sebuah bungkusan. Katanya, bungkusan untuk Amie. Bungkusan apa? 

Oh! Kiriman daripada Abang Farid rupanya.

Tak sabar nak buka, apa isinya. 

Wah! Abang Farid kirim bungkusan berisi minyak wangi British dan barangan penjagaan kulit dari The Body Shop.

Glowing British Rose

Jom buka bungkusan yang diterbangkan melintas Laut China Selatan ini.

Tak sabar nak hidu wangian British Rose.

  • The Body Shop Britih Rose Shower Gel 250ml
  • The Body Shop British Petal-Soft Hand Cream 30ml
  • The Body Shop British Rose Eau De Toilette 100ml
  • The Body Shop British Rose Body Yogurt 200ml

Abang Farid mesej : Hopefully mommy sukalah!
Mommy suka sangat bang. Terus sembur minyak wangi ke tangan. Firdaus kata wangi satu rumah.


Terima kasih Abang Farid atas kiriman yang tak diduga ini. Terharu Mommy dibuatnya. Rasa sayang nak pakai. Harum lembut dan menenangkan.  Maklumlah selama ini hanya pakai minyak wangi AVON saja .... ahaks!
Moga Abang Farid sihat-sihat sahaja, dan dipermudahkan segala urusan penyelidikan untuk mencapai cita-cita meraih Ijazah Ph.D.

16 ulasan:

  1. Set british rose memang wangi. Lama betul tak pakai brand ni

    BalasPadam
  2. Best!!!SA suka..fav SA ni kak Amie....bau dia wangi....

    BalasPadam
  3. seronok dpt kiriman kan...nice packaging..lama tk singgah bodyshop

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..beruntungnya mommy dapat hadiah dari Abang Farid. Pandai Abang Farid pilih hadiah untuk mommy. Cantik box dia :)

    BalasPadam
  5. Abang Farid memang cukup memahami citarasa mummy, kan.. kalau mummy rindu Abg Farid, bolehlah spray minyak wangi di pagi raya nanti

    BalasPadam
  6. Semoga phd nya dalam genggaman! AMin

    BalasPadam
  7. Wah...berbunga-bunga hati mommy terima hadiah istimewa ni.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak amie. wah,, seronoknya dapat 1 set ni...

    BalasPadam
  9. Perempuan biasalah dapat hadiah.. Lelaki, siapa nak beri hadiah.. Hihi.. Isteri sajalah yang beri.. Bulan Oktober 2020 lalu, isteri saya hadiahkan saya motor.. Saya sendiri tak sangka..

    BalasPadam
  10. wah.... dapat hadiah mmeg best kan kak...
    walau sekecil2 hadiah sekali pun, tp nikmat nak menrima hadiah tu, perghhh len maciam perasaaan nya ahahha

    BalasPadam
  11. Wah,sweetnya anak kak Amie nii.. dapat hadiah pon dah rasa happy. Apalagi dapat perfume kan 😉

    BalasPadam
  12. Saya suka British Rose ni, rasa macam omputih bila pakai. Nostalgia brand Yardley

    BalasPadam
  13. Eeiii bestnyaaa dapat satu set lagi! Favorite perfume jugak ni dari body shop. Selalu beli antara yang ni dengan yang botol kuning, vanilla baunya. Wangii gila!

    BalasPadam