Sesekali masak kari ayam tanpa santan sedap juga. Kalau kena caranya, memang tak kalah enaknya dengan masakan kari ayam bubuh santan. Menu ini hidangan berbuka puasa dua beberapa hari lepas. Amie tak bubuh cili kisar dalam masakan ini. Seperti biasa Amie sediakan sambal belacan, jadi biarlah kuah kari tidak ada rasa pedas. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.
Kari Ayam Tanpa Santan |
600 gram ayam - potong ikut saiz yang digemari
2 biji kentang saiz besar- kupas kulit - belah 4
4 sudu besar rempah kari ayam / daging
4 sudu besar minyak
700 ml air
1 sudu kecil parutan gula Melaka
1 sudu besar perahan jus limau nipis
garam / perasa pilihan
Bahan penumis:
1 labu bawang besar - hiris
3 tangkai daun kari - lurutkan
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
Bahan kisar:
3 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji tomato
1 sudu besar perahan jus limau nipis
garam / perasa pilihan
Bahan penumis:
1 labu bawang besar - hiris
3 tangkai daun kari - lurutkan
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
Bahan kisar:
3 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji tomato
Kari Ayam Tanpa Santan |
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan rempah 4 sekawan : kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan satu kawan tambahan iaitu jintan manis.
- Kemudian masukkan serai. Seterusnya masukkan bawang besar dan daun kari.
- Tumis sehingga terbit bau dan bawang besar kelihatan kekuning-kuningan.
- Masukkan bahan kisar dan biarkan seketika diikuti dengan rempah kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
- Seterusnya masukkan ayam, kentang, gula dan air.
- Setelah ayam dan kentang empuk, perasakan dengan garam /perasa pilihan.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
WAH! sedapnyaaa. baru makan ayam kari smlm.. tp beli jaa. harinii cuma masakkan telor rebus kari untuk anak..
BalasPadamSedap tu telur rebus masak kari.
PadamCantik kan kejadian kari kalau tak letak santan... merah je karinya.. semalam sy masak kari letak susu.. hihihi
BalasPadamWah! Ganti santan dengan susu ye. Menyihatkan tu.
PadamTak nampak macam tak letak santan pun kak amie. Kak Amie memang pakar bab masak ni. Boleh juga ye tak letak kisar. Kalau lauk kari ni saya kurang pakar sikit. mungkin kurang gemar dan kurang praktik.
BalasPadamTapi mee kari saya biasa masak. pelik pulak kan..
Orang kata kena bubuh bawang lebih untuk pekatkan kuah. Kak Amie bubuh bawang kisar dengan tomato. Itu kot yang nampak agak pekat macam bubuh santan.
PadamAssalamualaikum k. amie...
BalasPadamkalau lauk ayam tak kisahlah masak mcm mana pun kompom laku keras... sedap tu versi tanpa santan..kari pun tahan lama... bila mkn bau melekatttt kat jari
Waalaikumussalam.
PadamBetul tu, tak cepat basi.
Akal pun biasa jugak masak kari tanpa santan..kari ayam,ikan atau daging..sedap tetap sedap kan Amie..
BalasPadamMemang sedap, lebih wangi!
PadamTak ada beza pun lauk kari letak santan ataupun tak letak santan. Semua nampak menyelerakan, tambah lagi dengan sambal belacan hehehe. Tapi new knowledge untuk saya, kari boleh masak tak payah letak santan hahaha :D
BalasPadamIkut budaya kita memang masakan kari kena bubuh santan hehehee. Tak bubuh santan pun masih dipanggil kari.
PadamHaah kebiasaan macam tulah, letak santan hehehe.
PadamTapi tak letak santan pun masih menjadinya bentuk dan rasa kari tu hehehe.
Tak pernah cuba lagi letak jus limau nipis dalam kari, tapi kalau kari tak letak santan tu memnag selalu la, kena pekat-pekat, sedapppp
BalasPadamGaya masakan MIL dan orang Cocos, bubuh jus limau nipis pengganti asam jawa / asam keping.
PadamIngatkan letak susu segar/susu sejat/yogurt untuk gantikan santan, rupanya tiada langsung.
BalasPadamBanyak versi masakan kari. Memang ada yang bubuh yogurt / susu segar atau susu cair.
Padamkari adalah lauk fevret saya... nyam3
BalasPadamMasakan kari memang membuka selera dik.
PadamSaya dah lama masak kari tak guna santan. Lebih sedap rasanya. Nak kena jaga kolesterol, atas nasihat doktor. Kari Amie nampak sangat menyelerakan, lagi-lagi ada sambal belacan. :)
BalasPadamSaya kejap bubuh santan, kejap tak bubuh santan, kejap pakai susu cair heheheee.
PadamJrg2 sgt org nk masak xletak santan kn.. Suka juga kari Ayam
BalasPadamSelera kita memang masak kari kena bubuh santan kan heheheee.
PadamDapat cicah capati ni, kena plak teh tarik.Aduh,terbayang la pulak...hihihi
BalasPadamHaip! Mama Cella tak boleh sentuh teh taik. Kena setia dengan lemon panas jew hihihiiii!
Padamsedap ni kari tanpa santan, pekat gaya macam mamak...
BalasPadamNanti nak cuba buat style Kak Amie laa...lepas tu buat sambal belacan kan
BalasPadamSaya pun suka tak masuk santan. Lama sikit tahan
BalasPadamim all in semua jenis kariii hehehe.. dap dap !!
BalasPadamboleh cuba nnti. kari sihat sbb xde santan
BalasPadam스포츠토토
BalasPadam토토사이트
먹튀검증
Great post. I was checking constantly this blog and I’m impressed!Very useful information specifically the last part �� I care for such info much. I was seeking this certain info for a very long time.Thank you and best of luck.My blog post
스포츠토토티비
BalasPadam스포츠중계
먹튀검증
Excellent weblog here! Additionally your web site quite a bit up fast!
What host are you the use of? Can I get your affiliate link in your host?
I wish my web site loaded up as fast as yours lol