Pages

Ahad, 25 April 2021

Dua Kali Berkunjung ke Surabaya - Malang

 Mengimbas kenangan lalu ketika berkunjung ke Surabaya:

Bukan setakat 2 kali, 7 kali pun Amie mahu ke sana lagi! Banyak kali ajak Encik Suami ke sana, nak bawa anak-anak  masuk kebun epal, tengok pokok epal, dan petik buah epal tetapi Encik Suami tak mahu. Rupanya bukan semua orang yang punya kaki suka jadi 'kaki jalan'!

Tahun 2016 : Gang kaki jalan - Nano, Jusna, Cikin & Kemi.


Tahun 2016 : Kesejukan mencengkam sampai ke tulang sum-sum ketika menanti matahari terbit di Puncak Penanjakan untuk melihat suasana Bromo sunrise. Tak sedar meleleh sesuatu dari hidung yang kebas kesejukan!


Tahun 2016 : Hanya dapat merakam gambar ini sahaja kerana ketika itu cuaca mendung dan tidak dapat melihat matahari terbit.

Tahun 2016: Bermalam di Bromo Permai. Sejuknya ya ampuuunn! 


Tahun 2016 : Bangun pagi di Bromo Permai, boleh melihat pemandangan Gunung Batok di seberang jalan.


Tahun 2019 : Bermalam di Bromo View Hotel. Suhu normal. Tidak sejuk seperti di Bromo Permai. Tidak ada pemandangan pergunungan Bromo di sekitarnya.


Tahun 2019: Detik-detik indah akhirnya dapat dirakam sepenuhnya! Tak sia-sia bangun seawal pukul 1 pagi untuk bersiap, seterusnya menaiki jeep menuju ke Penanjakan. Kali ini cuaca baik, tidak mendung. Dapatlah melihat matahari terbit!

Puas hati dapat ambil gambar gunakan kamera sendiri.

Indah sungguh pemandangan di Gunung Bromo.

Kelihatan awan di kaki gunung seperti air lautan!



Ketika ini suhu tidaklah begitu sejuk seperti waktu kami datang pada 2016 kerana menurut pemandu pelancong, daerah ini sudah 7 bulan mengalami kemarau!

Syukur Alhamdulillah diberi peluang melihat alam nan indah ciptaan Yang Maha Esa!


Tahun 2016: Makan tempe goreng paling sedap di dunia ketika turun dari puncak Penanjakan. Sayangnya, kali kedua datang ke sini, tempe goreng ini tidak dijumpai lagi. Puas mencari, tapi tak ada rezeki!


Tempe goreng dalam kenangan!
 Sampai sekarang teringat-ingat keenakannya dan belum jumpa rasa yang sama!

2016 : Di kaki Gunung Batok. Rasa dingin sekali!

2019 : Berdiri di kaki Gunung Batok, suhunya tidak sedingin dulu. Berpeluh pula pakai baju sejuk.

2016 : Bersedia untuk ke kawah gunung berapi dengan menaiki kuda.

Pertama kali naik kuda padi.

2019 : Biarlah yang lain naik kuda menuju ke kawah gunung berapi. Ada tarikan lain yang menyebabkan Amie tidak mahu ke sana!


Amie bersama pemandu pelancong singgah di sebuah gerai makanan di pinggiran. Seronok sangat Amie rasa sebab Amie dapat mengenali masakan tradisi suku kaum Tengger iaitu nasi aron atau nasi jagung putih. Sempat berbual-bual dengan tuan punya gerai tentang nasi aron. Nasi Aron diperbuat daripada jagung putih  yang direndam. Ditumbuk. Disaring dan kemudian dimasak.
 

Ini pula nasi dicampur jagung.

Antara lauk pilihan.

Ada ikan masin juga.


Pelanggan mengambil sesenduk nasi putih, sesenduk nasi dengan jagung kuning dan sesenduk nasi jagung putih. Kemudian mereka tambahkan lauk kegemaran masing-masing seperti sayur, ikan masin dan juga telur serta sambal belacan. Sekali pandang tidak ada bezanya seperti kita makan nasi dengan pelbagai lauk-pauk!



Inilah di antara pemandu-pemandu jeep yang membawa penumpang ke Puncak Penanjakan dan seterusnya ke kaki Gunung Bromo. Sementara penunggu para penumpang menunggang kuda ke kawah gunung berapi, mereka berehat seketika untuk mengisi perut.

2016 : Di kaki Bukit Teletubbies yang cantik menghijau!

Gambar atas dan bawah : Tempat yang sama tetapi suasana sudah berbeza. Mengabadikan kenangan di Padang Savanah berlatarbelakangkan Bukit Teletubbies.
Gambar atas :2016
Gambar bawah :2019

2019 : Padang Savanah  sudah kehilangan rumputnya akibat kemarau panjang, dan Bukit Teletubbies kehilangan seri warnanya!


Tempat seterusnya yang paling dinanti untuk didatangi sudah tentulah ladang epal di Malang.

Nakal sungguh pengunjung yang datang! Ditinggalkannya bekas gigitan epal. Rasanya ini bukan bekas gigitan tupai atau burung! 



Walaupun banyak gambar epal diambil, tapi masih rasa tak puas... ahaks!


Teruja sangat melihat buah epal ketika berada di sini.


Rasa nak duduk lama-lama di bawah pokok epal dari pagi sampai petang! Boleh makan epal secara percuma di kebun ini. Kalau nak bawa balik, petik saja, kemudian timbang dan bayar.



Wokey!
Gambar di atas dirakam pada tahun 2016.
Sekarang kita lihat pula gambar tahun 2019. Kunjungan ke kebun epal  di Malang juga tetapi di kawasan lain.

Kunjungan kali kedua di ladang epal pada tahun 2019.


Bunga epal warna putih, buahnya hijau. 

Bunga epal warna merah, buahnya merah.


Lebat sungguh buah epal!

Sesungguhnya kami seperti rusa masuk kampung!
Terheran-heran!

Bukan selalu berpeluang menikmati suasana sebegini!
Jadi, ambil kesempatan ambil gambar selagi ada masa!



Cukuplah!
Nanti datang lagi. Pujuk lagi Encik Suami ikut sekali dengan anak-anak. Kalau boleh nak berlama-lama di Malang saja.


Tahun 2016 hanya sempat naik sampan di Pasar Apung. Tahun 2019 dapat bergaya ala-ala pelumba Formula 1 Sepang di Museum Angkut Racing Corner!

Perasan jadi Amie Shumacher kejap hihihihhh!


Seronok-seronok jew.
Memang seronok pun.

2019 : Gang kaki jalan - Salawati, Dayah & Kamsiah.

20 ulasan:

  1. Masya Allah cantik view Bromo tu. Teringin jugak nak ke sana lah.
    Geramnyee tengok epal merah meriah gitu, patut pun ada yang nakal sampai gigit...hehe

    BalasPadam
  2. Uih! Penat jari scroll entry kali ni! hehehehe

    BalasPadam
  3. bestnya jalan2, saya sangat rindu nak jejalan, selalu tiap thn ke kl tapi sejak 2 thn pandemic ni, takda chance pergi

    BalasPadam
  4. Orang yang tak kaki jalan tu sporting jugaklah bagi orang kaki jalan berjalan2 dgn kengkawan yang Sama2 kaki jalan, hehehe

    BalasPadam
  5. wahhhh best nyaaaa... antara tmpt nk pegi.lps blk jepun thn lps kononnya tapiiiii warghhhh

    nangis michael schumacher tgk gmbr tu��

    BalasPadam
  6. nnt sy smbg BW... br nk msk berbuka

    BalasPadam
  7. Bestnyaaaaa jalan jalan! Lagi best dapat tengok views cantikk tuu!
    Haritu kak amie bawak pergi perth, kalini bawak pergi surabaya pulak. Maceh kak amie :P

    BalasPadam
  8. Saya sekali pun tak pernah jejak lagi kak amie. Teringin juga pergi Bromo tu. Nature dia menarik dan gah dengan Gunung Bromo tu. Kuda padi dia tak nampak macam kuda padi pulak kak amie. macam kuda biasa sebab besar. Syok sangat tu boleh makan apple for free, nak bawa balik baru timbang dan bayar kira okaylah tu kan. Yang bestnya dapat tengok in real pokok apple tu dan makan fresh from pokok. Bunga dia cantik! wahh sakan masing masing bergaya dengan coverall F1 tu :)

    BalasPadam
  9. Bestnya... cantik² gamba akak.. teringin nk ke indon lagi.. sy penah pegi bandung je.. pontianak yg jiran sebelah pun x penah sampai lg

    BalasPadam
  10. wah seronoknyaaa. view pon cntik :)

    BalasPadam
  11. banyak juga tempat menarik area surabaya sana. tak pernah sampai lagi..

    BalasPadam
  12. Comelnya nama Bukit Teletubbies. Haha. Kalau tak mention Surabaya, mesti saya ingat di Kashmir sinun. Saya tak pernah kalau oversea ke tempat sama sampai 2 kali. Nak ke Surabaya lagi I olls nak follow boleh x? Hehe

    BalasPadam
  13. Yeay kita sama kaki jalan...SA PUN SUKA TRAVEL...CUMANYA LAMA DAH TAK TRAVEL...EH...APESAL CAPS LOCK..HEHEHE...CANTIK2 LA KAK AMIE GAMBAR EPAL TU..MEMANG BUAT GERAM WALAU TGOK GAMBAR JE

    BalasPadam
  14. Saya pun kalau boleh nak pergi lagi ke surayabaya sebab tak puas ke ladang epal. Dan pi bromo memang seronok dan menakjubkan dengan keindahan ciptaan Allah.

    Mudahan ada rezeki ke surabaya dan malang lagi. Aamiin

    BalasPadam
  15. seronoknyaaa petik buah !! memang best dapat masuk kebun buah2an..
    cantik gambar gunungnya teringat ada sahabat pernah bagi 1 fridge magnet gambar Bromo..
    sama cantik subhanallah..

    BalasPadam
  16. bestnye surabaya. siap ada ladang epal lg.

    BalasPadam
  17. 스포츠중계 I have visited your website ever since and it didn’t fail me.

    BalasPadam
  18. 바카라사이트 You did cheerfully empower me because of the ideas you have posted.


    BalasPadam