Peristiwa pahit manis yang pernah dilalui, apabila dikenang terasa indah belaka! Musim PKPD ini, tak mahulah rasa jiwa terpenjara dihalang oleh pagar kawat duri. Marilah bersama Amie mengutip kenangan ke Perth, Australia pada Ogos 2017. Kita kutip kenangan yang kita suka jew! Travelog penuh ada di sini: AUSTRALIA (PERTH)
Kami sempat sambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 60 di Araluen Botanic Park, yang letaknya lebih kurang 30 kilometer di selatan Perth, di pinggir Roleystone dan terlindung di lembah Darling Ranges.
Salah satu lorong di Araluen Botanic Park. Ketika ini hujan renyai-renyai. Bayangkan, apa yang boleh kita lakukan dalam keadaan begini? Bukan selalu berkesempatan untuk datang, dan sudah tentunya kami redah sahaja tanpa berpayung! Masih kekal dalam ingatan, hari ini 31 Ogos 2017, tarikh keramat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
MAK KAU
Sewaktu rakam gambar ini, tak perasan nombor plat kenderaan ini begitu unik sekali! Apabila edit gambar untuk dijadikan entri, terpandang MAK KAU di situ.
Jom jalan-jalan ambil angin di bandar orang pencen. Katanya Perth sesuai dilawati oleh orang yang dah pencen. Betul juga tu, sebab suasananya sangatlah santai. Tak serabut dengan segala hiruk-pikuk sebagaimana kota lain.
Pemandangan bandar Perth dari Kings Park.
Berpusing-pusing sehingga menjelang senja di sekitar Perth City.
Menyusuri terusan di Mandurah.
Katanya boleh saksikan kemunculan dolphin di sini. Nampaknya keadatangan kami tak diraikan oleh dolphin di sini.... ahaks! tak adalah rezeki kami untuk melihat dolphin muncul di permukaan air.
Setiap sebuah rumah, sekurang-kurangnya ada sebuah bot!
Jom kita lawat taman bunga di Araluen Botanic Park.
Mari jamu mata dengan pemandangan bunga tulip pelbagai warna. Ada yang sudah kembang, ada yang masih kuncup. kita yang melihat pun jadi kembang kuncup...ahaks!
Ambil kesempatan rakam mana-mana kuntum tulip yang ada di depan mata. Harap kamera sporting! Jangan sampai rosak sebab terkena titisan air hujan. Sayang seribu kali sayang! Kamera tidak rosak tapi hilang di rumah sendiri sewaktu kejadian kecurian dua tahun lepas! Hai pencuri! Sampai hati kau merampok harta kesayanganku. Kami kehilangan lebih sepuluh barang apabila rumah dimasuki pencuri. Antara yang hilang termasuklah dua buah laptop (terlebih sakit hati salah satu laptop baru dibeli, belum sempat guna), 3 buah HP, gelang emas, duit dan apa lagi.... lupa-lupa ingat. Paling tak boleh Amie terima diangkutnya sekali DSLR Nikon Amie yang ada memori card di dalamnya. Dalam memori card itu sudah tentulah ada banyak gambar, dan sebahagiannya belum sempat dipindahkan ke komputer.
Inilah antara gambar-gambar kenangan hasil bidikan DSLR Nikon yang sudah jadi arwah itu.
Tulip merah kuning, warna negeri kesayanganku Selangor.
Jom kita intai kanggaro di Caversham Wildlife Park.
Kanggaro di sini tak sportinglah! Setelah kekenyangan, semuanya pakat tidur belaka. Nak bergambar dengan aksi mereka pun tak dapat. Pengunjung yang datang ke sini tak perlu beli makanan untuk kanggaroo. Makanan sudah disediakan secara percuma. Kita hulurkan saja kepada kanggaroo. Akibatnya kalau lambat sampai ke sini, hanya dapat tengok kanggaroo terbongkang beramai-ramailah gamaknya sebab pengunjung terdahulu sudah bagi makan!
Beruang koala ini comel sangat. Pengunjung sibuk ambil gambar dia. Dia relaks jew kunyah daun!
Ini yellow footed rock wallaby.
Ada farm show di sini. Jom masuk. Apa yang boleh kita saksikan?
Seorang petugas di situ sedang memilih seekor kambing biri-biri untuk dipotong bulunya dengan menggunakan mesin.
Kambing biri-biri nampak degil sangat untuk patuh arahan. Nampak sungguh petugas tadi berlawan dengan kambing biri-biri dan akhirnya dapat juga si kambing dibogelkan. Habis bulu dari kepala sampai hujung kaki dipotong! Pemotong bulu biri-biri sudah tentulah mahir dalam tugasnya, sebab tak nampak pun sebarang luka di badan kambing itu. Cuma... togellah kelihatannya.
Peminat coklat bolehlah singgah di Margaret River Chocolate Company di 317 Murray St, Perth WA 6000, Australia.
Macam-macam jenis coklat ada di sini. Cantik-cantik belaka. Harganya pun terlebih cantik juga!
Sempat beli dan makan aiskrim.
Nak terbang macam lebah!
Sampai di House of Honey baru tahu ada madu pelbagai perisa, termasuk ditambah rempah. Ingatkan rasa madu satu saja... hanya rasa madu!
Selalu hanya beli limau saja. Sekarang ambil kesempatan ambil gambar limau atas pokok.
Buah limau berguguran di bawah pokok.
Rasa macam nak capai bakul pergi kutip buah limau tu.
Rasa macam nak capai bakul pergi kutip buah limau tu.
Kiranya macam buah jambu air gugurlah kalau di tempat kita!
Kami tidak ketinggalan menempuh perjalanan menuju ke Pinnacle Desert yang letaknya di Taman Nasional Nambung lebih kurang 245 kilometer jauhnya arah utara dari Perth. Suhu sedingin 15 - 17' Celcius di Perth sudah tidak dirasai lagi ketika tiba di Pinnacle Dessert. Jangan lupa bawa payung atau kaca mata hitam. Memang panas terik!
Inilah hidangan makan tengahari kami. Fish & Chips.
Tak dapat dilupakan perangai burung-burung di sini!
Memang pantas sungguh menyerbu sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan.
Memang pantas sungguh menyerbu sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan.
Bukan sisa makanan pun, kalau pelanggang tinggalkan sesaat, memang terus jadi habuan si burung!
Amie teringin nak makan kebab. Jadi Amie beli satu bekas di Ispa Kebabs dengan harga $15.
Oleh kerana homestay kami di Thornlie berhampiran dengan restoran milik orang Turki, kami pun berulang kali datang ke sini untuk membeli pizza terutamanya pada waktu malam.
Pizza kambing $18 |
Pizza sucuklu |
Pada hari yang lain pula, Amie cuba pizza salami. Bukan apa... bila nampak perkataan 'salami' terus lupa diri nama sendiri pun Salami....ahaks! Apa lagi, bukan senang nak jumpa pizza salami halal! Amie order satu dengan harga $16.
Pizza salami |
Lama-lama pekerja dan tuan Thornlie Kebab kenal muka kami. Hari berikutnya Amie pesan pizza sucuklu. Dalam sucuklu pun ada salami juga! Amie pun tak segan-segan tanya tentang 'salami' dan akhirnya perkenalkan diri sebagai Salami...kahkahkahhh! Tuan kedai mengangkat ibu jarinya sambil berkata lebih kurang begini maksudnya : Salami ialah selamat! Sementara pekerjanya yang sedang sibuk menyiapkan topping pizza menyampuk : Salami eat salami!
Tukaran MYR ke AUD pada ketika itu 1 AUD bersamaan dengan MYR3.60. Tukar setakat untuk pegang-pegang saja kalau ada benda-benda yang berkenan di hati untuk dibeli.
Kami memborong oleh-oleh untuk keluarga dan teman-teman.
Rambang mata dibuatnya sebab cantik-cantik belaka!
Kenangan pahit 1:
Asyik belek-belek Australian Tea Towel, akhirnya terlepas beli...huhuuuu sampai rumah, rupanya lupa nak ambil! Uwaaaaa... menangis tak berlagu!
Kenangan pahit 2:
Tak sempat borong pinggan mangkuk Corelle!
Asyik belek-belek Australian Tea Towel, akhirnya terlepas beli...huhuuuu sampai rumah, rupanya lupa nak ambil! Uwaaaaa... menangis tak berlagu!
Kenangan pahit 2:
Tak sempat borong pinggan mangkuk Corelle!
Tak apa.
Kami sempat mengukir kenangan manis di bawah ini:
Memborong minyak wangi di Chemist Warehouse!
Memborong minyak wangi di Chemist Warehouse!
Minyak wangi Salawati |
Setelah Salawati (peminat tegar Corelle) tak jadi guling-guling sebab tak jumpa Corelle idaman hati di BigW, kami shopping minyak wangi di Chemist Warehouse Cannington. Punyalah terkejut sebab harga minyak wangi yang kami perolehi jauh berbeza dengan harga yang kita beli di tempat sendiri! Apalagi, bila terjumpa minyak wangi kegemaran masing-masing kami pun tak lepas peluang untuk membelinya! Rata-rata kami setia dengan minyak wangi yang biasa kami pakai.
Amie misalnya sukakan wangian Alizabeth Arden. Jadi, rembat sajalah Sunflower, Splendor, 5th Avenue, Beauty dan sebagainya. Bayangkan harga untuk 5th Avenue 125ml setelah tolak harga asal $49.99, hanya $19.99! Splendor pula dari harga asal $29.99 dapat $12.99 sahaja untuk 125ml! Di Chemist Warehouse Cannington ini Amie tidak lepaskan peluang beli 9 botol minyak wangi termasuk untuk Encik Suami iaitu Issey Miyake dengan harga $69.99 dari harga asal $140.00. Amie hanya membayar sebanyak $243.90 dan dapat selamatkan $331.08!
Cuma... terkilan sedikit sebab Alizabeth Arden Pretty habis tak tinggal walau sebotol! Huhuhuuu... padahal minyak wangi itulah yang Amie sering gunakan!
Minyak wangi Izah & Ila. |
Apabila berkumpul di homestay, masing-masing ingin menghidu minyak wangi yang dibeli. Nampaknya semua tertarik dengan Alizabeth Arden yang Amie beli terutamanya Splendor dan Beauty! Murah sungguh... hanya $12.99! Jadi, kami cadang akan membeli lagi pada petang ini. Jadi, plan asal untuk ke Cottesloe Beach kami tolak ke tepi...hiks! Kami nak memborong minyak wangi lagi!
Kali ini pemandu kami bawa kami ke Chemist Warehouse Fremantle pula.
Minyak wangi Amie. |
Amie fikirkan, eloklah belikan Farid, Fuad dan Fairuz minyak wangi juga. Asyik beli t-shirt sahaja, sesekali tukar seleralah pula. Rupanya di sini, banyak lagi minyak wanginya!
Minyak wangi pertama Amie tanya sudah tentulah Alizabeth Arden Pretty. Alhamdulillah... dapatlah Amie rembat 3 botol! Harga asal Pretty ialah $115 untuk 100ml dan Amie dapat harga diskaun $29.99. Biasanya Amie beli Pretty di Airport Kota Kinabalu dengan harga RM245.00 bagi setiap 100ml. Kawan-kawan yang lain pun bukan main gembira dapat beli Elizabeth Arden Splendor berbotol-botol! Untuk anak-anak, Amie belikan David Beckham dengan harga $12.99 sebotol dari harga asal sebanyak $49.99 untuk 75ml.
Nampaknya, petang ini Amie hanya belanjakan $167.90 setelah mendapat potongan harga sebanyak $415.05! Berat juga beg apabila sudah ditambah botol-botol minyak wangi. Rupanya Amie beli 19 botol minyak wangi.
Tapikan.... orang tamak selalu untung!
Muka puas hati Salawati, Izah & Ila sebab dapat apa yang dihajati!
Tiba masanya untuk kami tinggalkan Perth. Air lautnya cantik dengan warna jernih hijau biru, manakala pantainya terdiri daripada tanah pasir hitam. Pemandangan begini kita tidak jumpa di negara sendiri. Pantai kita berpasir putih.
Salah satu pemandangan yang dirakam dari dalam kenderaan.
Rindu sangat dengan gang kaki travel!
Jumpa lagi!
Assalamualaikum, waaaahhh seronoknya kak amie dapat jejak Perth... ini bukan utk org pencen je ni, org yang belum pencen pun dah rasa teruja tengok gambar2 kak amie ni.. begitu tenang sekali keadaan di sana. Saya suka sgt suasana macam ni.. Terima kasih share ni, kak.
BalasPadamWaalaikumsalam SS. Memang santai di sana. Tak terkejar-kejar hehehee. Paling seronok kalau jalan jauh, nampak kanggaroo liar melompat-lompat di kiri kanan jalan.
PadamMemori pahit manis tak akan pernah terpadam dari catatan diari Kita kan.
BalasPadamKelakar no plat mak kau tu, hahahah
Tak sedar rupanya selama di sana naik MAK KAU!
PadamSalami eats Salami haha...mesti terpaut kemas di memori kenangan tu kan Kak Amie?
BalasPadamPerth memang bandar yg cantikkan? Rasa selamat dan santai di sana, ikut kata suami yg ke sana tahun 2017 juga :)
Betul tu, memang rasa selamat. Boleh naik bas percuma!
PadamPengalaman manis kan, Amie, dapat travel ke luar negara, dengan kawan-kawan perempuan pulak tu. Mesti seronok. Terliur tengok pizza dan fish and chips. Bestnya, banyak borong minyak wangi. :)
BalasPadamMemang manis Nur. Terutamanya bab borong minyak wangi tu hihihiii. Fish and chipsnya pulak besar-besar. Pizzanya pun sedap!
PadamTeringin nk ke perth dan adelaide melawat kawan2 di sana bila dh dtg covid ni tinggal harapan jelah.
BalasPadamMemang cantik2 view di sana. Bunga tu dr jauh nampak mcm ros
Mudah-mudahan dapat jejak ke sana. Negara yang tenang dan bersih!
PadamOh kampungku Australia. Rindunya..Kawan saya pun beli jam tu masa ke Gold Coast dulu. Memang legend. Saya tak pernah sampai Perth lagi. Borong perfume tu wajib. Saya dulu siap bagi souvenir kawan2 rapat perfume mini sorang sebotol. Hehe. Rindu kan nak travel..
BalasPadamBuat entri ni ikut cadangan Sal supaya sibukkan diri buat aktiviti yang disukai, dan jangan fikirkan sangat terkurung akibat PKPD. Tq Sal.
PadamBestnya kawan-kawan Sal perfume!
Bestnyaaaaaaaaa jumpa kanggaru!
BalasPadamTerima kasih kak amie bawak saya pergi "cuci cuci mata" di perth hahahaha.
Tak boleh pergi sana, kita tengok gambar kak amie jelah :P
Sama-sama dik!
PadamHanya mampu imbas kembali kenangan lama untuk ubat kaki yang gatal nak jalan-jalan hahahahaha!
In shaa Allah one day nanti, kak amie boleh pergi semula.
PadamTunggu covid reda dulu tau kak amie.
Maa Syaa Allah tabarakallah.. Cantik-cantik betul foto-foto kak Amie.. senang lihat bunga berwarna warni.. Terlebih bisa memborong parfum Elizabeth Arden.. Saya suka dengan varian Greentea, kak.. Semoga bisa berkunjung ke Oz juga.. Aamiin
BalasPadamIn shaa Allah dik. suatu hari nanti boleh sampai ke sana.
PadamTeringinnya nak ke sana.. Cantik2 Kak Amie gambar kak Amie ambil. Gambar bunga first tu sangat cantik. Bunga tulip tu idaman sangat. Teringin tengok depan mata...
BalasPadamMesti rindu nak travel kan tapi tu la covid ni bila akan berakhir pun tak pasti.
cantiknya tulip tu!
BalasPadamAlamak, tak tahu nak komen yang mana. Bunga tulip yang cantik. Cantik semua hasil photography kak amie. Sayang memang sayang buah limau berguguran jatuh tu. Banyak tempat menarik di Aussie. Belum ada rezeki sampai sana lagi. huhu
BalasPadamWah ,seronoknya.
BalasPadamDulu zaman sekolah bila tengok buku Geography pasal pertanian di Australia,dalam hatinpasang niat 1 hari nanti nak ke sana.Tapi setakat ni belum ada rezeki ke sana.Dapat tengok pengalaman cikgu,macam dapat ikut sekali rasanya.TQ cikgu share pengalaman
Cantiknyaaaa bunga tulip!!! teringin nak ke aussie...
BalasPadamalaaa,cntiknyaaa view :) koala ponnn comelnyaaa dia ^^
BalasPadamamboiiiii memborong betul tu minyak wangi...
BalasPadamtapi kalau nak bawa blk pinggan mangkuk tu mcm mn? akk guna pos ke?
belum pernah smpi bumi australia lagi. mmg ada perancangan nak ke melbourne, tapi masih belum kesampaian
BalasPadamBestnya kalau dapat shopping macm tu ha...banyak la tukar duit nanti kalu nak beli perfume..sana memang murah kak amie..selalu kirim kat kawan- kawan..
BalasPadamantara tempat yang dirindui.. mmg skrng kita boleh throwback jela dulu.. saya ke Araluen tu during summer hurmmmm xmo da xmo da panaih gile hahaha..
BalasPadamsemoga ada rezeki lagi nak travel lepas ni walaupun macam susah je nampak..
rindunya nak g perth lg. mmg tenang je situ, seronok jln2. cuaca pon best
BalasPadamBestnya teringin nak pergi Perth.
BalasPadam6 cara merawat slip disc dengan berkesan
Awas! 4 punca utama masalah sakit pinggang yang anda perlu tahu.
sakit lutut ? jom flexphysiotheraphy bantu anda kurangkan sakit anda.
Antara 6 rawatan sakit sendi