Hari ini cuaca sangat panas. Sewaktu berada di dapur menyediakan juadah untuk berbuka puasa, tiba-tiba suasana jadi gelap. Buka pintu dan luaskan daun jendela dapur, matahari sudah tidak kelihatan. Langit jadi kelabu, hilang warna birunya. Firdaus menerpa ke dapur.
Sudah boleh buka puasakah Mommy?
Belum sayang. Lama lagi.
Tapi sudah gelap.
Itu mendung dik.
Mommy jangan lupa buatkan Daus perkedel jagung ya?
Boleh sayang.
Seminit sebelum berbuka puasa, hujan pun turun!
Alhamdulillah. Mudah-mudahan turunnya bersama rahmat dari-Nya.
Kali ini celoteh santai-santai bersama anak-anak di alam maya. Agaknya Abang Farid sudah dapat agak setiap kali berbuka puasa mesti Encik Suami telefon. Jadi, sebelum berbuka puasa Abang Farid kongsikan juadahnya.
Hari ini Abang Farid berbuka puasa dengan Spaghetti Bolognese Ayam.
Banyak Abang Farid masak kuah spaghetti.
Katanya, sahur nanti hanya masak spaghetti dan panaskan kuah saja.
Pada hari yang lain, Abang Farid berbuka puasa dengan ayam panggang. Katanya setakat ini belum berani keluar ke Bazaar Ramadan. Foodpanda pun tak mahu hantar makanan ke rumahnya. Agaknya rumahnya jauh, kata Abang Farid. Kalau di LD, setiap hari 'abang angkat' Foodpanda datang hantar makanan pesanan Abang Farid.... ahaks!
Ada satu kali Abang Farid dapat makanan iftar dari UTP. Katanya UTP bagi dua bungkus. Sebungkus Abang Farid makan untuk berbuka puasa, dan sebungkus lagi disimpan untuk makan sahur.
Rajin juga raja ayam masak sup! Katanya, sup ayam pekat. Abang Farid tutorial di you tube Che Nom. Kata Abang Farid, dia tak tahu mana satu rempah-rempahan seperti jintan putih, jintan manis dan lain-lain. Sewaktu pergi kedai runcit, Abang Farid minta tolong orang kedai carikan bahan yang diperlukan untuk masak sup ayam.
Kadang-kadang Abang Farid berbuka puasa dengan mee maggi, tapi ditokok tambah dengan pelbagai lauk lain seperti telur mata kerbau, dada ayam goreng dan salad. Kadang-kadang kita rasa macam mata masuk habuk membayangkan Abang Farid dengan sepinggan makanan dan segelas minuman, berbuka seorang diri di sanun.
Nampaknya Abang Farid tetap pendirian sebagai raja ayam! Biar apa pun mesti nak makan ayam, termasuk telur ayam!
Fairuz pula, nampaknya kesempatan bermalam di Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya digunakan untuk menikmati hidangan buffet di hotel ketika berbuka puasa
Fuad tak banyak berkongsi dengan kami. Kadang-kadang saja Fuad hantar gambar. Itu pun bila hampir habis jamahannya seperti gambar di atas ; prego + fries + daging. Sorry, gambar buruk sikit katanya .... ahaks!
Hari ini Abang Farid berbuka puasa dengan spaghetti bolognese ayam. Fairuz berbuka puasa di Promenade Hotel. Amboi dik! Pergi jual ikan, dapat makan lobster pula di Kota Kinabalu! Fuad pula buka puasa makan nasi lauk sardin dengan bontot ayam dan nugget.
Fuad!
Katanya dah tak mahu makan bontot ayam.
Katanya nak makan ayam rebus saja!
Dah tengok juadah anak-anak buka puasa, apa pula hidangan buka puasa kami hari ini?
Menu yang beragam, agaknya abang Farid pandai memasak karena mendapat keahlian dari kak Amie.. Selalu senang tengok blog kak Amie.. ^_^
BalasPadamTengok menu2 abang Farid di perantauan, terbayang bagaimana agaknya jika tiada covid dan Iman berada di Ipoh sana, tentu nasi bungkus jadi santapan tiap hari
BalasPadamNampak sedap semua masakan abang Farid tu..
BalasPadamterubat rindu kpd anak2 kan amie walau teraasa sgt dkt n saling berkongsi cerita
BalasPadamwahhh look so tasty! lambat lagi berbuka ni hehehe
BalasPadamAlhamdulillah. Pandai anak bujang Amie masak. Terbaik! Sedap tengok hidangan berbuka semua. :)
BalasPadamHari hari anak anak hantar report sebelum ayah bertanya.hihi...
BalasPadamBagus anak anak bujang kak amie. Meriah betul masakan Abg Farid tu kak amie. Kagum masing-masing rajin masak macam mommy mereka. Rumah mommy pun meriah dengan masakan, yang penting Firdaus conquer :)
Bagusssnya anak anak kak amie. Update selalu perkembangan terkini even sekecil kecil benda. Masak punn pandai!
BalasPadamAlahai.. mcm tu lah kot saya bila anak² semua dh berjauhan nnt.. huhuhu
BalasPadamalamak.. tetiba lapar pulak ngok ayam kunyit n telor kicap tuu :)
BalasPadamuiiii terguguat yg tengok ni hehehe
BalasPadammeriah juadah berbuka diaorg...
BalasPadamNampaknya kerajinan kak Amie masak diwarisi Farid. Sedap nampak spagetti tu.
BalasPadammujurla abg farid tu rajin masak, semua anak-anak akak pandai masak jadi tak berapa kisahla walaupu ke mana pun mereka berada, cuma yang paling seronok mesti lah fairuz asyik berbuka di hotel je hehehe...
BalasPadammacam kami jugak kak, setiap kali nak berbuka mesti tanya adik2 yang di kampung dan di blok sebelah berbuka apa... setiap hari mesti tanya
Dapat SA bayangkan perasaan Kak Amie berjauhan dengan anak- anak kan kak..nak- nak bulan puasa ni..memang sedih dia lain macam...
BalasPadamuuish nampak sedap laa semua makanan2 ni..
BalasPadamrindu kan suasana berbuka ramai2.. skrng ni ujian ramai dikejauhan.. sabar ye..
insyallah nnt semua kembali normal..